Pages

Sunday, May 30, 2010

berkenalan; nasihat orang.. yang betul & baik-baik tu simpan buat pengajaran.. yang tak kena tu usahlah hiraukan...

semalam, cik sentul dan P ke PWTC. hajat di hati hendak mengedarkan flyers kepada anak-anak muda yang berkumpul di situ. al-maklum, ada 2 hari perhimpunan "Youth Exhibition" selama 2 hari di situ. sememangnya banyak aktiviti yang telah diatur untuk anak-anak muda ini.

sekali dua cik sentul cuba mengedarkan, membuang rasa malu yang membungkam dalam dada, semata-mata untuk berkongsi rahsia kejayaan dalam pelajaran. hmm.. pasrah kerana rata-rata anak muda negatif dan tidak rasa bertanggungjawab atas kejayaan mereka dalam pelajaran, cik sentul dan P berjalan melewati gerai-gerai kecil di situ selepas berbincang solusi terbaik. satu-persatu gerai-gerai itu kami lawati dan akhirnya kami terpisah seketika membawa haluan masing-masing.

cik sentul berpeluang beramah-mesra dan berbual dengan seorang marketer syarikat pengeluar detergen keluaran bumiputera. "Super Flash" nama produk itu. bau harum pada detergen & softener, serta harga yang cukup murah membuatkan hati rasa tertarik untuk beli satu.

"hadiahlah pada famili kat rumah", bisik hati kecil cik sentul.

"kak liza, ni saya try dulu.. kalau best, nanti saya contact akak. bolehlah jadi agen pengedar kat kerteh pulak," kata cik sentul pada marketer bernama liza tu.

"baik, insyaAllah.. akak pun nanti akan contact awak utk program elearning tu. insyaAllah minat.." kata kak liza memberikan harapan. [cik sentul ada berkongsi dengannya tentang program Score A. bukanlah hendak sangat dia join sebagai ahli, tapi kalau guna untuk anak pun dah cukup kerana programnya hebat, masyaAllah! adik cik sentul yang slow buat matematik pun boleh dapat nombor 1 dalam ranking 100 top student Score A.. mana tak hebatnya?? tunjukkan. ]

...

cik sentul dan P juga ada singgah di satu booth ni,. barangan kesihatan. mereka berdemo di hadapan kami dan kami beramah-mesra dengan mereka. kelihatan P khusyuk mendengar & sangat positif untuk produk tersebut. haha! tapi itu bukan apa yang cik sentul nak highlightkan di sini..

hmm.. setiap kali kami bertemu dengan prospek di gerai-gerai itu yang rata-ratanya seorang ibu atau bapa yang mempunyai anak, kami akan berkongsi dengan mereka tentang kehebatan program Score A. dan ketika singgah di gerai yang menjual produk kesihatan tu, cik sentul berkongsi cerita dengan akak promoter bernama Shiha tentang apa yang program ini berikan kepada cik sentul.

"keluarga basically depends on me, kak. so, kalau dapat extra * hingga ** ribu sebulan, alhamdulillah.. kalau macam akak, dah guna, rugi akak tak berkongsi dengan kawan-kawan.
bukan utk income sangat kak.. tapi, kalau dapat meramaikan anak-anak yang dapat A cemerlang dalam pelajaran, kan best tu?
sambil-sambil bolehlah jana dana pendidikan utk anak2..
sekarang ni susah nak dapat scholar.." dan cik sentul pun bercerita perihal apa yang berlaku di utp sekarang. jumlah pelajar foundation yang memperoleh scholarship pet***** boleh dibilang dengan jari! sungguh menyedihkan.

"bagus buat side income ni. tapi, jangan abaikan pekerjaan yang utama. jangan disebabkan duit, kita tinggalkan tanggungjawab dalam syarikat yang meng'hire' kita sebagai pekerja. memang rasa seronok sebab dapat extra income, tapi benda ni sekejap sahaja.. kena beringat-ingat.. ini nasihat akak.."

"akak dulu seorang pensyarah, tapi akak lepaskan jawatan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. my husband is a GM in a company. so, he focused on his job. dan akak sacrifice utk keluarga" kak shiha menyambung ceritanya.. nadanya seolah-olah memperlekehkan aku memuji2 kehebatan program [sedangkan anaknya melanggan Score A!].

aku sempat berkata padanya.. "memang betul akak cakap depends on budak yang pakai tu, tapi sebagai ibu bapa, kita juga perlu memantau mereka. bukan mengharapkan mereka mendisiplinkan diri sendiri. mereka perlu dibimbing. kalau tak, tak hebatlah.. maaf saya cakap, ibu bapa sekarang ni ramai yang suka lepas tangan untuk bahagian mendidik anak.. hihi =) "

kak shiha diam, tapi tersenyum.. dia menyambung cerita dan nasihatnya lagi.. tapi dialog kami ditutup dengan baik. biarlah.. orang menilai kita dari luaran. apa yang mereka tahu tentangku di dalam ini? none. aku berkongsi seikhlasnya, hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang aku rasakan dan alami dalam kehidupan ini. kak shiha menasihati aku utk tidak memandang lekeh pekerjaan tetapku dan biarlah salary yang aku earn bersih daripada syubhah. ya benar. terima kasih kerana memperingatkan. Allah Maha Tahu apa yang aku perbuat. tapi orang sepertinya?kebanyakkannya begitu pesimis.. apa yang dia tahu tentang planningku? historyku?

suaminya seorang GM! dia sendiri memiliki sebuah syarikat konsultansi di Terengganu. dia orang senang. aku? aku sedang berusaha ke arah yang terbaik.. maka tidak adil untuk orang menghakimi aku sebagai materialistik! manusia.. haih.. mana boleh samakan enggang dengan pipit..

money is not everything sebenarnya bagiku, hanya layak utk diucap oleh orang yang memiliki simpanan RM2 juta dalam akaun, kereta posche sebijik, rumah banglo harga RM1.5juta kat bangsar, aset RM2 juta utk setiap seorang anak. bila hidup selesa, insyaAllah mudahlah nak monitor yang lain-lain. zakat pun boleh keluar lebih sikit.. tolong orang yang susah..

cik sentul tahu apa yang cik sentul lakukan. doakan yang baik-baik sudahlah.. moga Allah merahmati kalian.. kalau tak nak join jadi ahli, tak mengapa... asalkan boleh guna untuk adik.. untuk anak, kan ke dah bagus?

3 comments:

CaRBoNKiD said...

so here i can conclude that MONEY is everything... isn't it??

ainsuffian said...

yes en syahid..
for now..it is.
in future, mungkin tidak kalau kena usaha & gayanya.. =)

CaRBoNKiD said...

hehehe...
betul3~ tapi cam cian gak kat makcik isteri GM tuh... xpasal2 di gelar pesimis...
mungkin dier x brp tahu secara mendalam kot sejarah,keadaan dan situasi cik ain...
tapi cik ain, sy do'akan yg terbaek utk ain dan semoga ceria selalu~~
hehehe...