Pages

Thursday, January 17, 2013

berdoalah

Hola!

ni nak sharing.. sejak dua menjak ni memang cik sentul sibuk berguru, research tru pembacaan, googling and macam-macam lagi untuk jadi insan yg lebih sempurna.

secara ringkasnya.. hari tu masa berpeluang belajar tafsir kt Coaching Zone dgn encik suami.. kami belajar definisi @ istilah sempurna bagi seorang insan kat sini adalah seimbang.. cth seimbang.. seimbang akal dan hati, seimbang dunia dan akhirat, seimbang usaha dan tawakkal dan lain2.. ni menurut Ustaz yang sharing dgn kami tu..

ok, dlm entry kali ni, cik sentul suka nak share dgn readers on doa2 pilihan untuk beroleh zuriat yang soleh/solehah. masa cik sentul attend ESQ dulu, ada diajarkan macam mana nak berdoa dgn spesifik.. kita boleh minta apa sahaja pada Allah and bercakaplah kita dengan bahasa yang kita faham sebab Allah faham semua language.

cuma kali ni, doanya adalah berdasarkan ayat al-Quran and diamalkan/dibuat oleh Nabi2 terdahulu.. dan Allah makbulkan doa mereka ni. so, bolehlah nak mencuba utk amalkan.. banyak sebenarnya doa dalam al-Quran ni, tapi today, cik sentul share beberapa doa utk mendapatkan zuriat yang soleh/solehah... selebihnya, u all boleh tanya pada ustaz2/ustazah2 yang lebih bertauliah..  insyaAllah..


ihsan pakcik google

Antara doa-doanya ialah :-


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)



Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89)
Maksudnya: Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89

Selain daripada tu, utk kedua suami isteri perbanyakkanlah istighfar, selawat atas Nabi SAW, bacaan alFatihah, ayat 3 Qul dan ayat Kursi. serta, baca dan hayatilah al-Quran sebagai sebaik-baik panduan.. moga-moga Allah lindungi keluarga daripada bala bencana & hasad dengki dari kalangan jin & manusia..
from Google Image search
Selain dari tu, jaga pemakanan.. biarlah makan yang elok2 aje.. jangan bercampur darat & laut, amik supplement yang sesuai dgn tubuh badan (nantikan sharing pasal "DS"), exercise (errr... pesan kat diri sendiri ni) and jangan stress2 (chaiyok2 utk tak stress! hehe)..

till then.. see u in cik sentul's next posting~
Assalamualaikum... :)

Tuesday, January 15, 2013

Air Kolah 7 Masjid

Hola!

Assalamualaikum wbt kepada sidang pembaca setia K.O.S =)


Haaa… tetiba pulak kan cik sentul nak share pasal air 7 kolah ni..
Alkisah.. cik sentul baru-baru ni jumpa dgn seorg member yang kerja 1 ofis dgn cik sentul who can ubat orang.. so me & husband niat jumpa dia on the weekends dgn tujuan utk dapatkan zuriat..

Mungkin u all baca entry before this yang cik sentul ada gi jumpa gynae and sedang consume all those medicine, tapi recently kenal this person and dia ada diagnos cik sentul and possible reason why belum ada zuriat in a batin way.. sounds scary mula2, tapi after given some explanation (bukan some, tapi panjang lebar sebenarnya) .. both of us decided utk try..

Ok, so… nak dijadikan cerita, air kolah 7 masjid ni adalah antara bahan2 yang direquest dalam perubatan untuk kes kami suami isteri ni. Actuallynya this is not the first time cik sentul dengar pasal perubatan Islam yang menggunakan air kolah masjid ni.. before this, sebelum arwah abah meninggal pun arwah pernah gi berubat dengan org yg ada ilmu and requested utk  bawak air kolah 7 masjid jugak..

Ihsan dari Blog ini
Kenapa air kolah 7 masjid?

Haaaa… misteri kan bila first time disuruh amik air kolah ni?
Same goes to both of us.. so, apa lagi disebabkan masa tu tak teringat nak tanya kat tukang ubat ni apa sebabnya, cik sentul yang memang berasal dari Gen Y ni meng’Google’ lah sendiri.. heheheh..

Well, ada beberapa faktor kenapa air kolah 7 masjid ni digunakan dalam perubatan Islam. From all the reasons yang cik sentul explore and baca serta amati, air ni ada sifat dia yang tersendiri.. rasanya korang-korang ni pun pernah baca pasal ahli sains Jepun yang buat kajian pasal zarah air yang didedahkan pada zikir, lagu rock, kata-kata positif & kata-kata negative kan?

Haaa… air kolah dari 7 masjid ni adalah air yang biasanya digunakan untuk berwudhuk and disebabkan air tu dalam kolah, dah berapa banyak kali diserapkan dengan alunan azan, iqamat, doa pak imam & zikir orang-orang soleh.. dengan itu, molekul2 and zarah2 air di 7 masjid ni tersangatlah bagus auranya..mudah-mudahan membantu mengubati orang yang sakit.. Itulah penerangan ringkasnya.. Selebihnya, Wallahua’lam..


zarah air zam-zam
So cara-cara utk ambil air kolah kat sini cik sentul letakkan sekali utk kongsi dgn korang. Ada beberapa cara yang digunakan cuma cara ni cara yang diajarkan kpd cik sentul. Semoga ada manfaatnya.. (manalah tahu nak wat air penerang hati utk anak2 ke.. air penawar utk sakit demam sendiri..) .. belum cuba belum tahu.. kalau nak cuba mesti yakin & tawakkal ala Allah.. =)

Step by step on How to contain Holy Water from 7 Mosques.

1) Mengadap kolah tu mesti mengadap arah kiblat
2) Ucapkan 2 kalimah syahadah
3) Beri salam kpd
i) Nabi Allah Khidir
ii) 4 Khalifah
4) Hadiahkan bacaan alFatihah utk yang diberi salam tadi
5) Bertakbir 3x
6) Baca bismillahirrahmanirrahim 3x
7) Mulakan rendam botol ke dalam air kolah keseluruhan botol tanpa menggunakan gayung. Jangan angkat sehingga penuh.
8) Bila dah selesai, solat sunat 2 rakaat dalam masjid (tak kisah solat tahiyyatulmasjid ke, sujud syukur etc terpulang), sedekahkan kat tabung masjid & doa mohon Allah permudahkan segala yang baik2 kita niatkan tu.

Till then, jumpa next posting insyaAllah =)

Friday, January 11, 2013

Apa itu Endometriosis?

Hola!

Ingat tak hari tu cik sentul ada gi jumpa doktor utk masalah dysmenorrhea aka senggugut ?
Well, 2 days after tu, cik sentul gi lah jumpa ngan gynae kat Kelana Jaya MEdical Centre dekat aje ngan rumah cik sentul..

Ok, dipendekkan cerita, doktor scan my rahim n tengok semua normal but predict yang mungkin cik sentul ada Endometriosis.

cik sentul : So, what is endometriosis?

(Meh cik sentul terangkan serba sedikit ikut ayat yang senang paham, translate from apa yang doktor bagitahu...).

Gynae : Endometriosis ni adalah gejala di mana tisu2 yang sepatutnya menebal pada uterus atau dinding rahim menebal di luar rahim atau lebih tepat lagi di laluan ovum (tiub fallopio) time waktu subur tu... apa punca exactly ia terjadi sampai ke hari ni doktor2 n saintis pun tak pasti kenapa.. Allahua'lam..

Ihsan from WomensHeatlh.gov

cik sentul : then.. apa kena mengena dengan sakit time period?
Gynae : bila period, berlaku lah contraction utk meluruhkan dinding2 tisu darah yang tak diguna lagi sebagai haid.. tp disebabkan endometriosis, ovari turut membengkak menjadi 6 - 7cm besar menyebabkan sakit kepada wanita tersebut. so, bila datangnya haid kepada seseorg wanita yang ada endometriosis ni, wanita itu akan mengalami dysmenorrhea dan kalau mengandung ada potensi utk gugur tu tinggi disebabkan zigot menempel di luar rahim wanita itu..

jadi, endometriosis ni ubat dia adalah to get pregnant sebab dia bagi tisu yang menebal tu rehat selama 9 bulan.. tapi dia still akan occurs.. cuma, semakin lama dibiarkan endometriosis ni, semakin susah untuk seseorang wanita itu utk mengandung.. jadi, cara utk mengurangkannya adalah dengan mengambil rawatan utk hormon dan kesuburan supaya cepat2 mengandung.. mudah-mudahan..

Secara ringkasnya, in my case.. gynae bagi cik sentul ubat duphaston yang katanya dapat membantu sistem tubuh meningkatkan hormon progesteron bagi persediaan mengandung.. yang wat sakit senggugut tu adalah berpunca dari ketidakstabilan hosmon estrogen n progesteron.. ubat duphaston and asid folik dibekalkan utk bantu stabilkan hormon n menguatkan serta mempersediakan rahim to get pregnant..

till then.. doakan cik sentul ok! cau cin cau~~~~~~ ^^


Thursday, January 10, 2013

Jeragat? Cuba ni : MOISTURE WHITE™ SHISO CONCENTRATED TARGET PERFECTOR

Hola!

Baru-baru ni kan ada YES! kat seluruh shopping mall/kedai di Malaysia, so cik sentul alang-alang dah ada kat KLCC ni berjalan-jalan lah bila ada peluang...

Wan cik sentul hari tu ada berpesan nakkan perfume Body Shop ni.. And kebetulan ada one day ni, The Body Shop ada wat promotion depan kedai dia "Buy 1 Free 1" untuk lotion dia if tak silap, so apa lagi, saja la terjah tengok-tengok kot-kot lah ada yang berkenan di hati...sambil2 tengok2kan wan cik sentul punya perfume..

Dah siap pilih perfume, cik sentul pusing-pusing lg dalam kedai tu... tiba-tiba teringat la yang wajah cik sentul ni lately ada jeragat.. Jeragat ni terjadi atas banyak faktor antaranya genetik (arwah abah memang ada), cuaca (sinar UV ok!), umur (err... awas! wanita seawal 20-an boleh dapat ni) and macam-macam lagi.. tak silap cik sentul, dia jugak disebabkan oleh pengumpulan melanin pada kulit and yang kat kulit cik sentul ni macam tahi lalat baru tumbuh... ada sikit kat pipi kanan and kiri.. haih~ And the sales girl tu rekemen line produk Body Shop Moisture White Shisho ni.. Shisho ni mengikut kata sales girl tu adalah sejenis tumbuhan herba yang digunakan oleh orang2 Jepun dalam petua kecantikan diorang.


So, apa kegunaan MOISTURE WHITE™ SHISO CONCENTRATED TARGET PERFECTOR ni?
Antaranya ialah untuk mencerahkan parut jeragat di wajah dari dalam kulit dengan active ingredientnya seperti Vitamin C yang provide antioksidan bagus untuk kulit dan berfungsi mencerah dari dalam. Walaupun hakikatnya sebenarnya jeragat agak mengambil masa untuk mencerah, tapi usaha jelah.. dia tak boleh hilang macam tu je.. tapi dicerahkan insyaAllah boleh.. banyak lagi produk lain kat luar sana, tapi korang hati-hati lah memilih sesuai dengan kulit ek..

Another one yang cik sentul amik jugak time tu is MOISTURE WHITE™ SHISO WHITENING SERUM seperti dalam gambar di bawah :-

Serum ni tekstur dia sangat smooth macam smoothy, pakai sikit je kat muka after perfector tu..Mengandungi vitamin C and Community Fair Trade organic Aloe Vera and lain2 bahan yang 100% vegetarian berfungsi untuk melembabkan dan menganjalkan kulit wajah luaran kita. Dia lebih ringan berbanding pelembab kulit biasa and meresap jauh ke dalam kulit. Juga boleh mencerahkan dan meratakan tona wajah. Ni semua penerangan sales girl Body Shop tu and cik sentul translate balik dalam tulisan..

So far cik sentul pakai alhamdulillah takde iritasi pada wajah and kulit rasa lebih licin, lembut and sihat. Hehe.. Suka produk ni and for now kena bersabarlah nak tengok result dia.. menurut sales girl tu, kalau consistently pakai bersama2 produk2 shiso Body Shop seperti cleanser, night cream, UV protector dan lain2, hasilnya kulit akan nampak perubahan within 4 - 10 weeks.. [sabau ye~]

so, 1 produk utk rawat jeragat, and 1 lagi extra la untuk bantu kulit yang semakin dimamah usia ni.. cewah! kena start rajin jaga kulit luaran... dalaman of course ada amik supplement jugak.. yang tu dalam story lain la cik sentul share.. hehe.. moh kita.. cantik luar and cantik dalam.. yeeehaaa~!!! =) 

Website official The Body Shop Malaysia : http://www.thebodyshop.com.my