Pages

Saturday, August 22, 2009

Ramadan is here.. preparation aku cukup ke x nih?




Khutbah Nabi Muhammad SAW menyambut Ramadan

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."

"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain."

"Ramadan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rezeki kepada orang mukmin."


"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang."

"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."

"Oleh kerana itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya."

"Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka."

"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga." (HR. Ibnu Huzaimah).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

dah niat puasa dah sume orang?? huhu.. bagus2..

tarawikh amacam?? leh konsisten x?? ade target ape2 tahun ni?? haaaa... set momentum, set objektif masing2.. moga tercapai !! [setan dah takde ni.. tinggal nafsu je.. lawan.. lawan..]

esok dah start fardu puasa.. nak sahur ape ek? erm..

moga2 bulan puasa ni dan bulan2 seterusnya Allah berikan kita semua kesihatan yang baik & berpanjangan.. supaya dapat kita mengerjakan ibadah sesempurna mungkin & mentaatinya secara total.. insyaAllah.. AMIN!!

dah ready dah sume?? get set... GO!

No comments: