Pages

Sunday, October 18, 2009

Papadom jadi Surrogates

Rabu, 14 Oktober 2009 - 4 buah kereta telah bergerak ke Jaya Jusco, Ipoh pada jam 8.15 malam dengan tujuan untuk menonton tayangan filem Papadom lakonan hebat Afdlin Shauki yang hebat diperkatakan sekian rakyat jelata UTP. Rombongan kereta terdiri daripada 17 orang pelajar UTP menaiki 2 buah Perodua MyVi, sebuah Perodua Viva dan sebuah Perodua Kelisa.

Bernama Sentul turut mengikut rombongan tersebut dengan menaiki Perodua Kelisa kepunyaan rakan sebilik tersayang, Ms. S bersama-sama dengan saa, ain & dieba. Pada mulanya kereta milik Ms. S itu dinaiki oleh 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki (P, Mr. A dan MatShin), namun berpunca daripada berat berlebihan yang tidak sekata di bahagian tempat duduk penumpang yang menyebabkan Ms. S tidak tenang semasa memandu, membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menukar penumpang di stesen minyak Petronas Pusing. Perjalanan ke Ipoh selepas itu tidak lagi mengalami masalah bunyi-bunyi di bahagian absorber kereta seperti sebelumnya dan semua penumpang selamat tiba ke destinasi.. (hak hak hak!! gelak gelak gelak ^___^v )

Rombongan kereta model Perodua semuanya tiba di lokasi yang dijanjikan tepat jam 9.15 malam. Namun, ketika semua ahli rombongan sibuk membunuh masa masing-masing sementara menunggu waktu tayangan filem bermula, satu kejadian keputusan bekalan elektrik secara menyeluruh telah berlaku kepada pusat membeli-belah tersebut. Kejadian itu merupakan kejadian pertama yang pernah berlaku dan dialami oleh semua ahli rombongan yang teruja untuk menonton Papadom dan telah menyebabkan ahli rombongan mati kutu.

Walaubagaimanapun, pihak rombongan masih menyimpan segunung harapan tinggi untuk menonton filem tersebut lalu mengambil keputusan untuk menunggu selama 30 minit (iaitu sehingga waktu tayangan benar-benar bermula) dengan doa agar bekalan elektrik kembali seperti sediakala. Akhirnya, setelah berputus asa dan selamat mengembalikan tiket wayang, pada jam 9.50 malam, bekalan elektrik yang terputus tiba-tiba itu telah dipulihkan oleh pihak berwajib. Ketua dan Timbalan Ketua rombongan kereta Perodua, Mr. A & MatShin kemudian bergegas menuju ke kaunter tiket Golden Screen Cinema di tingkat 3 bangunan tersebut untuk membeli tiket tayangan pada jam terdekat. Malangnya tayangan filem Papadom untuk jam terdekat berikutnya (tayangan lewat malam) telah penuh dan pihak GSC tidak dapat menayangkan Papadom atas permintaan ramai disebabkan sistem mereka tidak dapat mengenalpasti pembeli tiket yang telah memulangkan tiket dan mengambil semula wang mereka. Ahli rombongan kereta Perodua akhirnya mengambil keputusan untuk menonton filem Surrogates daripada pulang kecewa tanpa beraktiviti menonton wayang malam itu. Filem ditayangkan pada jam 11.30 malam.

Sebelum rombongan menonton filem tersebut, ahli rombongan diajak melepak di Island Red Cafe Ipoh pekena kopi secawan dan borak-borak untuk menghilangkan sedikit tekanan kerana tidak dapat menonton Papadom malam itu. Selepas tayangan filem tamat, semua ahli rombongan bergegas pulang ke UTP menaiki kereta model Perodua masing-masing dengan berhemah dan profesional. bernama Sentul bagi pihak kereta Perodua Kelisa mengucapkan jutaan terima kasih dan keharuan atas penjagaan dan perlindungan semasa memandu yang diberikan oleh ahli rombongan kereta model Perodua yang lain yang mana pemandu dan penumpang mereka adalah lelaki semuanya (kecuali kereta Perodua Viva + 1 Perempuan iaitu atex).

Bernama Sentul

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keinginan kami malam itu untuk menonton tayangan filem Papadom terbantut tatkala buat pertama kalinya JJ Ipoh blackout untuk hampir 1 jam!!

oklah.. kat sini nak review sikit pasal filem Surrogates yang TERpaksa kami tonton bagi menggantikan tayangan Papadom yang dibatalkan malam itu.

Surrogates mengisahkan tentang masa hadapan manusia & kemungkinan yang akan berlaku apabila penggunaan klon robot pengganti/surrogates digunakan bagi menggantikan manusia dalam tugas sehari mereka. robot yang direka dan digunakan oleh setiap pengguna adalah berbeza dan perlu sesuai dengan fungsi & kesesuaian saraf/neuron otak setiap individu. dalam kisah ini, watak Tom Greer (lakonan Bruce Willis) yang menggunakan robot pengganti dalam tugasannya yang berisiko tinggi sebagai pegawai polis new york yang ditugaskan untuk menyelesaikan misteri kematian anak kepada seorang jutawan bernama Canter.

secara keseluruhannya, cik sentul rasa boleh la bagi 3.5 stars out of 5.. huhu~ NICE~ filem ni sebenarnya menarik & personally kalau difikir2kan balik, entah2 US army dah start wat robot sebagai pengganti manusia untuk perang. tapi the main point is about ethics / values you carry in life.. tak guna invent benda canggih-canggih yang pada akhirnya akan memberi mudarat kepada orang lain..

2 comments:

Nas Mohamad said...

nas da tgk dua2...papadom n surrogates...but papadom still terbaik!!!

cik sentul said...

ciss... i jeles ngan u all yg dah tgok ni~~~

arrgghhhh~~ tension~ =(