Pages

Monday, October 5, 2009

berita - Krisis Air Mula Pulih

Isnin, 5 Okt - Krisis air yang dilaporkan oleh Bernama Sentul Jumaat lalu mula mendapat perhatian dan ditangani sewajarnya oleh pihak berwajib hari ini di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Penghuni blok V5H mula menikmati kembali sumber air bersih di bilik air rumah masing-masing bermula tengahari tadi. Namun demikian, penghuni-penghuni di blok V5H masih menampung air dalam baldi kerana risau krisis air tersebut kembali.


sumber air bersih sudah mula dibekalkan kembali ke pili dalam bilik air setiap rumah di blok V5H


risau . penghuni masih menampung air di dalam baldi masing-masing mengikut kata peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'

Semalam, ketika Bernama Sentul menemuramah Cik Y, salah seorang kakitangan Residential College Support Unit (RCSU) berkenaan krisis air yang semakin meruncing, beliau mengatakan masalah yang timbul ini adalah disebabkan oleh ketidaksempurnaan sistem perparitan dan air untuk blok V5H. Katanya lagi, sistem yang tiba-tiba mengalami masalah teknikal telah menyebabkan air gagal dipam dan diagihkan kepada setiap rumah seperti biasa. Akan tetapi, pihaknya sedang cuba membaikpulih keadaan itu bagi memastikan setiap penghuni apartmen di UTP mendapat kemudahan yang sama rata sesuai dengan kadar sewa setiap bilik.

Dalam kes yang berlainan, Bernama Sentul tengah malam semalam (Ahad, 4 Okt) mendapati terdapat satu paip pecah di tingkat 3 blok V5H ketika pulang dari Tronoh pada jam 1.00 pagi. Keadaan itu telah menyebabkan air bersih melimpah keluar dari paip dan mengakibatkan pembaziran berlaku. Ketika membuat aduan menerusi panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Cik Y, Bernama Sentul difahamkan bahawa pihak pengurusan telah dimaklumkan akan hal itu sejurus selepas aduan diterima tetapi tidak pasti sama ada masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat kerana pihak berkenaan bertugas sehingga jam 11.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun, beliau berterima kasih kepada pihak Bernama Sentul kerana pantas bertindak tetapi agak terkilan kerana tiada aduan diterima berkenaan masalah itu sebelum Bernama Sentul memaklumkannya. Kurangnya kesedaran tentang penjimatan air dan maklumat kakitangan yang boleh dihubungi apabila masalah seumpama itu berlaku di apartment UTP merupakan antara faktor yang mungkin menjurus kepada kelewatan informasi itu sampai kepada pihaknya dan mengakibatkan tindakan sewajarnya lambat diambil.

Bernama Sentul

6 comments:

Shariffudin Sahedan said...

berbakat sungguh awk dalam bidang berita..
bagus!teruskan usaha ini..mgkin suatu ari nanti leh ganti karam singh walia~
=D

cik sentul said...

hoho..
terima kasih~
^____^

Keyrol Anwar said...

ain x mandi!! eiiiiii~

cik sentul said...

weyh keyrol..
aku mandi rr..sedap je ckp aku xmandi..
kan dh tulis situ kena tampung air kt sinki dapur..
ko tu yang kurang prihatin tentang apa yang aku beritakan ni... isk~

John E said...

haha.. finally rite..

cik sentul said...

yeah, john.. finally!
wut a relief..
tak sia-sia i dok call encik talhah n ajk rcsu blok v5..
huhu~~
go go Bernama Sentul! [cheering for myself..haha!]