Pages

Thursday, July 30, 2009

Laskar Pelangi

hari ni aku tengok lg muvi indonesia yg bertajuk "Laskar Pelangi".

cerita ni diadaptasikan dari sebuah novel nukilan Andrea Hirata. Cerita ni dah hampir 3 kali aku tengok.. hehe.. kenapa banyak kali aku ulang tayang? sebab aku suka sangat moral yang ditonjolkan dalam filem ni.

secara ringkas, filem ni mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak miskin yang bersekolah di sebuah sekolah agama di wilayah Belitong, Indonesia yang akhirnya berjaya menjadi manusia berguna. ni official trhiller dia :



aku paling suka akan watak Lintang, seorang kanak-kanak genius dalam cerita ini tetapi sayang, Lintang tak dapat menghabiskan persekolahannya kerana terpaksa menyara keluarganya selepas ayahnya meninggal dunia.

bagi aku, filem ni sangat memotivasikan diri ni & sangat bagus untuk muhasabah balik diri bila rasa down je belajar ^___^ bila tengok filem ni, sure akan timbul rasa bersyukur sebab perjalanan hidup aku ni tak de lah seteruk kanak-kanak dalam filem ni. sudahlah miskin, kena berbasikal ke sekolah yang terletak jauh dari rumah, dan lagi, sekolahnya pula hanya berdindingkan papan buruk dan kadangkala dimasuki kambing. urgh, aku teringat kan bau tahi kambing pun dah rasa busuk sendiri, apatah lagi mereka yang terpaksa belajar dalam kondisi begitu? jadi, apa alasan aku untuk tak tekun atau malas berusaha?

jadi, kesimpulannya, dari cerita ni banyak la moral value yang diketengahkan.. antaranya:

  1. hiduplah untuk memberi sebanyak2nya dan bukan untuk menerima sebanyak2nya (kata2 guru besar SD Muhammadiyah)
  2. jangan takut untuk punya cita-cita kerana cita-cita itulah yang akan memaksa kita untuk terus maju & berusaha mencapainya
  3. bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. terkadang kita lupa ada insan lain yang lebih susah dari kita dan kemiskinan bukan penghalang kita untuk berjaya
  4. kalau nak pintar, belajar .. kalau nak berhasil, usaha !! (nota tok dukun)
  5. mesti punya keberanian dan ketekunan tinggi untuk berjaya !!

hehe.. sebenarnya filem ni dah lama ada, since tahun 2008 lagi. tapi.. tulah baru now ni dapat aku reviewkan .. almaklum, blog pun baru ada..

so, to all of u, jemput2lah tengok filem ni k? ada je dalam youtube tu.. cari tau!

No comments: