Pages

Monday, December 24, 2012

Weekends Escape..

Hola!

Erm.. peningnya cik sentul tak tahu nak pilih yang mana..

En Suami ajak pergi tengok kawan beliau kahwin this 29hb at Malacca and pujuk I for a short honeymoon trip (konon.. heheh) at PD for a night.
Haih.. any idea where to?
Survey survey dekat www.agoda.com.my

Grand Lexis Port Dickson (formerly knows as the Legend Water Chalets)
Range Harga dari : MYR 455
Review : 5 star hotel, cantik..!!! serius cantik!!! ada macam-macam jenis bilik with macam-macam design, ada private pool in room..view pun awesome!




Thistle Port Dickson Hotel
Range Harga dari : MYR 761
Review : 5 star hotel, nice, Romantic, antara the best hotel rated in PD with good service and good scenery, dekat dengan pantai & dekat dengan banyak tempat makan



Avillion Hotel
Range Harga dari : MYR 550
Review : 5 star hotel, gilerrrrrr romantik fuuuuhhhhhh! ada jenis chalet, ada jenis villa, memang syiok untuk berbulan madu & menenagkan fikiran..Avillion ni ada 2 kalau tak silap kat PD ni.. satu Avillion Cove, satu lagi Avillion Water Challets



Klana Beach Resort port Dickson
Range Harga dari : MYR 194
Review : 3 star hotel, ramai orang yang komen hotel yang berbaloi, parking senang, pemandangan cantik, kebersihan and layanan pekerja bagus, dekat dengan pantai jugak.. huhu.. simple!



yang best2 for sure la yang 5 stars kan.. huhu.. balik karang kita wat perhitungan la dengan cik abang~ silap-silap dok dalam khemah aje.. heheheh.. lagi romantik ke eh? =P

Friday, December 21, 2012

12 Barisan Di Akhirat




Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”
Erti firmanNya; “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih; “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu, Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan; “Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.

Disalin dari fb Tanyalah Ustaz

Wednesday, December 19, 2012

dysmenorrhea

baru-baru ni cik sentul consume sejenis supplement baru yang diperbuat daripada epal & anggur.
alhamdulillah kulit makin cantik and kesihatan makin ok.. jarang kena batuk n selsema alhamdulillah..
heee.. tapi bukan nk promote supplement tu sebenarnye.. actually nak share ngan u all yang last 2 days cik sentul diserang dysmenorrhea atau senggugut yang sangat teruk.. before p*****d, 2 hari terasa otot2 kat bahagian senggugut tu denyut2.. mcm mini-senggugut..



so, petang isnin tu, cik sentul mengajaklah encik suami utk membawa cik sentul ke klinik biasa kitorang pergi kat KJ ni.. dalam hati memang nekad nak mintak referral letter kat doktor utk pegi mana2 pakar GN (gynaecologist) utk check.. jugak ada risau sebab mana tau adakah disebabkan senggugut ni cik sentul tak pregnant pregnant lagi since kawen..

so, bismillahitawakkal.. jumpalah dgn Dr M tu.. (a lady doctor)

Dr M : Ok, puan.. apa masalahnya hari ini?
Cik Sentul : Hari ni adalah hari ke-3 saya senggugut Dr.. saya agak risau disebabkan kami (encik suami ada sekali masa tu) dah setahun kawen but belum ada rezeki menimang cahaya mata.. kot-kot la sebab senggugut saya ni boleh sebabkan saya ni x boleh nk conceive.. lagi2 bila saya baca banyak kat Internet n buku2 pasal dysmenorrhea ni.. plus, keterukan senggugut saya ni sampaikan every month kalau jatuh hari weekdays, terpaksalah saya MC n terguling2 dalam bilik menahan sakit.. last time saya pergi jumpa seorang doctor kat Sentul, n mintak dia refer saya kat pakar, tapi dia ckp "jangan ingat sebab IN* cover saya, saya boleh suka2 je nk mintak jumpa pakar"
Dr M : woah, that's nonsense.. ok puan.. dysmenorrhea menyerang setengah2 wanita and it is normal.. i can refer u to pakar which I support u.. as utk kehamilan, after 1 yr of marriage, actually 80% of women will conceive, while after 2 yrs of marriage 90% will conceive insyaAllah.. only after 3 yrs, 20% only can get pregnant.. so, we doctors will only cop a patient man*** after 2 yrs of marriage but no sign of pregnancy.
Cik Sentul : tapi doctor.. sy actually agak stress when my surroundings keep pressuring and asking the bonus question.. "bila nk dpt anak?" 
Dr M : chill.. to me, you can jalan2 lagi, honeymoon.. it's that some time, Allah tu mungkin nak bagi u n ur husband kenal lagi each other, nak bagi lebih serasi.. enjoy the present.. no rush.. but definitely I can write u a referral letter to a GN for your senggugut thing.. and if in case masa dia buat check up tu they found problems with your uterus macam endometriosis , then u need to undergo whichever rawatan yg perlu, ok?
Cik Sentul : (mengerling ke arah encik suami utk dptkan support and he smiled at me warmly n said "Don't worry, dear") .. ok doc.. thank you so much..

so, now, ada sesiapa nk recommendkan GN mana yang best? btw, betul.. adalah tu hikmahnya.. hari tu masa arwah abah meninggal, mama ada ckp "mungkin belum ada rezeki timang cucu sebab kalau  sentul beranak hari tu, mama pun tak dapat beri perhatian nk jaga abah" ..(mood : redha)

Also, now ni encik suami sibuk bikin module sendiri and ke sana ke mari, plus cik sentul sibuk dgn karier.. kadang2 nak tenangkan diri, teringat ayat2 macam "Allah tak pernah terlalu awal or terlalu cepat utk bagi sesuatu.. Dia bagi just nice and just right in time".. but it doesnt mean, cik sentul n encik suami pasrah je tak berusaha ok..

oklah camtu.. Allah bagi can utk honeymoon lagi puas2.. hehehe :)