Pages

Tuesday, May 11, 2010

Allah nak balas.. syukurlah, my bf is finally home!

sudah dekat hampir sebulan Mr. Alza cik sentul tiada di perkarangan rumah sewa kerteh ni. bukan apa, sebulan lalu Mr. Alza terdampar dirawat di Perodua, Semambu, Kuantan akibat kemalangan pagi 12 April 2010 lalu.

mengimbau kembali kejadian yang berlaku, cik sentul pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang selepas berjumpa En. Zaki, rakan niaga Aquiyah yang tinggal di Pelabuhan, Kuantan. pada masa tu, cik sentul ditemani qesh, yang cik sentul amanahkan utk drive since cik sentul tak punya keberanian utk drive malam & jauh2. keletihan, cik sentul ketiduran sepanjang waktu qesh memandu Mr. Alza. kami bertolak dari Kuantan jam 11.40 malam.

malang sememangnya tak berbau.. setiba sahaja di Jalan Bukit Kuang, Kemaman, selepas melintasi stesen minyak Petronas Jalan Bukit Kuang pada jam 12.35 malam lebih kurang, Mr. Alza yang dipandu Qesh melanggar sebuah bas yang dipandu bertentangan arah. BAAAMMMMMM~!!! perlanggaran yang tak disangka tu menyebabkan sisi Mr. Alza cedera parah & tayar depan+rim pecah. bas yang kemalangan juga mengalami kecederaan teruk di bahagian tayar, sehinggakan terpaksa meminta bas ganti datang utk meneruskan perjalanan para penumpang yang hendak ke Kuantan ketika itu.


sebelah kiri ok..

sedih.. apa nak buat.. nasi dah jadi bubur.. Qesh sudah tentunya rasa bersalah since dia yang memandu ketika itu. saksi di belakang Mr. Alza mengatakan bahawa kami memasuki lane bas tersebut. marah? geram? tak tahulah perasaan apa yang ada pada cik sentul pada ketika itu.. hmm.. entahlah.. cik sentul xtahu nak percaya atau tak.. sebelum perlanggaran tu cik sentul tidur.. [pengajaran:co-pilot tak boleh tido!] & hanya tersedar bila Mr. Alza merempuh sisi bas & asap keluar dari side pemandu.. tapi semuanya ketika itu ibarat mimpi! apapun, cik sentul syukur sangat yang cik sentul masih hidup. alhamdulillah ya Allah!! kau masih memberikan aku ruang & peluang utk membuat sejuta kebaikan lagi di muka bumiMu ini.

kecederaan my boyfriend, Mr. Alza .. ngeri kan?

setelah hampir sebulan sunyi tak berteman.. [chewah! =P ] Mr. Alza yang cik sentul rindukan dah pulang.. oh! macam baru~ harap2nya lepas ni hati2 sikitlah memandu ye.. pesanan cik sentul utk semua pembaca.


after repair..

salam HEBAT & penuh kesyukuran..

cik sentul ^___^

3 comments:

Al-Farashah said...

"Menakjubkan sungguh segala urusan orang yang beriman. Setiap perkara yang menimpanya adalah baik. Dan ini tidak akan terjadi kecuali pada seorang mukmin. Jika dia mendapat nikmat, dia akan bersyukur, maka kesyukurannya itu adalah baik untuknya. Akan tetapi jika dia ditimpa musibah, dia akan bersabar dan kesabarannya itu adalah baik untuknya".

cik sentul & associates said...

subhanallah.. HEBAT!

Ismi Huda said...

alhamdulillah. yang penting semua selamat