Pages

Monday, September 28, 2009

aidilfitri 2009 ... kerteh?

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

ni lagu favourite cik sentul raya tahun ni.. kalau nyanyi kat bilik tu, akan bersahut-sahutan dengan adik cik sentul yang fabulous, farahin. haha! ^___^


aaa.. jangan tanya kami tengah buat apa =P

1 Syawal .. cik sentul beraya ke rumah nyai [sebelah rumah je pun kat sentul tu.. hehe =) ] dan nenek angah kat gombak [adik-beradik atok cik sentul]. petangnya kami sekeluarga pulang ke kota, rembau, negeri sembilan - kampung halaman abah cik sentul yang damai permai.


bergambar kenangan raya 1430H/2009M bersama atok & nyai di sentul


family sentul - tema oren tahun ni ^___^v

Syawal kali ni lebih bermakna dengan kehadiran rakan taulan yang pernah bersekolah sama di convent sentul satu dulu [intan, athirah & kak murni] dan dari utp ke rumah cik sentul pada 26 September 2009, bersamaan 7 Syawal 1430H.. sangat tak sangka yang cik sentul akan menerima kunjungan sebegitu ramai kawan-kawan [yang turut sama belajar dengan cik sentul ketika mengambil degree di utp] pada hari tersebut. sekali datang 3 buah kereta wa cakap lu~~ =) terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis ye kawan-kawan.. sangat-sangat terharu & gembira.. hehe..


thank you for coming dear friends.. ^___^ [credit to cik pudin for the pic]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ahad.. on the way back to utp [dalam kereta myvi putih sheshe], tiba-tiba cik sentul dapat satu panggilan.

"Haule Haule.." ringtone handphone cik sentul dari filem lakonan shah rukh khan, 'jodi' berbunyi.

"09-XXXXXXX" nombor yang tak dikenali terpampang di skrin G705.

'eh.. siapa pulak ni..' monolog aku sendirian sambil menekan butang "accept call". sheshe memperlahankan volume muzik yang sedang dimainkan cd player myvi putihnya.

"Hello.. assalamualaikum, ni cik sentul ke? apa khabar? saya kak nab membuat panggilan dari petronas ethylene, kerteh....." kata pembuat panggilan itu sejurus aku meng'accept' panggilannya. placement call!! akhirnya... alhamdulillah

baru je sebentar tadi aku berbual rancak dengan sheshe berkenaan placement di petronas. aku agak menantikan panggilan offer kerja seperti ini tapi.. kerteh sounds so far... T_T

dalam masa yang sama perasaan bercampur-aduk..terima @ tidak?

"kak nab, boleh saya mintak tempoh untuk berfikir?" pintaku.

dan dia memberi aku tempoh sehingga hari selasa, 30 september 2009.. [errr.. baru perasan bulan september pun hampir merangkak pergi tahun ini]

dan aku menggunakan masa yang ada selepas itu untuk berfikir, berdoa mohon petunjuk dan bertanya kepada kedua orang tuaku dan senior-senior di petronas.

finally.. kata putusku kpd offer kerja itu ialah "saya terima.."

now.. am waiting for the offer letter.. walaupun cik sentul dah terima, tapi still kena tunggu hitam putih dr HQ petronas. selagi belum dapat surat rasmi dari mereka, bermakna offer itu boleh jadi valid ataupun tidak.

moga Allah permudahkan..

nota kaki : tak mengapalah di kerteh pun.. keadaan sekarang tak memungkinkan aku untuk terlalu memilih lokasi pekerjaanku. tambahan pula, post yang ditawarkan kepada cik sentul agak menarik. jarak antara kerteh-kl juga lebih kurang sama dengan jarak kl-jb [teringat zaman bersekolah di stf] ... abah agak mendesak supaya menerima, dan mama merelakan ... oh, dear bestfriend, kita akan berjauhan buat sementara ... 'moga jarak fizikal tak menjauhkan ikatan persahabatan' doaku..

9 comments:

Hannah said...

OMG! ain.. kerteh.. jauh a bit tp still, congrats~~ hehe

ainsuffian said...

huhu~
blom confirm lg ni hannah..
ain just accept.. but the rest kena tunggu black n white..
slagi ain xdpt offer letter, slagi tu placement ni blum confirm..

am praying moga ini jalan terbaik..

kerteh jauh.. xpelah.. ade hikmahnya tu.. ^____^

Maaruf Mohamad said...

boleh lagi doa supaya surat yang sampai jap lagi tulis 'KLCC'

=)

ainsuffian said...

haha..

xpelah.. kerteh pun best jugak~ =P

hazwana said...

Tahniah Ain~ Kertih best je. Kalau nak simpan duit, datangla Kertih. xde tol, xde traffic jam, dekat dengan pantai n working culture pun Islamic & Malay culture (good or bad terpulangla). Cuma mungkin xbape best bab2 nak shopping. Ngahaha, nak shopping/tgk wayang, kenala ke Kuantan. 4 jam rasanya Kertih-KL. My senior dl, tiap2 minggu balik je. If bosan kt Kertih, nak lepak kt rumah pengganggur a.k.a I ni boleh jgk, tp 4 jam jugak dr Kertih. Bunyi je 4jam, tp selalu balik je stiap kali weekend masa intern dl ^^

ainsuffian said...

wah~~~ wana-chan!

great info..maceh wana ^____^v

yes.. dah ada rumah persinggahan ni.. huahuahua =P

Keyrol Anwar said...

gud luck ain!!

cik sentul said...

tQ keyrol~~ ^____^

ABDUL AZIZ said...

boleh bawak pancing ayah , boleh mancing kt sane..boleh pancing prospek skali ain..