Pages

Friday, October 2, 2009

berita - Krisis Air Di UTP



Jumaat, 2 Okt - Sejak petang semalam, blok V5-H (perempuan) Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah mengalami krisis air membuatkan lebih 240 orang penghuninya terpaksa menumpang mandi, membuang air, dan mengambil wuduk di blok lain yang berhampiran dan di masjid. Di sesetengah rumah blok yang sama bernasib baik kerana pili dapur rumah mereka masih dibekalkan dengan air, namun penghuninya masih terpaksa menampung air menggunakan baldi untuk keperluan masing-masing. Bernama Sentul difahamkan bahawa krisis air ini juga telah dialami oleh penghuni-penghuni di blok-blok berhampiran blok V5-H, tetapi keadaan di blok-blok berhampiran itu telah pulih seperti sedia kala semalam. Menurut jurucakap Residential College Student Unit (RCSU), Encik T, kemelaratan krisis air yang berlaku di blok tersebut masih belum diketahui puncanya. Walaubagaimanapun, pihaknya akan berusaha sedaya upaya memulihkan keadaan itu hari ini. Krisis air yang dialami oleh pelajar-pelajar yang menghuni blok terbabit telah menyebabkan imej dan pencapaian universiti itu sebagai salah sebuah universiti berprestij di Malaysia yang mengutamakan keselesaan pelajar dipersoalkan.

Bernama Sentul

4 comments:

John E said...

haha.. da byk kali kot UTP didn't have water last time..

cik sentul said...

*sigh*

hazwana said...

UTP pun ada pemberita ^^ huhu kesian korang.... tp 'Bernama Sentul' wat kita gelak. ngahahaga

cik sentul said...

hehe.. ni lah hasil keje seorang student master yang kebuntuan melalui hari-harinya yang lapang~

=P