Pages

Saturday, October 3, 2009

Confession of a Shopaholic

baru-baru ni cik sentul ada menonton movie orang putih yang bertajuk "Confession of A Shopaholic" dengan niat nak ambil pengajaran dari cerita ni.


are you a shopaholic too?

so cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Rebecca Bloomwood (lakonan Isla Fisher) yang sangat suka shopping [mcam cik sentul jugak]. tapi masalahnya dia ni shopping sampai sanggup berbelanja besar untuk barang-barang yang dia dah ada pun sebenarnya & tak perlu lagi. kenapa Rebecca ni jadi macam tu? sebab masa childhood, dia selalu dapat barang-barang yang price dia dah cut off 50%, 70% dan barang-barang tu selalunya datang dengan colour yang dull & tak menarik membuatkan dia rasa malu dengan kanak-kanak yang sebaya dengan dia.

dan satu hari dia nampak seorang perempuan ni beli barang menggunakan kad kredit. tapi budak-budak manalah tahu kad kredit tu mende kan? dia panggil benda tu.. "magic card". Rebecca pun bercita-cita untuk ada "magic card" bila dia dewasa nanti so that dia bolehlah nak shopping banyak-banyak.


dunia dia jadi seronok bila bershopping . jaga-jaga, fitnah dajjal untuk sukakan keduniaan.

jadi bila dewasa, dia pun shopping sakan menggunakan kad kredit untuk kelihatan cantik, up-to-date & stylish la kononnya. sayangnya kegemaran dia ni menjadi satu beban pada dia bila hutang kad kredit dah sampai keliling pinggang. can you believe yang dia ada 12 keping kad kredit?? dan hutang dia sampai satu tahap $16,XXX lebih [cik sentul kurang ingat figurenya] dan dia tak mampu bayar sebab kerja as penulis kat satu majalah ni je & dalam masa yang sama masih sukar nak kikis sikap boros dia dalam berbelanja tu.


tengoklah ni.. tengah kerja pun boleh ingat kat shopping.. haih~ addicted betul dia ni! parah.. parah..

macam-macam dia buat untuk jadi non-shopaholic macam attending special class, tengok financial management video dan bekukan kad kredit dia dalam peti ais. but still, tak berkesan semua cara tu. pemiutang bernama Derek Smeath keep on tailing Rebecca ni supaya dia setelkan hutang-hutang kad kredit dia tu. banyak kali jugak Rebecca bernasib baik & dapat terlepas dari terserempak dengan si Derek ni, tapi at one time, dia terkantoi jugak & malu besar bila Derek tanya dia pasal hutang-hutang dia tu live on satu temubual TV.


entah hape-hape entah dia beli sampai penuh bilik dia

after tu, Rebecca macam terbuka mata la yang selama ni dia dah menganiaya diri dia & orang-orang yang dia sayang. dia hampir hilang kawan baik dia, Suze & bos dia/jejaka yang dia suka disebabkan insiden tu. akhirnya dia dapat jugak langsaikan semua hutang-piutang dia tu. haa... macam mana dia boleh cover hutang-hutang dia tu adalah sesuatu yang sangat menarik & inspiring buat mereka yang ada masalah melangsaikan hutang. hehe.. jom tengok cerita ni? =P

all in all, bagi cik sentul, cerita ni sangat mengujakan dan seronok sebab ada kaitan dengan my hobby iaitu shopping. lucu pun ada [bagi cik sentul ok.. coz cik sentul memang seorang yang ceria & suka gelak]. hehe. in a way, cerita ni nak menunjukkan pada kita yang kita boleh hidup dengan dikelilingi hutang disebabkan hobi yang kita sukai. jadi, berhati-hatilah dalam berbelanja.

ada unsur-unsur lain juga macam semangat & fokus untuk berubah, semangat setiakawan, kejujuran & elemen-elemen kekeluargaan yang diserapkan dalam cerita ni. selain itu, ia juga turut mengetengahkan isu - kalau manusia ni dah desperate nak lari daripada masalah, mereka sanggup buat unethical activity macam menipu untuk selamatkan diri. kalau you all ada masa untuk tengok, jangan lupa saksikan filem ni tau! untuk pelajar-pelajar utp, on je DC++ tu & mulakan pencarian anda untuk "Confession of A Shopaholic" .. Selamat Menonton~~~ ^____^

nota kaki : tak salah nak shopping, tapi berpada-padalah. beli mana yang perlu je.. & jauhi kad kredit!!

2 comments:

Heda B. said...

cik sentul! hehe tatau lak tu nickname ain..hehe. tau x, syahed tgk cte ni meg terasa sgt. cara dia describe perasaan dia masa gila nak shopping tu, memg tepat! after watching this movie, i started worrying sbb now i know it is a syndrome T_T hehe...kene avoid credit cards in d future! ;)

cik sentul said...

eyp, syahed!
hehe.. saja ain pakai nickname tu in blog-world.. =P

nway, ain pun terasa gak bila tengok filem ni.
ape2pun, buang yg keruh, ambil yg jernih, baru teguh peribadi ^___^v