Pages

Thursday, January 10, 2013

Jeragat? Cuba ni : MOISTURE WHITE™ SHISO CONCENTRATED TARGET PERFECTOR

Hola!

Baru-baru ni kan ada YES! kat seluruh shopping mall/kedai di Malaysia, so cik sentul alang-alang dah ada kat KLCC ni berjalan-jalan lah bila ada peluang...

Wan cik sentul hari tu ada berpesan nakkan perfume Body Shop ni.. And kebetulan ada one day ni, The Body Shop ada wat promotion depan kedai dia "Buy 1 Free 1" untuk lotion dia if tak silap, so apa lagi, saja la terjah tengok-tengok kot-kot lah ada yang berkenan di hati...sambil2 tengok2kan wan cik sentul punya perfume..

Dah siap pilih perfume, cik sentul pusing-pusing lg dalam kedai tu... tiba-tiba teringat la yang wajah cik sentul ni lately ada jeragat.. Jeragat ni terjadi atas banyak faktor antaranya genetik (arwah abah memang ada), cuaca (sinar UV ok!), umur (err... awas! wanita seawal 20-an boleh dapat ni) and macam-macam lagi.. tak silap cik sentul, dia jugak disebabkan oleh pengumpulan melanin pada kulit and yang kat kulit cik sentul ni macam tahi lalat baru tumbuh... ada sikit kat pipi kanan and kiri.. haih~ And the sales girl tu rekemen line produk Body Shop Moisture White Shisho ni.. Shisho ni mengikut kata sales girl tu adalah sejenis tumbuhan herba yang digunakan oleh orang2 Jepun dalam petua kecantikan diorang.


So, apa kegunaan MOISTURE WHITE™ SHISO CONCENTRATED TARGET PERFECTOR ni?
Antaranya ialah untuk mencerahkan parut jeragat di wajah dari dalam kulit dengan active ingredientnya seperti Vitamin C yang provide antioksidan bagus untuk kulit dan berfungsi mencerah dari dalam. Walaupun hakikatnya sebenarnya jeragat agak mengambil masa untuk mencerah, tapi usaha jelah.. dia tak boleh hilang macam tu je.. tapi dicerahkan insyaAllah boleh.. banyak lagi produk lain kat luar sana, tapi korang hati-hati lah memilih sesuai dengan kulit ek..

Another one yang cik sentul amik jugak time tu is MOISTURE WHITE™ SHISO WHITENING SERUM seperti dalam gambar di bawah :-

Serum ni tekstur dia sangat smooth macam smoothy, pakai sikit je kat muka after perfector tu..Mengandungi vitamin C and Community Fair Trade organic Aloe Vera and lain2 bahan yang 100% vegetarian berfungsi untuk melembabkan dan menganjalkan kulit wajah luaran kita. Dia lebih ringan berbanding pelembab kulit biasa and meresap jauh ke dalam kulit. Juga boleh mencerahkan dan meratakan tona wajah. Ni semua penerangan sales girl Body Shop tu and cik sentul translate balik dalam tulisan..

So far cik sentul pakai alhamdulillah takde iritasi pada wajah and kulit rasa lebih licin, lembut and sihat. Hehe.. Suka produk ni and for now kena bersabarlah nak tengok result dia.. menurut sales girl tu, kalau consistently pakai bersama2 produk2 shiso Body Shop seperti cleanser, night cream, UV protector dan lain2, hasilnya kulit akan nampak perubahan within 4 - 10 weeks.. [sabau ye~]

so, 1 produk utk rawat jeragat, and 1 lagi extra la untuk bantu kulit yang semakin dimamah usia ni.. cewah! kena start rajin jaga kulit luaran... dalaman of course ada amik supplement jugak.. yang tu dalam story lain la cik sentul share.. hehe.. moh kita.. cantik luar and cantik dalam.. yeeehaaa~!!! =) 

Website official The Body Shop Malaysia : http://www.thebodyshop.com.my 

No comments: