Pages

Friday, October 23, 2009

ujar lelaki - wanita itu lemah .. saya bangkang, yang arif!




Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut..besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan.. kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima..
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud, Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji





Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati,
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI....

nota kaki : puisi dipetik dari sebuah laman web yang tidak saya ingat, dan ia didedikasikan buat semua yang bakal menghadiri kursus kahwin hujung minggu ini.. selamat berkursus semua~!! ^____^

Sunday, October 18, 2009

Papadom jadi Surrogates

Rabu, 14 Oktober 2009 - 4 buah kereta telah bergerak ke Jaya Jusco, Ipoh pada jam 8.15 malam dengan tujuan untuk menonton tayangan filem Papadom lakonan hebat Afdlin Shauki yang hebat diperkatakan sekian rakyat jelata UTP. Rombongan kereta terdiri daripada 17 orang pelajar UTP menaiki 2 buah Perodua MyVi, sebuah Perodua Viva dan sebuah Perodua Kelisa.

Bernama Sentul turut mengikut rombongan tersebut dengan menaiki Perodua Kelisa kepunyaan rakan sebilik tersayang, Ms. S bersama-sama dengan saa, ain & dieba. Pada mulanya kereta milik Ms. S itu dinaiki oleh 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki (P, Mr. A dan MatShin), namun berpunca daripada berat berlebihan yang tidak sekata di bahagian tempat duduk penumpang yang menyebabkan Ms. S tidak tenang semasa memandu, membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menukar penumpang di stesen minyak Petronas Pusing. Perjalanan ke Ipoh selepas itu tidak lagi mengalami masalah bunyi-bunyi di bahagian absorber kereta seperti sebelumnya dan semua penumpang selamat tiba ke destinasi.. (hak hak hak!! gelak gelak gelak ^___^v )

Rombongan kereta model Perodua semuanya tiba di lokasi yang dijanjikan tepat jam 9.15 malam. Namun, ketika semua ahli rombongan sibuk membunuh masa masing-masing sementara menunggu waktu tayangan filem bermula, satu kejadian keputusan bekalan elektrik secara menyeluruh telah berlaku kepada pusat membeli-belah tersebut. Kejadian itu merupakan kejadian pertama yang pernah berlaku dan dialami oleh semua ahli rombongan yang teruja untuk menonton Papadom dan telah menyebabkan ahli rombongan mati kutu.

Walaubagaimanapun, pihak rombongan masih menyimpan segunung harapan tinggi untuk menonton filem tersebut lalu mengambil keputusan untuk menunggu selama 30 minit (iaitu sehingga waktu tayangan benar-benar bermula) dengan doa agar bekalan elektrik kembali seperti sediakala. Akhirnya, setelah berputus asa dan selamat mengembalikan tiket wayang, pada jam 9.50 malam, bekalan elektrik yang terputus tiba-tiba itu telah dipulihkan oleh pihak berwajib. Ketua dan Timbalan Ketua rombongan kereta Perodua, Mr. A & MatShin kemudian bergegas menuju ke kaunter tiket Golden Screen Cinema di tingkat 3 bangunan tersebut untuk membeli tiket tayangan pada jam terdekat. Malangnya tayangan filem Papadom untuk jam terdekat berikutnya (tayangan lewat malam) telah penuh dan pihak GSC tidak dapat menayangkan Papadom atas permintaan ramai disebabkan sistem mereka tidak dapat mengenalpasti pembeli tiket yang telah memulangkan tiket dan mengambil semula wang mereka. Ahli rombongan kereta Perodua akhirnya mengambil keputusan untuk menonton filem Surrogates daripada pulang kecewa tanpa beraktiviti menonton wayang malam itu. Filem ditayangkan pada jam 11.30 malam.

Sebelum rombongan menonton filem tersebut, ahli rombongan diajak melepak di Island Red Cafe Ipoh pekena kopi secawan dan borak-borak untuk menghilangkan sedikit tekanan kerana tidak dapat menonton Papadom malam itu. Selepas tayangan filem tamat, semua ahli rombongan bergegas pulang ke UTP menaiki kereta model Perodua masing-masing dengan berhemah dan profesional. bernama Sentul bagi pihak kereta Perodua Kelisa mengucapkan jutaan terima kasih dan keharuan atas penjagaan dan perlindungan semasa memandu yang diberikan oleh ahli rombongan kereta model Perodua yang lain yang mana pemandu dan penumpang mereka adalah lelaki semuanya (kecuali kereta Perodua Viva + 1 Perempuan iaitu atex).

Bernama Sentul

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keinginan kami malam itu untuk menonton tayangan filem Papadom terbantut tatkala buat pertama kalinya JJ Ipoh blackout untuk hampir 1 jam!!

oklah.. kat sini nak review sikit pasal filem Surrogates yang TERpaksa kami tonton bagi menggantikan tayangan Papadom yang dibatalkan malam itu.

Surrogates mengisahkan tentang masa hadapan manusia & kemungkinan yang akan berlaku apabila penggunaan klon robot pengganti/surrogates digunakan bagi menggantikan manusia dalam tugas sehari mereka. robot yang direka dan digunakan oleh setiap pengguna adalah berbeza dan perlu sesuai dengan fungsi & kesesuaian saraf/neuron otak setiap individu. dalam kisah ini, watak Tom Greer (lakonan Bruce Willis) yang menggunakan robot pengganti dalam tugasannya yang berisiko tinggi sebagai pegawai polis new york yang ditugaskan untuk menyelesaikan misteri kematian anak kepada seorang jutawan bernama Canter.

secara keseluruhannya, cik sentul rasa boleh la bagi 3.5 stars out of 5.. huhu~ NICE~ filem ni sebenarnya menarik & personally kalau difikir2kan balik, entah2 US army dah start wat robot sebagai pengganti manusia untuk perang. tapi the main point is about ethics / values you carry in life.. tak guna invent benda canggih-canggih yang pada akhirnya akan memberi mudarat kepada orang lain..

Tuesday, October 13, 2009

raya @ utp with EE frens || cik sentul's 22nd birthday celebration

SAMBUTAN RAYA EE JAN05
Tempat: pavillion (depan masjid)
Tarikh: 11 oct 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.30 pm@ 2030 hours
Menu: lemang,nasi himpit,rendang,soto beserta bergedil,kuih pencuci mulut,kek,buah n air sirap laici..
jika ada sesiapa nak sponsor kuih raye,dialu2kan..
TENTATIVE:
1.semua ambil tempat
2.bacaan doa
3.makan
4. ade permainan yg akan memeriahkan suasana
pastu last skali kita akan bergambar kat mana2..
jangan lupa..baju raya ye..
lelaki pakai baju melayu ngan sampin..bila lagi nak pakai depan kawan2? hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

ketika menerima jemputan untuk ke 'Sambutan Raya EE' dari teman baikku, P tempohari, hati berdetik ragu. waktu itu, P mengatakan sambutan makan-makan raya yang dianjurkan oleh teman serumahnya, syuk itu merupakan jemputan makan-makan terbuka tetapi ramai jemputan terdiri daripada kawan-kawan dari jurusan EE. [err.. EE = Electrical & Electronics Engineering] ..setelah bersoal-jawab dengan P beberapa ketika, cik sentul akhirnya setuju dengan pelawaannya untuk menghadiri makan-makan raya tersebut. lagi pula, P belanja cik sentul untuk bayaran makan tu.. hehe~ rezeki jangan ditolak, orang tua-tua kata. dan apa yang lebih penting, cik sentul tak mahu mengecewakan jemputan kawan baik cik sentul yang seorang itu.

11 oktober : hari yang dijanjikan tiba. namun pagi itu, cik sentul mengalami senggugut yang teruk sehingga muntah 2 kali. malang sekali waktu itu tiada siapa berada di rumah. rumet cik sentul, Ms. S keluar bersama Mr. A kerana membeli-belah barang dapur katanya, manakala syazana & rumetnya, ana juga tiada di bilik. lebih malang lagi, sheshe, didi & yuyu baru sahaja bertolak ke pulau pinang bagi menghadiri conference berkenaan 'Fuzzy'. dan pintu-pintu bilik lain semuanya berkunci menandakan tiada penghuni.

'ah, sudah.. siapa aku nak minta tolong ni.' rintih cik sentul dalam hati.

teringat temujanji menghadiri rumah terbuka pensyarah kami, Dr. Wan bersama Ms. S jam 3 petang itu lalu dengan kesakitan yang tertahan-tahan, cik sentul menelefon Ms. S, memberitahukan perihal cik sentul terpaksa membatalkan niat untuk ikut.

"sentul.. you ok tak ni? suara lemah gila ni.. pergi klinik nak?" tanya Ms. S dari corong telefon.

"eh, takpe Ms. S.. i call you ni untuk bagitau i tak dapat ikut jam 3 petang ni.. sori k.. klinik? mm.." tak berdaya cik sentul hendak berdolak-dalih lagi dan terpaksa memutuskan talian.

habis katil dan dinding dijadikan mangsa tendangan. akhirnya, penat berguling-guling menahan sakit, cik sentul tertidur.

sedar dari tidur, alhamdulillah sakit tadi hilang serta-merta. Ms. S yang baru pulang ketika itu kerisauan duduk di tepi katil cik sentul cuba mendiagnosis sama ada betul cik sentul sudah sembuh atau demam atau hanya berpura-pura. cik sentul juga hairan bagaimana sakit itu boleh hilang begitu sahaja. suspected root cause : nenas dalam rojak yang dimakan cik sentul hari sebelumnya. menurut kata orang tua-tua, nenas merupakan buah yang tajam untuk rahim perempuan. err.. nak wat camane.. sedap sangat rojak umi wat~ uhuk2.. ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati.. haha.. memang macam separuh mati je tadi menahan kesakitan.. tapi, alhamdulillah dah ok! syukur..

malamnya, dapatlah cik sentul join makan-makan EE tu.. Ms. S memaklumkan cik sentul yang dia keluar dengan Mr. A lagi malam itu untuk dinner.. yelah, since cik sentul tiada di bilik, buat apalah dia termangu-mangu sendirian kan? so, here are some of the pictures taken masa EE makan2 tu.. hihi~ enjoy sangat sebab cik sentul dapat jumpa my ex-roomate masa foundation dulu.. ^___^



dalam pukul 11.30 malam camtu, P mengajak cik sentul pulang. dalam hati tiada ragu dan tak terlintas langsung persoalan mengapa P mengajak aku meninggalkan sesi bergambar EE yang pada masa tu tengah syok dan meriah kat Chancellor Complex. masuk ke dalam kereta, dan P pun mula memandu. tiba-tiba dia membelok ke tempat letak kereta berhadapan Chancellor Complex. cik sentul pelik tapi tak bertanya kenapa. tiba-tiba dia memberhentikan kereta dan di sebelah kereta kami tu berdirilah Ms. S, Mr. A, syazana, ana, dan anep.. waaaaaaaaaa~~~~ surprise birthday party ke??? ya Allah.. cik sentul tak tahu nak react camne.. tengoklah sendiri gambar baru pas kuar kereta ni.. hahahaha !!


adeyh... korang ni susah2 je lah.. peace ^___^v

dan selepas itu kami makan-makan kek, dan bergambar-gambar sikit.. huhu~


jangan padam api


happy family
from left: Ms. S, ana, syazana, cik sentul, P
duduk from left : anep, azam



eh.. ader hadiah for me?? bak sini!! hihihihi~~ v(^,^)v


before bersurai ... tQ sume ^___^

sangat-sangat terharu dengan sambutan harijadi ni.. cik sentul ingat takde sambutan pape & sekadar makan-makan raya EE tu jelah hadiah harijadi kali ni. ternyata cik sentul silap. thank you rumet~!! you memang pandai cover & berlakon.. mantap ah~ ^___^ to anep, ana, syazana, Mr. A .. terima kasih banyak sebab sudi memeriahkan & bertungkus-lumus untuk birthday cik sentul yang ke-22 ni.. terharu~~ [filzah, kalau kamu hadir tentu akan lebih seronok =) ]

and for my bestfriend, P.. haih.. i'm speechless dah ni.. terima kasih awak!!


the present & cards.. thank you zillion times! i love it all..


bestfriend forever...

Monday, October 12, 2009

raya @ bagan serai & teluk intan

suatu hari Ms. S bertanya pada cik sentul, "sentul, you ikut i raya rumah oyen & atex nak sabtu ni?"

cik sentul yang memang free weekends ni mengangguk sambil tersenyum tanda setuju. mestilah nak, rumet~~ raya rumah member since foundation... huhu~ lagi pulak, tak pernah i sampai ke rumah oyen & atex dalam hampir 5 tahun kenal & berkawan dengan mereka.

lalu, hari sabtu, jam 11.10 pagi, 2 buah kereta keluaran perodua (kelisa & kancil), milik Ms. S dan oyen pun bertolak dari utp menuju ke destinasi raya pertama - bagan serai yakni rumah atex. rombongan raya kami terdiri daripada:

  1. kereta kancil oyen : oyen, dieba, ain, sabrina
  2. kereta kelisa Ms. S : Ms. S, cik sentul, atex & adik atex(angah)

macam-macam yang kami bualkan sepanjang perjalanan ke rumah atex. sempat juga rombongan kereta oyen snap-snap gambar on the way tu.. [haha! patutlah you all lambat sikit pagi tu.. testing mode kamera ka?? hehe~ =P ]


dalam kereta tengah drive atas highway..isk3 :: oyen+ain+dieba+sabrina

atex ni cik sentul kenal masa sama-sama masuk silat tahun 2005 kat utp. orangnya lembut & sopan-santun. kakak yang suka mengalah, kata mak atex. hihi. selama cik sentul kenal atex ni, tak pernah nampak dia marah. kalau marah pun rasa cik sentul, muka dia maintain ayu macam tu gak.. huhu~ kalau belajar silat dulu pun rasa cam atex ni wanita melayu terakhir je.. hehe.. sayang atex! (^,^)


atex & Ms. S rumetku

sampai-sampai kat rumah atex dalam lingkungan waktu zohor. mak atex masak nasi ayam kat kami. memang perut ngah bunyi-bunyi time tu.. almaklum perjalanan dari utp ke bagan serai pun mengambil masa satu jam lebih. huhu~ nyum2.. makan time!!!


before serang :: amik gambar dulu~ hehe.. =P


yeay~~ mari makan~~ terpaksa duduk bawah semua orang sebab barulah syiok~~ hehe =P

before bergerak ke teluk intan (rumah oyen), kami semua ambil kesempatan untuk berehat kejap kat rumah atex yang comel tu. ada yang tidur [conquer 2 bilik terus.. isk3.. haha!], ada yang solat [bagus2.. solatlah kamu sebelum kamu disolatkan], ada jugak yang tengok tv.. so, dalam pukul 4.00 pm tu, kami pun dah ready2 nak ke teluk intan. before bertolak, kami [err... kami ke, cik sentul je? hehe] yang memang pantang tengok kamera ni bergambar kenangan dulu dengan famili tuan rumah~


famili atex.. atex ada 4 beradik & dia yang sulung. adik atex (lelaki) sorang lagi tu pemalu takmo bergambar.. huhu.. [malu sebab ada dieba kot.. tulah dieba, ko sek usha dak tu.. malu/takut dah dia nak keluar bilik~ ]


gambar formal & ayu-ayu kontrol kami sebelum kamera snap 9 kali after tu.. haha!! [aku tak tahu nak wat gaya apa korang~~~~ dieba : "salam, salam" =P ]


ni kira orait lagi ni.. masih ayu lagi ni.. ada gambar yang lagi tak tahan you all~~ tak boleh upload sini... untuk tatapan peribadi sahaja~~ muahahahaha =D


dieba bersalaman dengan mak atex @ bakal mertuanya [dieba berangan].. atex : hish, aku tak nak adik ipar macam dieba.. hahaha.. leh pulak~~ korang ni kelakar la... ^___^
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

next destination is ke rumah oyen di teluk intan. nama sebenar dia nurul ain binti abdul shurur [we share the same name! ^___^]. dia ni member cik sentul, merangkap partner masa belajar silat dulu. orangnya tinggi lampai, bermata eksotik & peramah sangat. oyen ni sepanjang cik sentul kenal dia, jenis yang outspoken & ceria sangat. mulut dia bising, tapi hati dia baik.. huhu~ dia pun anak sulung macam cik sentul! ada 6 beradik, tapi sekarang ada 5 je. oyen pun merupakan seorang yang tabah. sayang oyen! (^,^)


oyen & umi [sori..blur sket gambarnya..huhu]

dalam perjalanan 3 jam lebih tu, kat batu gajah ada hiburan untuk kami semua.. haha! sebuah 4wd boleh pulak saing-saing kat tepi kereta kami 2 buah ni siap lambai-lambai tongkat dagu kat cermin tingkap tu. haih~ yang paling suka flirt ngan abg 4wd tu ialah siapa lagi kalau bukan...dieba~ hahaha! nyesal cik sentul tak snap gambar abang tongkat dagu.. huahuahua~ =D


ha! tu dia nombor plat abang dieba..haha! =D

sampai rumah oyen sekitar waktu maghrib. rumah oyen sangat luas ok.. cik sentul rasa macam masuk surau je. mak ayah oyen sangat baik. mak dia sporting & sangat macam oyen tapi versi kurus & rendah sikit. kitorang dijamu dengan mihun/makaroni sup, rojak buah & lemang+rendang. sedap sangat~ mak korang pandai masak!! hehe.. sempat belajar buat kuah rojak dari mak oyen ^___^


the food~


erm... lazat~~ =P

macam-macam yang diborakkan dengan mother oyen yang kami semua panggil umi. dari kpli - permohonan sebagai pendidik, bencana alam & macam-macam lagi. seronok sangat cik sentul dapat berkenalan dengan keluarga oyen.


kami

terima kasih semua untuk raya trip yang sangat bermakna ni. insyaAllah ada umur panjang, kita bertemu lagi.. [mode : sedih sebab nak gi kerteh dah.. huhu~]

pesan cik sentul, saling doa-mendoakan lah kita ya. jaga diri semua.. all the best in life! kahwin jangan lupa jemput.. hihihi ^____^v

Wednesday, October 7, 2009

puisi luahan hati seorang isteri mithali

tadi cik sentul jalan-jalan ke blog ummusaif. tiba-tiba terbaca puisi yang ummusaif karang sendiri. sungguh indah. terusik hati kecil cik sentul. huhu~ [tak pasal-pasal pulak terusik..] =P

untuk dikongsikan dengan sidang pembaca blog cik sentul yang dikasihi. hayatilah buat peminat puisi [macam cik sentul] ^___^



~SUAMIKU~

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya

Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

UMMUSAIF.COM
9 Februari 2008



nota kaki : puisi ihsan dari blog ummusaif. dedicate jugak ni kepada pasangan pengantin baru kak huda & abg bari' .moga Allah melimpahkan kebahagiaan buat kalian sehingga ke hari akhir. ameen ^___^

Monday, October 5, 2009

berita - Krisis Air Mula Pulih

Isnin, 5 Okt - Krisis air yang dilaporkan oleh Bernama Sentul Jumaat lalu mula mendapat perhatian dan ditangani sewajarnya oleh pihak berwajib hari ini di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Penghuni blok V5H mula menikmati kembali sumber air bersih di bilik air rumah masing-masing bermula tengahari tadi. Namun demikian, penghuni-penghuni di blok V5H masih menampung air dalam baldi kerana risau krisis air tersebut kembali.


sumber air bersih sudah mula dibekalkan kembali ke pili dalam bilik air setiap rumah di blok V5H


risau . penghuni masih menampung air di dalam baldi masing-masing mengikut kata peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'

Semalam, ketika Bernama Sentul menemuramah Cik Y, salah seorang kakitangan Residential College Support Unit (RCSU) berkenaan krisis air yang semakin meruncing, beliau mengatakan masalah yang timbul ini adalah disebabkan oleh ketidaksempurnaan sistem perparitan dan air untuk blok V5H. Katanya lagi, sistem yang tiba-tiba mengalami masalah teknikal telah menyebabkan air gagal dipam dan diagihkan kepada setiap rumah seperti biasa. Akan tetapi, pihaknya sedang cuba membaikpulih keadaan itu bagi memastikan setiap penghuni apartmen di UTP mendapat kemudahan yang sama rata sesuai dengan kadar sewa setiap bilik.

Dalam kes yang berlainan, Bernama Sentul tengah malam semalam (Ahad, 4 Okt) mendapati terdapat satu paip pecah di tingkat 3 blok V5H ketika pulang dari Tronoh pada jam 1.00 pagi. Keadaan itu telah menyebabkan air bersih melimpah keluar dari paip dan mengakibatkan pembaziran berlaku. Ketika membuat aduan menerusi panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Cik Y, Bernama Sentul difahamkan bahawa pihak pengurusan telah dimaklumkan akan hal itu sejurus selepas aduan diterima tetapi tidak pasti sama ada masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat kerana pihak berkenaan bertugas sehingga jam 11.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun, beliau berterima kasih kepada pihak Bernama Sentul kerana pantas bertindak tetapi agak terkilan kerana tiada aduan diterima berkenaan masalah itu sebelum Bernama Sentul memaklumkannya. Kurangnya kesedaran tentang penjimatan air dan maklumat kakitangan yang boleh dihubungi apabila masalah seumpama itu berlaku di apartment UTP merupakan antara faktor yang mungkin menjurus kepada kelewatan informasi itu sampai kepada pihaknya dan mengakibatkan tindakan sewajarnya lambat diambil.

Bernama Sentul

Sunday, October 4, 2009

oh air



oh air
di manakah kau?
ke manakah kau?
subuh ada
zohor menghilang
malam.. entahlah

kain baju yang sudah dipakai
bertimbun tak berbasuh
akibat air yang mogok
tak mahu keluar dari pilinya

mungkinkah ini
strategi universiti
bagi mendefisit penggunaan air?
atau ada yang tak kena
dengan sistem air dan perparitannya?
persoalannya
kami sahaja yang mengalami masalah ini
oh sungguh tak adil!

baru kini
kewujudan air disyukuri
penjimatannya dirasai
optimumkan penggunaan sebuah baldi

bilakah keadaan akan pulih sedia kala?

kami rindu
bermain buih sabun,
memberus baju berjam-jam,
berdiri di sinki lama-lama
kesimpulannya
kami rindu
air

Saturday, October 3, 2009

Confession of a Shopaholic

baru-baru ni cik sentul ada menonton movie orang putih yang bertajuk "Confession of A Shopaholic" dengan niat nak ambil pengajaran dari cerita ni.


are you a shopaholic too?

so cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Rebecca Bloomwood (lakonan Isla Fisher) yang sangat suka shopping [mcam cik sentul jugak]. tapi masalahnya dia ni shopping sampai sanggup berbelanja besar untuk barang-barang yang dia dah ada pun sebenarnya & tak perlu lagi. kenapa Rebecca ni jadi macam tu? sebab masa childhood, dia selalu dapat barang-barang yang price dia dah cut off 50%, 70% dan barang-barang tu selalunya datang dengan colour yang dull & tak menarik membuatkan dia rasa malu dengan kanak-kanak yang sebaya dengan dia.

dan satu hari dia nampak seorang perempuan ni beli barang menggunakan kad kredit. tapi budak-budak manalah tahu kad kredit tu mende kan? dia panggil benda tu.. "magic card". Rebecca pun bercita-cita untuk ada "magic card" bila dia dewasa nanti so that dia bolehlah nak shopping banyak-banyak.


dunia dia jadi seronok bila bershopping . jaga-jaga, fitnah dajjal untuk sukakan keduniaan.

jadi bila dewasa, dia pun shopping sakan menggunakan kad kredit untuk kelihatan cantik, up-to-date & stylish la kononnya. sayangnya kegemaran dia ni menjadi satu beban pada dia bila hutang kad kredit dah sampai keliling pinggang. can you believe yang dia ada 12 keping kad kredit?? dan hutang dia sampai satu tahap $16,XXX lebih [cik sentul kurang ingat figurenya] dan dia tak mampu bayar sebab kerja as penulis kat satu majalah ni je & dalam masa yang sama masih sukar nak kikis sikap boros dia dalam berbelanja tu.


tengoklah ni.. tengah kerja pun boleh ingat kat shopping.. haih~ addicted betul dia ni! parah.. parah..

macam-macam dia buat untuk jadi non-shopaholic macam attending special class, tengok financial management video dan bekukan kad kredit dia dalam peti ais. but still, tak berkesan semua cara tu. pemiutang bernama Derek Smeath keep on tailing Rebecca ni supaya dia setelkan hutang-hutang kad kredit dia tu. banyak kali jugak Rebecca bernasib baik & dapat terlepas dari terserempak dengan si Derek ni, tapi at one time, dia terkantoi jugak & malu besar bila Derek tanya dia pasal hutang-hutang dia tu live on satu temubual TV.


entah hape-hape entah dia beli sampai penuh bilik dia

after tu, Rebecca macam terbuka mata la yang selama ni dia dah menganiaya diri dia & orang-orang yang dia sayang. dia hampir hilang kawan baik dia, Suze & bos dia/jejaka yang dia suka disebabkan insiden tu. akhirnya dia dapat jugak langsaikan semua hutang-piutang dia tu. haa... macam mana dia boleh cover hutang-hutang dia tu adalah sesuatu yang sangat menarik & inspiring buat mereka yang ada masalah melangsaikan hutang. hehe.. jom tengok cerita ni? =P

all in all, bagi cik sentul, cerita ni sangat mengujakan dan seronok sebab ada kaitan dengan my hobby iaitu shopping. lucu pun ada [bagi cik sentul ok.. coz cik sentul memang seorang yang ceria & suka gelak]. hehe. in a way, cerita ni nak menunjukkan pada kita yang kita boleh hidup dengan dikelilingi hutang disebabkan hobi yang kita sukai. jadi, berhati-hatilah dalam berbelanja.

ada unsur-unsur lain juga macam semangat & fokus untuk berubah, semangat setiakawan, kejujuran & elemen-elemen kekeluargaan yang diserapkan dalam cerita ni. selain itu, ia juga turut mengetengahkan isu - kalau manusia ni dah desperate nak lari daripada masalah, mereka sanggup buat unethical activity macam menipu untuk selamatkan diri. kalau you all ada masa untuk tengok, jangan lupa saksikan filem ni tau! untuk pelajar-pelajar utp, on je DC++ tu & mulakan pencarian anda untuk "Confession of A Shopaholic" .. Selamat Menonton~~~ ^____^

nota kaki : tak salah nak shopping, tapi berpada-padalah. beli mana yang perlu je.. & jauhi kad kredit!!

Friday, October 2, 2009

berita - Krisis Air Di UTP



Jumaat, 2 Okt - Sejak petang semalam, blok V5-H (perempuan) Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah mengalami krisis air membuatkan lebih 240 orang penghuninya terpaksa menumpang mandi, membuang air, dan mengambil wuduk di blok lain yang berhampiran dan di masjid. Di sesetengah rumah blok yang sama bernasib baik kerana pili dapur rumah mereka masih dibekalkan dengan air, namun penghuninya masih terpaksa menampung air menggunakan baldi untuk keperluan masing-masing. Bernama Sentul difahamkan bahawa krisis air ini juga telah dialami oleh penghuni-penghuni di blok-blok berhampiran blok V5-H, tetapi keadaan di blok-blok berhampiran itu telah pulih seperti sedia kala semalam. Menurut jurucakap Residential College Student Unit (RCSU), Encik T, kemelaratan krisis air yang berlaku di blok tersebut masih belum diketahui puncanya. Walaubagaimanapun, pihaknya akan berusaha sedaya upaya memulihkan keadaan itu hari ini. Krisis air yang dialami oleh pelajar-pelajar yang menghuni blok terbabit telah menyebabkan imej dan pencapaian universiti itu sebagai salah sebuah universiti berprestij di Malaysia yang mengutamakan keselesaan pelajar dipersoalkan.

Bernama Sentul

Monday, September 28, 2009

aidilfitri 2009 ... kerteh?

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

ni lagu favourite cik sentul raya tahun ni.. kalau nyanyi kat bilik tu, akan bersahut-sahutan dengan adik cik sentul yang fabulous, farahin. haha! ^___^


aaa.. jangan tanya kami tengah buat apa =P

1 Syawal .. cik sentul beraya ke rumah nyai [sebelah rumah je pun kat sentul tu.. hehe =) ] dan nenek angah kat gombak [adik-beradik atok cik sentul]. petangnya kami sekeluarga pulang ke kota, rembau, negeri sembilan - kampung halaman abah cik sentul yang damai permai.


bergambar kenangan raya 1430H/2009M bersama atok & nyai di sentul


family sentul - tema oren tahun ni ^___^v

Syawal kali ni lebih bermakna dengan kehadiran rakan taulan yang pernah bersekolah sama di convent sentul satu dulu [intan, athirah & kak murni] dan dari utp ke rumah cik sentul pada 26 September 2009, bersamaan 7 Syawal 1430H.. sangat tak sangka yang cik sentul akan menerima kunjungan sebegitu ramai kawan-kawan [yang turut sama belajar dengan cik sentul ketika mengambil degree di utp] pada hari tersebut. sekali datang 3 buah kereta wa cakap lu~~ =) terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis ye kawan-kawan.. sangat-sangat terharu & gembira.. hehe..


thank you for coming dear friends.. ^___^ [credit to cik pudin for the pic]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ahad.. on the way back to utp [dalam kereta myvi putih sheshe], tiba-tiba cik sentul dapat satu panggilan.

"Haule Haule.." ringtone handphone cik sentul dari filem lakonan shah rukh khan, 'jodi' berbunyi.

"09-XXXXXXX" nombor yang tak dikenali terpampang di skrin G705.

'eh.. siapa pulak ni..' monolog aku sendirian sambil menekan butang "accept call". sheshe memperlahankan volume muzik yang sedang dimainkan cd player myvi putihnya.

"Hello.. assalamualaikum, ni cik sentul ke? apa khabar? saya kak nab membuat panggilan dari petronas ethylene, kerteh....." kata pembuat panggilan itu sejurus aku meng'accept' panggilannya. placement call!! akhirnya... alhamdulillah

baru je sebentar tadi aku berbual rancak dengan sheshe berkenaan placement di petronas. aku agak menantikan panggilan offer kerja seperti ini tapi.. kerteh sounds so far... T_T

dalam masa yang sama perasaan bercampur-aduk..terima @ tidak?

"kak nab, boleh saya mintak tempoh untuk berfikir?" pintaku.

dan dia memberi aku tempoh sehingga hari selasa, 30 september 2009.. [errr.. baru perasan bulan september pun hampir merangkak pergi tahun ini]

dan aku menggunakan masa yang ada selepas itu untuk berfikir, berdoa mohon petunjuk dan bertanya kepada kedua orang tuaku dan senior-senior di petronas.

finally.. kata putusku kpd offer kerja itu ialah "saya terima.."

now.. am waiting for the offer letter.. walaupun cik sentul dah terima, tapi still kena tunggu hitam putih dr HQ petronas. selagi belum dapat surat rasmi dari mereka, bermakna offer itu boleh jadi valid ataupun tidak.

moga Allah permudahkan..

nota kaki : tak mengapalah di kerteh pun.. keadaan sekarang tak memungkinkan aku untuk terlalu memilih lokasi pekerjaanku. tambahan pula, post yang ditawarkan kepada cik sentul agak menarik. jarak antara kerteh-kl juga lebih kurang sama dengan jarak kl-jb [teringat zaman bersekolah di stf] ... abah agak mendesak supaya menerima, dan mama merelakan ... oh, dear bestfriend, kita akan berjauhan buat sementara ... 'moga jarak fizikal tak menjauhkan ikatan persahabatan' doaku..

Wednesday, September 16, 2009

test ??

"sentul, u nak ikut i, sob, bob & azam jaga test SAD malam ni tak?" soal Ms. S tengahari itu.

"jam berapa tu?" soal cik sentul inginkan kepastian.

"8.15 malam.."

"ok lah.. i join u all" cik sentul membuat keputusan.

sampai-sampai sahaja di blok N, sob & bob sudah berada di dewan test..

"nak susun macam mana ye kertas-kertas ni? semua sekali 85 orang students.." sob meminta pendapat kami yang hadir.

setelah berbincang, kami sepakat menyelang-nyelikan meja yang berkertas soalan vertically.

8.30 pm .. test pun bermula ..


shh.... senyap semua...

subjek SAD ni diajar oleh Ms. Aliza Sarlan, dan sob merupakan GA yang bertanggungjawab tutoring budak-budak yang dalam tahun kedua, semester pertama BIS ni.

sejam pertama berlalu... aish... dah mula start bosan dah sebab test nye mengambil masa 2 jam..

"eh, sentul.. kata handphone baru.. tangkap ar gambar sepam.. leh kau update blog nanti," bob mencadangkan.

'eh..eh.. dia pulak yang semangat suruh aku update blog.. siap bagi idea suruh tangkap gambar tu..' kata cik sentul dalam hati.

"ha.. nice idea gak tu bob.. tolong," cik sentul pun menghulurkan sony ericsson G705 - camera mode kepada bob.

cik sentul.. ala ala ala...


Ms. S .. Mr. A.. eyp eyp.. watpe tu ha..


sob (berbaju merah) meronda dewan dengan penuh dedikasi


bob.. memerhati dari belakang.. so adik-adik, jangan pandang belakang.. huhu~

pengalaman pertama jaga test cik sentul yang tak dapat cik sentul lupakan ialah bila ada seorang student ni cuit cik sentul masa cik sentul tengah edarkan attendance sheet dari meja ke meja.

"miss.. are u from Malaysia? or.. Indonesia?" soal pelajar itu.

"I am Malaysian" jawab cik sentul. dalam hati dah tergelak dah ni. apa aku pakai macam ni memang macam indon ke? hahaha... nice~~ boleh menyamar ar pasni =P

"which school are u from?" soalnya lagi.

"STF" jawabku ringkas.

"then u must be kak sentul batch triple o four. u are my senior an i am ur junior" kata pelajar itu.

"owh! really? what a small world.."

"cepatnya buat master... akak beza dengan saya 2 tahun je" boraknya lagi.. tengah test ni padahal.

"hehe.. i grad awal.. eh, ok.. focus now" i said.

selepas habis test, aku pergi mendapatkan student yang mengaku junior aku tu and kami bertukar-tukar contact details.

"nanti boleh saya tanya-tanya akak sebab sama course.." ujarnya ceria.

huhu.. indon / malaysia?? apa bezanya? lu pikir lah sendiri...

nota kaki : di kesempatan ni, nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua.. halalkan makan, minum, ilmu, harta if ada cik sentul ter ter ngan korang ek.. drive safely & enjoy your raya!!

Tuesday, September 15, 2009

penerima Anugerah Seksi

pagi tadi cik sentul meronda-ronda ke blog wana.. rupa-rupanya beliau ada mewasiatkan sesuatu kepada cik sentul dalam posting nya yang terbaru..



Nyatakan 6 Fakta menarik mengenai pemberi award ini [nur hazwana @ asfaasfera]:

#1. kami sama-sama merupakan anak sulung [tapi dari keluarga yang berbeza la of course.. huhu~]
#2. kami pernah merancang untuk jadi roomate semasa foundation 2nd tetapi tidak kesampaian.. walaupun begitu kami dapat bilik solo yang berdekatan antara satu sama lain ketika itu dan masih boleh berkomunikasi & bertemu dengan kerap dengan satu sama lain!
#3. bagi cik sentul, wana merupakan seseorang yang kreatif bangat!! kagum.. =)
#4. seseorang yang tidak kisah untuk menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer untuk "art" yang diminatinya.. dan hasil kerja tangannya superb wa cakap lu~~!! [promote wana.. hehe]
#5. wana seorang BIS student tapi dia mengambil subjek ICT ketika di tahun akhir kerana minatnya dalam bidang itu & cik sentul salute dia kerana dia berani mencabar dirinya [ye ar.. sorang-sorang je BIS amik ICT nyer subjek..]
#6. bagi cik sentul ada lagi yang masih misteri pada wana [4 tahun setengah tidak cukup untuk mengenalinya!! huhu..]



Setiap Blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

fakta #1 : ini merupakan award pertama cik sentul dapat selama ber'blogging' .. terima kasih wana atas anugerah ini! huhu~
fakta #2 : single & available [hahaha!! oit sentul!! kau promote diri kau ke??? =P ]
fakta #3 : pernah berumet dengan 7 orang yang berlainan sepanjang belajar di utp & terlibat dengan event-event di utp
fakta #4 : berani & tak takut pada lipas, cicak, labah-labah, belalang, mentadak-mentadu & invertebrata yang lain
fakta #5 : recommended to work with PETRONAS but currently am pursuing my studies @ utp - MSc in IT coz masih belum dapat placement lagi [owh! cik sentul berharap sangat dapat placement kat Melaka]
fakta #6 : hobi cik sentul adalah membaca & melayari dunia cyber
fakta #7 : merasakan warna turqoise & kebiru-biruan itu juga cantik di samping warna coklat, oren, merah & pink
fakta #8 : suka pada masakan mama .. Puan Norlizah bte Buyong ^___^
fakta #9 : kaki shopping~!!!! ehe~

Pilih 10 orang [alamak! ramainyer..!! nak bagi siapa ni...] penerima Award Sexy ini dan describe tentang mereka:

penerima #1 : Ms. S @ My Notes - sememangnya dia sesorang yang seksi.. i know la coz i'm her roomate. ahaks!
penerima #2 : saa @ Warna Warni Kehidupan - sebab hari-hari dok berjoget..hahaha.. =P
penerima #3 : izza @ b.i.t.t.e.r.s.w.e.e.t - mm.. seksi semulajadi?
penerima #4 : nyamouq @ Walking Down The Road - sebab dia mempunyai personaliti yang menarik & bagi cik sentul itu seksi! *wink2*
penerima #5 : ah chan @ Broken Pen - gayanya.. owh, seksi!
penerima #6 sampai #10 : siapa-siapa je yang merasakan diri mereka seksi.. seksi ni broad meaning dia tau.. very subjective.. so.. up to u! =)

cheers!

iftar & reunion geng mont kiara @ koh samui

post ini ditulis pada 14/09/09

tengahari tadi online gtalk. tup! keyrol private message.

"sentul, petang ni kitorang rancang nak berbuka dengan geng intern mont kiara"

cik sentul yang pada ketika itu agak blurry sebab pening dengan tugasan di PG office membalas,"eh.. kat mont kiara? sentul kat utp ni.." [bila baca balik chatting history tu malu sendiri. haha!]

"eh... tak tak.. kitorang memang semua kat utp ni. nak reunion ngan geng geng intern mont kiara.. jom la join sekali. kat koh samui." keyrol menenangkan.

jadinya, cik sentul pun bersetuju lah dengan pelawaan keyrol. ah chan pun private message cik sentul 5 minutes after tu atas tujuan sama - berbuka sama di koh samui.

petang itu - cik sentul, zarith & rumet zarith, wani gerak dari utp pada jam 6.40 pm. berhenti di shell tronoh untuk withdraw & konvoi sekali dengan kereta keyrol yang sudah menunggu di stesen minyak itu. jam 7.20pm sewaktu azan maghrib berkumandang kami berbuka di stesen minyak petronas gopeng & solat di sana. fizah chemi sudah tiba di koh samui lebih awal daripada kami semua (dan dia sorang-sorang drive ke sana, ok?? berani tak?? huhu~) ..after solat, 2 kereta kami ni pecut ke koh samui berhampiran tesco ipoh - risau fizah yang seorang diri menunggu kami di sana.


the food ordered


aiskrim goreng

us

zarith & orkedkelabu

koh samui

selepas puas makan-makan di koh samui (owh!! sangat kenyang ok? alhamdulillah~~), kami gerak ke JJ untuk melanjutkan aktiviti reunion dengan bowling~!! tapi, kali ni fizah minta diri untuk pulang ke utp terlebih dahulu atas sebab sibuk dengan projek dan assignment. kami cuma dapat menghantarnya pulang dengan lambaian & pesanan supaya berhati-hati di sepanjang perjalanan.. (mestilah risau.. dia sorang je perempuan drive balik utp malam-malam.. )

seronok bermain bowling & tangkap-tangkap gambar.. owh!! mereka sungguh happening~ haha.. apa yang pasti, iftar bersama geng-geng mont kiara hari ini telah berjaya membuatkan cik sentul melupakan kepenatan bekerja di PG office & aktiviti research yang berlambak.. haha! terima kasih semua~~~ sangat-sangat menghargai effort pihak organizer. credit to ariff, ah chan & keyrol for the lovely pictures too.. lain kali leh wat jamuan raya pulak.. hehe =P

lagi gambar masa main bowling before cik sentul off~ ^___^

2 team bowling & pengadil .. ahahaha~

orang lain pi main bowling kami dua usha benda lain

geng mont kiara bergambar kenangan bersama bola bowling .. huhu~