satu montaj yang mengusik hati cik sentul dalam presentation En Sushi adalah petikan dari filem "Man of Honour" .. yang mengisahkan tentang kisah US Navy yang bias, tak membenarkan navy berkulit hitam berkhidmat utk US.
terusik hati cik sentul bila ketua kpd black navy ni (seorang captain berkulit putih) memberi semangat & dorongan yg mempengaruhi si black navy ini utk meneruskan perjalanannya sebanyak 12 langkah dgn memakai baju emas (sedangkan dia hanya ada sebelah kaki) sebagai syarat utk dia diterima kembali ke dalam US navy.
agak kejam bila melihat ada diskriminasi dari segi warna kulit dalam masyarakat mereka. sebagai salah seorang warganegara Malaysia bumi bertuah ini, cik sentul menyeru kpd semua rakyat Malaysia yang majmuk ini agar dapat bersatu hati & saling menerima pendapat. biarlah keamanan & keharmonian kita sebagai warga 1Malaysia ini kekal sehingga ke anak cucu kita. cik sentul bercakap ni mewakili pihak berkecuali yang general.. jangan nanti dipolitikkan sudah =) almaklum, orang kita ni pantang menyebut kata-kata pihak satu lagi.. harap semuanya dapat berfikir & menerima secara rasional tanpa emosi ye ^___^
apa2pun, berbalik semula kpd kisah black navy ni.. akhirnya dia berjaya meneruskan perjalanannya yang sebanyak 12 langkah tu.. cik sentul yg sentimental ni hampir sahaja menitiskan air mata.. terharu sangat!! captain tu pun sangat inspiring!! hmm.. so, buang yg keruh, ambil yg jernih.. =)
dan utk black navy tu, sangat kagum sebab walaupun dia kudung sebelah kaki.. tp semangat dia.. masyaAllah.. kuat sangat!! bayangkan baju emas yg berat tu.. T___T kalau cik sentul lah.. alamat dh tumbang dh.. berat kot!! hehe..
pushing the limits~!!! aim for the stars, at least, u can land on the moon!! ^___^v
HEBAT!!!
No comments:
Post a Comment