Pages

Wednesday, February 17, 2010

berperang dengan Cik Ti

pagi tadi.. cik sentul terjaga. 5.15 pagi.. Allah! aku belum solat isyak lagi! kerana ketidakcukupan tidur malam sebelumnya.. letih.. lalu, dengan segera cik sentul pun bangun melangsaikan hutang.

sesudah solat, termenung sebentar merenung tikar sejadah. tiba-tiba, timbul idea kreatif untuk mengalihkan almari solek ke bahagian tengah dinding bilik sewa yang luas. semasa cik sentul hendak mengalihkan almari solek yang berat ya amat itu, tiba-tiba cik sentul terpandangkan kelibat sesuatu di belakang almari. terkejut! TIKUS~!!! ngaaa~~~

'ok.. apa yang perlu aku buat sekarang?', tanya cik sentul dalam hati.

'aku isytiharkan perang~!!!'

lalu cik sentul mengatur strategi.. pada mulanya main kejar-kejar dengan Cik Ti. bila cik sentul semburkan senjata R di penjuru sini, dia lari ke penjuru sana. ulang-alik beberapa kali, sampaikan ada satu masa tu dah tak larat main kejar-kejar agaknya, Cik Ti panjat almari solek. cik sentul sembur lagi senjata R.. ppssssssssttttt.... Cik Ti jatuh. melarikan diri ke penjuru almari tv hujung skali.

cik sentul keluar bilik cepat-cepat, ambil senjata BP, bersedia atur strategi kedua.


[gambar kiri] senjata R
[gambar kanan] senjata BP


perlahan-lahan Cik Ti undur diri ke belakang almari tv yang boleh dialih. almari tv yang tinggi separa lutut itu diperbuat dari kayu yang kukuh. cik sentul dapat satu idea.

DAMMMMMMMMMMMM!! cik sentul tolak almari tv itu kuat-kuat ke arah Cik Ti yang betul-betul berada di tengah-tengah belakang almari ketika itu.


[gambar kiri] almari tv boleh alih
[gambar kanan] kesan hentakan pada almari selepas menghimpit Cik Ti


Cik Ti menggelupur kesakitan. kakinya patah. lalu dengan hujung senjata BP, cik sentul tetak badan Cik Ti menghabiskan sisa hidupnya.


Cik Ti yang telah tidak bernyawa sebelum diangkat keluar dari tempat kejadian

Innalillah... peperangan Cik Ti & cik sentul berakhir jam 6.30 pagi itu dengan kemenangan berpihak kpd cik sentul. heheheh..

"Ms. S, Ms. S.. tengok ni apa dia?" cik sentul memanggil Ms. S di biliknya untuk menunjukkan hasil peperangan subuh itu.

"Eeeee... sentul.... u ni..." kata Ms. S. geli. hehehe...

petang keesokannya, tuan rumah tempat cik sentul menyewa di kerteh tu telefon. cik sentul beritahu dia tentang kehadiran Cik Ti dalam bilik.

dengan selamber cik sentul kata padanya, "semalam tikus masuk bilik saya, Kak Yang. tapi jangan risau, saya dah berjaya bunuh dia."

"Sentul~~ beraninya kamu.. isk3..." . kak yang gelak. mesti dia geleng-geleng kepala dengar cerita cik sentul petang itu. dalam hatinya sudah tentu hairan apsal la tak penggeli budak perempuan sorang ni..

heh~~ see the leg la =P

nota kaki : aku kan duduk sentul.. kampung plak tu.. dah biasa dengan binatang-binatang liar ni.. huhu~ .. erm, nanti lah cik sentul upload gambar.. tak sempat-sempat.. bz... =)

5 comments:

AlexAlabasta said...

Pergh~! Okeh, perlu tabek padda Ain sebab berani lawan tikus!

ainsuffian said...

hehe... well~~ tQ2.. ^___^

marjeena said...

kalau kite, kite dah lari dah. tak berani. geli owh~

cik sentul said...

hehe... ain lagi main kejar-kejar dgn itu Cik Ti ^___^

ABDUL AZIZ said...

fuyo tahniah iron girl,mmg conform pasni geng tikus lain x brani masuk bilik ain ..haha..terbaik