Pages

Monday, September 28, 2009

aidilfitri 2009 ... kerteh?

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

ni lagu favourite cik sentul raya tahun ni.. kalau nyanyi kat bilik tu, akan bersahut-sahutan dengan adik cik sentul yang fabulous, farahin. haha! ^___^


aaa.. jangan tanya kami tengah buat apa =P

1 Syawal .. cik sentul beraya ke rumah nyai [sebelah rumah je pun kat sentul tu.. hehe =) ] dan nenek angah kat gombak [adik-beradik atok cik sentul]. petangnya kami sekeluarga pulang ke kota, rembau, negeri sembilan - kampung halaman abah cik sentul yang damai permai.


bergambar kenangan raya 1430H/2009M bersama atok & nyai di sentul


family sentul - tema oren tahun ni ^___^v

Syawal kali ni lebih bermakna dengan kehadiran rakan taulan yang pernah bersekolah sama di convent sentul satu dulu [intan, athirah & kak murni] dan dari utp ke rumah cik sentul pada 26 September 2009, bersamaan 7 Syawal 1430H.. sangat tak sangka yang cik sentul akan menerima kunjungan sebegitu ramai kawan-kawan [yang turut sama belajar dengan cik sentul ketika mengambil degree di utp] pada hari tersebut. sekali datang 3 buah kereta wa cakap lu~~ =) terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis ye kawan-kawan.. sangat-sangat terharu & gembira.. hehe..


thank you for coming dear friends.. ^___^ [credit to cik pudin for the pic]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ahad.. on the way back to utp [dalam kereta myvi putih sheshe], tiba-tiba cik sentul dapat satu panggilan.

"Haule Haule.." ringtone handphone cik sentul dari filem lakonan shah rukh khan, 'jodi' berbunyi.

"09-XXXXXXX" nombor yang tak dikenali terpampang di skrin G705.

'eh.. siapa pulak ni..' monolog aku sendirian sambil menekan butang "accept call". sheshe memperlahankan volume muzik yang sedang dimainkan cd player myvi putihnya.

"Hello.. assalamualaikum, ni cik sentul ke? apa khabar? saya kak nab membuat panggilan dari petronas ethylene, kerteh....." kata pembuat panggilan itu sejurus aku meng'accept' panggilannya. placement call!! akhirnya... alhamdulillah

baru je sebentar tadi aku berbual rancak dengan sheshe berkenaan placement di petronas. aku agak menantikan panggilan offer kerja seperti ini tapi.. kerteh sounds so far... T_T

dalam masa yang sama perasaan bercampur-aduk..terima @ tidak?

"kak nab, boleh saya mintak tempoh untuk berfikir?" pintaku.

dan dia memberi aku tempoh sehingga hari selasa, 30 september 2009.. [errr.. baru perasan bulan september pun hampir merangkak pergi tahun ini]

dan aku menggunakan masa yang ada selepas itu untuk berfikir, berdoa mohon petunjuk dan bertanya kepada kedua orang tuaku dan senior-senior di petronas.

finally.. kata putusku kpd offer kerja itu ialah "saya terima.."

now.. am waiting for the offer letter.. walaupun cik sentul dah terima, tapi still kena tunggu hitam putih dr HQ petronas. selagi belum dapat surat rasmi dari mereka, bermakna offer itu boleh jadi valid ataupun tidak.

moga Allah permudahkan..

nota kaki : tak mengapalah di kerteh pun.. keadaan sekarang tak memungkinkan aku untuk terlalu memilih lokasi pekerjaanku. tambahan pula, post yang ditawarkan kepada cik sentul agak menarik. jarak antara kerteh-kl juga lebih kurang sama dengan jarak kl-jb [teringat zaman bersekolah di stf] ... abah agak mendesak supaya menerima, dan mama merelakan ... oh, dear bestfriend, kita akan berjauhan buat sementara ... 'moga jarak fizikal tak menjauhkan ikatan persahabatan' doaku..

Wednesday, September 16, 2009

test ??

"sentul, u nak ikut i, sob, bob & azam jaga test SAD malam ni tak?" soal Ms. S tengahari itu.

"jam berapa tu?" soal cik sentul inginkan kepastian.

"8.15 malam.."

"ok lah.. i join u all" cik sentul membuat keputusan.

sampai-sampai sahaja di blok N, sob & bob sudah berada di dewan test..

"nak susun macam mana ye kertas-kertas ni? semua sekali 85 orang students.." sob meminta pendapat kami yang hadir.

setelah berbincang, kami sepakat menyelang-nyelikan meja yang berkertas soalan vertically.

8.30 pm .. test pun bermula ..


shh.... senyap semua...

subjek SAD ni diajar oleh Ms. Aliza Sarlan, dan sob merupakan GA yang bertanggungjawab tutoring budak-budak yang dalam tahun kedua, semester pertama BIS ni.

sejam pertama berlalu... aish... dah mula start bosan dah sebab test nye mengambil masa 2 jam..

"eh, sentul.. kata handphone baru.. tangkap ar gambar sepam.. leh kau update blog nanti," bob mencadangkan.

'eh..eh.. dia pulak yang semangat suruh aku update blog.. siap bagi idea suruh tangkap gambar tu..' kata cik sentul dalam hati.

"ha.. nice idea gak tu bob.. tolong," cik sentul pun menghulurkan sony ericsson G705 - camera mode kepada bob.

cik sentul.. ala ala ala...


Ms. S .. Mr. A.. eyp eyp.. watpe tu ha..


sob (berbaju merah) meronda dewan dengan penuh dedikasi


bob.. memerhati dari belakang.. so adik-adik, jangan pandang belakang.. huhu~

pengalaman pertama jaga test cik sentul yang tak dapat cik sentul lupakan ialah bila ada seorang student ni cuit cik sentul masa cik sentul tengah edarkan attendance sheet dari meja ke meja.

"miss.. are u from Malaysia? or.. Indonesia?" soal pelajar itu.

"I am Malaysian" jawab cik sentul. dalam hati dah tergelak dah ni. apa aku pakai macam ni memang macam indon ke? hahaha... nice~~ boleh menyamar ar pasni =P

"which school are u from?" soalnya lagi.

"STF" jawabku ringkas.

"then u must be kak sentul batch triple o four. u are my senior an i am ur junior" kata pelajar itu.

"owh! really? what a small world.."

"cepatnya buat master... akak beza dengan saya 2 tahun je" boraknya lagi.. tengah test ni padahal.

"hehe.. i grad awal.. eh, ok.. focus now" i said.

selepas habis test, aku pergi mendapatkan student yang mengaku junior aku tu and kami bertukar-tukar contact details.

"nanti boleh saya tanya-tanya akak sebab sama course.." ujarnya ceria.

huhu.. indon / malaysia?? apa bezanya? lu pikir lah sendiri...

nota kaki : di kesempatan ni, nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua.. halalkan makan, minum, ilmu, harta if ada cik sentul ter ter ngan korang ek.. drive safely & enjoy your raya!!

Tuesday, September 15, 2009

penerima Anugerah Seksi

pagi tadi cik sentul meronda-ronda ke blog wana.. rupa-rupanya beliau ada mewasiatkan sesuatu kepada cik sentul dalam posting nya yang terbaru..



Nyatakan 6 Fakta menarik mengenai pemberi award ini [nur hazwana @ asfaasfera]:

#1. kami sama-sama merupakan anak sulung [tapi dari keluarga yang berbeza la of course.. huhu~]
#2. kami pernah merancang untuk jadi roomate semasa foundation 2nd tetapi tidak kesampaian.. walaupun begitu kami dapat bilik solo yang berdekatan antara satu sama lain ketika itu dan masih boleh berkomunikasi & bertemu dengan kerap dengan satu sama lain!
#3. bagi cik sentul, wana merupakan seseorang yang kreatif bangat!! kagum.. =)
#4. seseorang yang tidak kisah untuk menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer untuk "art" yang diminatinya.. dan hasil kerja tangannya superb wa cakap lu~~!! [promote wana.. hehe]
#5. wana seorang BIS student tapi dia mengambil subjek ICT ketika di tahun akhir kerana minatnya dalam bidang itu & cik sentul salute dia kerana dia berani mencabar dirinya [ye ar.. sorang-sorang je BIS amik ICT nyer subjek..]
#6. bagi cik sentul ada lagi yang masih misteri pada wana [4 tahun setengah tidak cukup untuk mengenalinya!! huhu..]



Setiap Blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

fakta #1 : ini merupakan award pertama cik sentul dapat selama ber'blogging' .. terima kasih wana atas anugerah ini! huhu~
fakta #2 : single & available [hahaha!! oit sentul!! kau promote diri kau ke??? =P ]
fakta #3 : pernah berumet dengan 7 orang yang berlainan sepanjang belajar di utp & terlibat dengan event-event di utp
fakta #4 : berani & tak takut pada lipas, cicak, labah-labah, belalang, mentadak-mentadu & invertebrata yang lain
fakta #5 : recommended to work with PETRONAS but currently am pursuing my studies @ utp - MSc in IT coz masih belum dapat placement lagi [owh! cik sentul berharap sangat dapat placement kat Melaka]
fakta #6 : hobi cik sentul adalah membaca & melayari dunia cyber
fakta #7 : merasakan warna turqoise & kebiru-biruan itu juga cantik di samping warna coklat, oren, merah & pink
fakta #8 : suka pada masakan mama .. Puan Norlizah bte Buyong ^___^
fakta #9 : kaki shopping~!!!! ehe~

Pilih 10 orang [alamak! ramainyer..!! nak bagi siapa ni...] penerima Award Sexy ini dan describe tentang mereka:

penerima #1 : Ms. S @ My Notes - sememangnya dia sesorang yang seksi.. i know la coz i'm her roomate. ahaks!
penerima #2 : saa @ Warna Warni Kehidupan - sebab hari-hari dok berjoget..hahaha.. =P
penerima #3 : izza @ b.i.t.t.e.r.s.w.e.e.t - mm.. seksi semulajadi?
penerima #4 : nyamouq @ Walking Down The Road - sebab dia mempunyai personaliti yang menarik & bagi cik sentul itu seksi! *wink2*
penerima #5 : ah chan @ Broken Pen - gayanya.. owh, seksi!
penerima #6 sampai #10 : siapa-siapa je yang merasakan diri mereka seksi.. seksi ni broad meaning dia tau.. very subjective.. so.. up to u! =)

cheers!

iftar & reunion geng mont kiara @ koh samui

post ini ditulis pada 14/09/09

tengahari tadi online gtalk. tup! keyrol private message.

"sentul, petang ni kitorang rancang nak berbuka dengan geng intern mont kiara"

cik sentul yang pada ketika itu agak blurry sebab pening dengan tugasan di PG office membalas,"eh.. kat mont kiara? sentul kat utp ni.." [bila baca balik chatting history tu malu sendiri. haha!]

"eh... tak tak.. kitorang memang semua kat utp ni. nak reunion ngan geng geng intern mont kiara.. jom la join sekali. kat koh samui." keyrol menenangkan.

jadinya, cik sentul pun bersetuju lah dengan pelawaan keyrol. ah chan pun private message cik sentul 5 minutes after tu atas tujuan sama - berbuka sama di koh samui.

petang itu - cik sentul, zarith & rumet zarith, wani gerak dari utp pada jam 6.40 pm. berhenti di shell tronoh untuk withdraw & konvoi sekali dengan kereta keyrol yang sudah menunggu di stesen minyak itu. jam 7.20pm sewaktu azan maghrib berkumandang kami berbuka di stesen minyak petronas gopeng & solat di sana. fizah chemi sudah tiba di koh samui lebih awal daripada kami semua (dan dia sorang-sorang drive ke sana, ok?? berani tak?? huhu~) ..after solat, 2 kereta kami ni pecut ke koh samui berhampiran tesco ipoh - risau fizah yang seorang diri menunggu kami di sana.


the food ordered


aiskrim goreng

us

zarith & orkedkelabu

koh samui

selepas puas makan-makan di koh samui (owh!! sangat kenyang ok? alhamdulillah~~), kami gerak ke JJ untuk melanjutkan aktiviti reunion dengan bowling~!! tapi, kali ni fizah minta diri untuk pulang ke utp terlebih dahulu atas sebab sibuk dengan projek dan assignment. kami cuma dapat menghantarnya pulang dengan lambaian & pesanan supaya berhati-hati di sepanjang perjalanan.. (mestilah risau.. dia sorang je perempuan drive balik utp malam-malam.. )

seronok bermain bowling & tangkap-tangkap gambar.. owh!! mereka sungguh happening~ haha.. apa yang pasti, iftar bersama geng-geng mont kiara hari ini telah berjaya membuatkan cik sentul melupakan kepenatan bekerja di PG office & aktiviti research yang berlambak.. haha! terima kasih semua~~~ sangat-sangat menghargai effort pihak organizer. credit to ariff, ah chan & keyrol for the lovely pictures too.. lain kali leh wat jamuan raya pulak.. hehe =P

lagi gambar masa main bowling before cik sentul off~ ^___^

2 team bowling & pengadil .. ahahaha~

orang lain pi main bowling kami dua usha benda lain

geng mont kiara bergambar kenangan bersama bola bowling .. huhu~

Sunday, September 13, 2009

iftar @ syuen , accident & makanlewatmalam

post ini ditulis pada hari Sabtu, 12/09/09

wah.. banyak betul aktiviti cik sentul hari ni. pagi membasuh kain sampai 2 trip.. almaklum 2 minggu 'bercuti' di rumah banyak ler kain baju kat utp yang belum berbasuh.. [korang jangan komen kata aku pemalas pulak.. dah aku sakit hari tu macam mana aku nak membasuh] ..sudahnya sampai ke tengahari baru ler habis.. basuh tangan beb.. i tak trust mesin basuh kat bawah or speed kleen tu. lagipun cik sentul ni duduk tingkat 5.. tinggi melangit.. huhu~

jam 6.00 petang, cik sentul, rumet tersayang (Ms. S) & hannah montana (yang baru tiba dari pulau pinang tengaharinya) bergerak ke V5A untuk menjemput Mr. A & Encik Rashmonu. kami semua telah berjanji dengan yuyu, didi & sheshe untuk bertemu di ipoh untuk berbuka bersama-sama. tambahan pula hari ini yuyu (yang juga baru tiba dari kuala lumpur saing didi) telah merancang untuk treat 13 of us for break fast! alhamdulillah.. murah rezeki hari ni.. kat mana u all? syuen hotel, ipoh!! yippie~~ makan buffet RM20 .. makanlah apa korang nak kat situ (yang halal) dari waktu berbuka tu sampai pukul 9.00 malam.. parking free ^___^v


bersama yuyu yang jadi tukang belanja break fast kami..terima kasih yuyu~


yuyu & didi yang memang susah untuk dipisahkan

kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. sampai-sampai sahaja di syuen hotel, kami berlima ternampak kelibat sheshe, yuyu & didi di tepi jalan besar berhampiran hotel tersebut dengan sebuah kenderaan pacuan 2 roda.

"macam ada masalah je mereka tu.. accident??!" kata salah seorang dari kami berlima. [dah tak ingat siapa sebab sibuk melihat ke luar]

kami pun parking kereta kat tepi jalan tu & menuju ke arah kereta sheshe.

sah la.. sheshe terlibat dalam kemalangan. habis lampu belakang kereta myvi putih barunya pecah & bumper sebelah kanan belakang kemek. cermin sisi belah kanan kereta itu juga habis patah & terkulai layu menunggu saat tercabut dari tangkainya. mujur tiada siapa yang injured antara mereka bertiga. cuma pembonceng pacuan 2 roda tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kakinya kerana pertembungannya dengan myvi sheshe.



kereta sheshe yang damaged



Mr. A & Encik Rashmonu mendapatkan sheshe dan cuba menganalisa apa yang telah berlaku berdasarkan cerita sheshe. sheshe yang dalam keadaan bengang, kaget & risau mempertahankan dirinya dan menafikan itu salahnya. penunggang & pembonceng kenderaan pacuan 2 roda itu juga bersetuju dengan sheshe & sepakat mengatakan kereta di hadapan sheshe (WCY 78) yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sebentar tadi.

jam hampir menunjukkan jam 7.00 malam.

"sheshe.. pakcik hotel tu nampak siapa empunya WCY tu. orangnya berbuka di dalam hotel. jom lah sheshe.. kita masuk dulu.." pujuk kami.

sheshe akur. kami berbuka dulu di dalam hotel, tetapi jelas kelihatan sheshe tidak berselera langsung untuk makan. hannah montana setia menemani sheshe & memujuknya untuk mengalas perut at least.


makan jelah.. =P


didi, anne & bella


Ms. S, nana, shasha & cik sentul


Mr. A & Ms. S

selesai berbuka, akhirnya sheshe & empunya WCY berundng. orangnya agak selamba & yakin diri (sebab dia tak rasa dia bersalah, lagipun keretanya tidak mengalami apa-apa kerosakan). sheshe mengajaknya untuk membuat laporan polis dan selesaikan di balai, namun pemilik WCY tidak gentar dan berkata

"kalau saya ke balai pun saya tetap tidak akan mengaku salah"

..akhirnya, rundingan berakhir dengan sheshe mengambil contact pemilik WCY kerana dia berjanji untuk membantu sheshe melangsaikan kos pembaikian keretanya (tetapi bukan bayar penuh ok). sheshe, didi & yuyu pulang ke utp semula selepas itu. tetapi kami (Ms. S, hannah montana, cik sentul, Mr. A & Encik Rashmonu) mendapat tahu sheshe telah ke balai untuk membuat report 'langgar lari' selepas dinasihati oleh didi & yuyu semasa mereka dalam perjalanan pulang ke utp (untuk tujuan claim insurance).

moga semuanya berakhir dengan baik, sheshe...


senyum jelah.. =)

tiba di utp, hannah montana & ridhu mengajak ke mapley. cik sentul follow la.. hehe.. dah lama giler tak kuar memalam.. bising jugakla wan di kampung & abah ketika aku beritahu mereka aku di luar utp melalui telefon. tapi sayang, hasrat hati nak ke mapley terbantut kerana semua mapley station di sekitar utp penuh dengan peminat-peminat bola sepak. kami ke sabilah.. order maggi goreng & borak-borak pasal current life. hannah montana dengan kisahnya bekerja di pulau pinang, ridhu dengan kisah final year & penglibatannya dengan aktiviti CPW (career placement week) di utp [amboi.. dah final sem pun aktif lagi mamat ni.. tak reti penat ke.. huhu] dan kisah cik sentul tentang pengajian master & status with PETRONAS.

balik-balik dari sabilah je check email kejap & siap-siapkan apa yang patut untuk keesokan hari nyer aktiviti.. malam berakhir dengan cik sentul collapsed di katil jam 2.30 pagi.. ahahaha~

nota kaki : buang yang keruh, ambil yang jernih.. baru teguh peribadi.. ^___^v

Thursday, September 10, 2009

aktiviti hari ni : kerja kerja tidur kerja

pagi ; cik sentul ke PG office. Ms. S tumpangkan cik sentul ke sana. jam 11.00am bertolak. sampai-sampai sahaja jumpa kak nurul & dia pun bagi la kerja pertama -> highlight nama recipient kat surat, lipat & masukkan dalam envelope. then cop. then major borhan lak bagi kerja -> buat slide show presentation dia untuk 8 Okt ni.. haha! boleh tak?? baik aku je yang present nanti.. kuikui~~ takpelah.. buat jelah.. *sigh*

tengahari ; pergi masjid an-nur bersama-sama sheshe & didi yang kebetulan pagi tadi bekerja di IRC. so.. alang-alang dekat dengan PG office, cik sentul pun tumpanglah mereka.. huhu.. kami solat zohor jemaah & tunggu time untuk briefing sempena bertugas as usher dalam majlis berbuka puasa with PETRONAS petang ni. Ms. S tiba lewat sikit since dia bertolak dari bilik. hujan turun renyai-renyai. jam 2.40pm, En. Azmi berilah taklimat pasal tugas kami. student PG yang jadi usher -> cik sentul, Ms. S, didi, sheshe, syazana & selebihnya adalah student final year under Dr. Suzi. ni kali kedua cik sentul hadir ke majlis berbuka PETRONAS ni.. dulu masa time undergrad pergi sekali je, then dah tak pegi dah sebab serik berebut meja.. huhu~

petang ; habis je briefing, cik sentul bantai tidur sepam. ngantuk giler.. penat guna otak untuk slide presentation major tadi kot.. ye ar.. not my bidang [even aku pun ada belajar pasal apa yang dia nak present tu dulu.. tapi dah berkurun la..] .. bangun untuk solat asar & then siap-siap untuk ke masjid.. tengah nak siap-siap tu, member bilik sebelah datang nak belajar pakai shawl lak.. haha! aku bukan reti sangat.. tapi ajar je la yang mana aku mampu.. budak tu budak master gak, tapi from UKM.. hari tu cik sentul balik ke utp dari tempoh kuarantin tu ngan dia la.. huhu~

"sentul, hihi.. nak mintak tolong ni.. ajarkan macam mana pakai shawl macam yang sentul selalu pakai tu" pinta member tu.

"err... ok~ ^___^" jawab cik sentul tersipu-sipu.. eden pun baru jo belajar pakai bendalah ni yang~~ uhuk2.. tapi takpolah.. eden kongsi jugak la ilmu yang tak seberapo ni ngan ekau yo.. uhuk~

maghrib ; yeay~~ berbuka~!!!! kitorang ni kena entertain makcik-makcik yang dijemput dari sekitar perak tu.. tapi masa awal-awal smpai tu kitorang cam blur-blur & bantai tangkap gambar dulu.. & masa time berbuka pun bukannya kitorang duduk semeja ngan makcik-makcik tu [aku pergi duduk dengan student PG & final year yang jadi usher.. sheshe & syazana je yang setia menemani makcik-makcik tu].. so, yang lain ni macam jadi usher sekejap je.. ahahahahaha.. best dapat duduk kat tempat VIP/staf.. ada la yang tolong serve kan.. hehe.. full gila perut.. burp! alhamdulillah..


sempat lagi bergambar time 'bertugas' .. haha!
dari kiri Ms. S, syazana, cik sentul, nana, nia falah, didi & sheshe



sesi borak-borak with makcik


aktiviti didi, Ms. S & cik sentul bergambor sementara menunggu waktu berbuka



please jangan jeles sebab kami dapat seat VIP.. served! haha~

sambil-sambil makan tu tengok-tengok khemah sekeliling cam tak penuh je.. dak utp malas turun kut.. H1n1 nyer pasal ke?? taktau la nak cakap.. tapi cam bahagian muslimat memang banyak kosong la.. tak macam dulu-dulu masa cik sentul kecik lagi kat utp ni.. memang berebut & kitorang akan siap tugaskan member yang 'cuti' untuk cop meja.. azan je, makan kurma & kuih-kuih dulu then solat maghrib jemaah.. after tu makan-makan berat -> nasi & lauk-lauk.. then time isyak dah tak larat nak jemaah kat masjid.. pakat-pakat ngan syazana untuk solat jemaah isyak & tarawikh berdua je di bilik.. ehe~~


Ms. S & I before berbuka..


Ms. S & I after berbuka.. [pakai kamera phone baru cik sentul dari my first allowance GA.. ahaha~~ mantap sentul, pasni ko makan roti jela.. duit dah habis kat phone.. =p ]


bergambar kenangan with Dr. Suzi (berdiri tiga dari kiri) before balik

malam ; research !!!! dah lama sangat tergendala ni.. please, jangan malas, sentul! ok stop blogging.. sambung research... ngaaa~~~ T____T

Wednesday, September 9, 2009

diari kuarantin cik sentul episod akhir

pulang

"panas lagi?" tanya abah tengahari itu.

"erm... ntah la.. sentul belum check temperature lagi.. tapi tengok la ni, habis basah berpeluh" kataku sambil menunjukkan belakang bajuku yang kesamaran basah.

"alhamdulillah...dah kebah la tu.." kata abah sambil tersenyum.

selama 3 hari berturut-turut aku mandi dengan air penawar yang dikirim Pakcik Im.

syukur ya Allah, demam ku benar-benar surut selepas itu.

"sentul, ni Pakcik Im.." kata abah menerusi telefon pada malam ketiga aku di rumah.

"hello.." kedengaran dari corong telefon suara seorang lelaki berumur lingkungan setengah abad.

"hello Pakcik.. syukur alhamdulillah, saya dah sihat.. terima kasih atas kiriman air tu ye pakcik.. cuma.. batuk-batuk ni jelah belum sembuh betul lagi" kataku kepada Pakcik Im.

"alhamdulillah.. hmm.. kalau batuk tu, kena rajin minum air suam la ek.." pesannya.

aku meneruskan hari-hariku selama seminggu di rumah. walaupun aku sudah tidak demam lagi, namun memikirkan bahawa kemungkinan rumetku, Ms. S bakal pulang ke kuala lumpur lagi weekends yang bakal tiba dan cuti nuzul Quran pada hari isnin, aku mengambil keputusan untuk ponteng sahaja aktiviti researchku.

sehari sebelum aku pulang ke utp (Isnin, 7 September 2009), abah sekali lagi membekalkan aku dengan air penawar. kali ini dikirim dari sahabatnya bernama Pak Edi.

"ni untuk kuman dalam paru-paru tu & penyakit-penyakit lain yang mungkin ada dalam badan" kata abah sambil menerangkan asal-usul air itu.

[maaf, agak sulit kisahnya.. malas rasanya cik sentul nak cerita.. haha]

ada ayat yang mesti dibaca sebelum aku meminum air tersebut, dan alhamdulillah aku perasan perubahan keterukan batukku. secara beransur-ansur batuk berkurangan.. syukur..

dan akhirnya Selasa, 8 September 2009 cik sentul pun pulang ke utp.. penderitaan dan kesakitan selama beberapa minggu sejak kebelakangan ini hampir berakhir.. alhamdulillah..