Pages

Monday, July 26, 2010

life

"mak.. buat apa tu?" tanya cik sentul kepada mak nyai di hujung talian pagi tadi.

"tak da buat apa... tengah duduk-duduk.." jawab mak.

"mak... sentul puasa hari ni.. mak puasa?" tanya cik sentul lagi.

"ingat hati tu nak puasa, sentul.. tapi menjaga budak kan.. letih badan mak ni.. nanti bulan puasa tak tahulah macam mana nanti.. moga-moga Allah beri kekuatan..." jawab mak.

dari perbualan pagi tadi, dapat cik sentul simpulkan... kita ni masa kuat dan muda ni lah kena perbanyakkan amal.. ibadat.. mana tahu esok-esok bila Allah nak tarik nikmat kecergasan tu, time tu, satu benda pun dah tak larat nak buat.. time ada kudrat ni lah berusaha sehabis baik. jangan esok-esok menyesal tak tentu hala sebab keputusan yang kita ambil masa muda ni.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"salam, sentul... kereta abah breakdown kat hi-way seremban malam tadi. kena tow sampai sentul. maybe kereta kena repair dalam 3 hari. not sure. cost lebih kurang RM1k++" sms abah pagi tadi.

"masyaAllah!! sabar ye bah.. nanti payment abah bagitau sentul.. i'll get the money ready" balas cik sentul.

kesimpulan... alhamdulillah Allah bagi aku rezeki lebih dalam perniagaan ni.. inilah dia yang dikatakan unexpected moment in life! tabung luar jangka aku seb baik dah ready.. alhamdulillah.. kalau orang lain, tak tahulah ada ke tidak.. silap-silap haribulan, dok pinjam kat along.. dok pinjam kat aku.. bukan tak kasi.. tapi Allah bagi akal tu fikirlah.. dah tahu susah tak mahu ubah.. hish.. tak malu ke harap belas kasihan orang je? aku pun mula susah tahu tak? tapi.. kalau dah dasar tak nak berubah tu.. memang camtu jela.. tak boleh nak buat ape dah...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"kak.. nanti orang bayar rm100 je kat kakak untuk hutang last month tu ek.. orang nak pakai duit untuk benda lain" sms adik cik sentul tengahari tadi.

"hmm... yelah... boleh bank in hari ni?" cik sentul reply. tak kisah sangat pun pasal duit dia nak bayar bila. tapi disebabkan dia janji yang last month tu duit dia nak 'pinjam' & willing to bayar.. so, janji tetap janji la.. kang mungkir janji kira munafik tahu?! lagipun, mana leh manjakan sangat? tak boleh bagi muka.. nanti pijak kepala & belajar mungkir janji lak. tak elok tu!

"ok... orang tak janji boleh bank in hari ni.. tapi, kak bagi jelah number akaun.."

"ok.."

bila kita senang sikit, tak ada rasa salah or susah pun nak tolong orang yang lebih memerlukan.. especially family members. cuba bayangkan kalau aku pun susah..? for sure akan jadi kedekut macam dulu.. berkira nak mampus walaupun dengan adik sendiri. yelah, aku yang susah-susah buat duit, pandai je ko nak perabihkan.. tapi yang ni pinjam.. so, no problem =) lepas ni ko tak ikut cakap aku memang ko ni tak nampak la apa yang akak ko ni nampak.. haih~

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"sentul, tupperware dah ada kat che su" sms sebelum tamat ofis hour cik sentul terima dari isteri en suha.

"oh, alhamdulillah.... berapa semuanya, che su?" soal cik sentul menerusi sms juga.

"RM***.**"

"ok, insyaAllah lepas volleyball petang ni sentul singgah rumah che su amik ye.. terima kasih =) " jawab cik sentul.

berhutang memang bagus, kalau hutang tu hutang yang bijak. tapi kalau boleh, jangan berhutang lama-lama.. tak baik tu... financial management kena betul.. anyway, dah kes macam ni, adhock punya mesej, kalau cik sentul jenis tak berduit / berlagak ada duit tapi nak beli benda mahal-mahal, tak payah la... buat malu je nanti terpaksa bagi alasan tunggu hujung bulan untuk bayar.. walaupun ni hujung bulan.. aku tahu ramai yang gaji baru masuk je tapi 3 hari lepas tu tinggal berapa sen je dalam simpanan... kan? kan? eleh.... tak nak mengaku lak... tak jujur namanya tu bro... ngaku jelah...........

No comments: