Pages

Tuesday, October 13, 2009

raya @ utp with EE frens || cik sentul's 22nd birthday celebration

SAMBUTAN RAYA EE JAN05
Tempat: pavillion (depan masjid)
Tarikh: 11 oct 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.30 pm@ 2030 hours
Menu: lemang,nasi himpit,rendang,soto beserta bergedil,kuih pencuci mulut,kek,buah n air sirap laici..
jika ada sesiapa nak sponsor kuih raye,dialu2kan..
TENTATIVE:
1.semua ambil tempat
2.bacaan doa
3.makan
4. ade permainan yg akan memeriahkan suasana
pastu last skali kita akan bergambar kat mana2..
jangan lupa..baju raya ye..
lelaki pakai baju melayu ngan sampin..bila lagi nak pakai depan kawan2? hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

ketika menerima jemputan untuk ke 'Sambutan Raya EE' dari teman baikku, P tempohari, hati berdetik ragu. waktu itu, P mengatakan sambutan makan-makan raya yang dianjurkan oleh teman serumahnya, syuk itu merupakan jemputan makan-makan terbuka tetapi ramai jemputan terdiri daripada kawan-kawan dari jurusan EE. [err.. EE = Electrical & Electronics Engineering] ..setelah bersoal-jawab dengan P beberapa ketika, cik sentul akhirnya setuju dengan pelawaannya untuk menghadiri makan-makan raya tersebut. lagi pula, P belanja cik sentul untuk bayaran makan tu.. hehe~ rezeki jangan ditolak, orang tua-tua kata. dan apa yang lebih penting, cik sentul tak mahu mengecewakan jemputan kawan baik cik sentul yang seorang itu.

11 oktober : hari yang dijanjikan tiba. namun pagi itu, cik sentul mengalami senggugut yang teruk sehingga muntah 2 kali. malang sekali waktu itu tiada siapa berada di rumah. rumet cik sentul, Ms. S keluar bersama Mr. A kerana membeli-belah barang dapur katanya, manakala syazana & rumetnya, ana juga tiada di bilik. lebih malang lagi, sheshe, didi & yuyu baru sahaja bertolak ke pulau pinang bagi menghadiri conference berkenaan 'Fuzzy'. dan pintu-pintu bilik lain semuanya berkunci menandakan tiada penghuni.

'ah, sudah.. siapa aku nak minta tolong ni.' rintih cik sentul dalam hati.

teringat temujanji menghadiri rumah terbuka pensyarah kami, Dr. Wan bersama Ms. S jam 3 petang itu lalu dengan kesakitan yang tertahan-tahan, cik sentul menelefon Ms. S, memberitahukan perihal cik sentul terpaksa membatalkan niat untuk ikut.

"sentul.. you ok tak ni? suara lemah gila ni.. pergi klinik nak?" tanya Ms. S dari corong telefon.

"eh, takpe Ms. S.. i call you ni untuk bagitau i tak dapat ikut jam 3 petang ni.. sori k.. klinik? mm.." tak berdaya cik sentul hendak berdolak-dalih lagi dan terpaksa memutuskan talian.

habis katil dan dinding dijadikan mangsa tendangan. akhirnya, penat berguling-guling menahan sakit, cik sentul tertidur.

sedar dari tidur, alhamdulillah sakit tadi hilang serta-merta. Ms. S yang baru pulang ketika itu kerisauan duduk di tepi katil cik sentul cuba mendiagnosis sama ada betul cik sentul sudah sembuh atau demam atau hanya berpura-pura. cik sentul juga hairan bagaimana sakit itu boleh hilang begitu sahaja. suspected root cause : nenas dalam rojak yang dimakan cik sentul hari sebelumnya. menurut kata orang tua-tua, nenas merupakan buah yang tajam untuk rahim perempuan. err.. nak wat camane.. sedap sangat rojak umi wat~ uhuk2.. ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati.. haha.. memang macam separuh mati je tadi menahan kesakitan.. tapi, alhamdulillah dah ok! syukur..

malamnya, dapatlah cik sentul join makan-makan EE tu.. Ms. S memaklumkan cik sentul yang dia keluar dengan Mr. A lagi malam itu untuk dinner.. yelah, since cik sentul tiada di bilik, buat apalah dia termangu-mangu sendirian kan? so, here are some of the pictures taken masa EE makan2 tu.. hihi~ enjoy sangat sebab cik sentul dapat jumpa my ex-roomate masa foundation dulu.. ^___^



dalam pukul 11.30 malam camtu, P mengajak cik sentul pulang. dalam hati tiada ragu dan tak terlintas langsung persoalan mengapa P mengajak aku meninggalkan sesi bergambar EE yang pada masa tu tengah syok dan meriah kat Chancellor Complex. masuk ke dalam kereta, dan P pun mula memandu. tiba-tiba dia membelok ke tempat letak kereta berhadapan Chancellor Complex. cik sentul pelik tapi tak bertanya kenapa. tiba-tiba dia memberhentikan kereta dan di sebelah kereta kami tu berdirilah Ms. S, Mr. A, syazana, ana, dan anep.. waaaaaaaaaa~~~~ surprise birthday party ke??? ya Allah.. cik sentul tak tahu nak react camne.. tengoklah sendiri gambar baru pas kuar kereta ni.. hahahaha !!


adeyh... korang ni susah2 je lah.. peace ^___^v

dan selepas itu kami makan-makan kek, dan bergambar-gambar sikit.. huhu~


jangan padam api


happy family
from left: Ms. S, ana, syazana, cik sentul, P
duduk from left : anep, azam



eh.. ader hadiah for me?? bak sini!! hihihihi~~ v(^,^)v


before bersurai ... tQ sume ^___^

sangat-sangat terharu dengan sambutan harijadi ni.. cik sentul ingat takde sambutan pape & sekadar makan-makan raya EE tu jelah hadiah harijadi kali ni. ternyata cik sentul silap. thank you rumet~!! you memang pandai cover & berlakon.. mantap ah~ ^___^ to anep, ana, syazana, Mr. A .. terima kasih banyak sebab sudi memeriahkan & bertungkus-lumus untuk birthday cik sentul yang ke-22 ni.. terharu~~ [filzah, kalau kamu hadir tentu akan lebih seronok =) ]

and for my bestfriend, P.. haih.. i'm speechless dah ni.. terima kasih awak!!


the present & cards.. thank you zillion times! i love it all..


bestfriend forever...

5 comments:

Anonymous said...

takpe ain..klau kte tkde pn, ain tetap tambah tua setahun. kih3 :P

happy birthday! :D

cik sentul said...

hihi.. tQ filzah~~ ^___^

wardatuljannah said...

salam..
happy belated btday bonda ain..
semoga panjang umur,murah rezeki dan dikuniakan insan terbaik utk bonda ye..amin.
:)

Keyrol Anwar said...

ehem2.
plan ke pkai biru sama2 ngn besfren? :P

cik sentul said...

nazihah... hehe.. tQ2..
amin!! moga makbul doanya..
^___^

oit keyrol..
kami tak sengaja..
tengok2.. biru sama..
gaga~ =P