Pages

Sunday, September 13, 2009

iftar @ syuen , accident & makanlewatmalam

post ini ditulis pada hari Sabtu, 12/09/09

wah.. banyak betul aktiviti cik sentul hari ni. pagi membasuh kain sampai 2 trip.. almaklum 2 minggu 'bercuti' di rumah banyak ler kain baju kat utp yang belum berbasuh.. [korang jangan komen kata aku pemalas pulak.. dah aku sakit hari tu macam mana aku nak membasuh] ..sudahnya sampai ke tengahari baru ler habis.. basuh tangan beb.. i tak trust mesin basuh kat bawah or speed kleen tu. lagipun cik sentul ni duduk tingkat 5.. tinggi melangit.. huhu~

jam 6.00 petang, cik sentul, rumet tersayang (Ms. S) & hannah montana (yang baru tiba dari pulau pinang tengaharinya) bergerak ke V5A untuk menjemput Mr. A & Encik Rashmonu. kami semua telah berjanji dengan yuyu, didi & sheshe untuk bertemu di ipoh untuk berbuka bersama-sama. tambahan pula hari ini yuyu (yang juga baru tiba dari kuala lumpur saing didi) telah merancang untuk treat 13 of us for break fast! alhamdulillah.. murah rezeki hari ni.. kat mana u all? syuen hotel, ipoh!! yippie~~ makan buffet RM20 .. makanlah apa korang nak kat situ (yang halal) dari waktu berbuka tu sampai pukul 9.00 malam.. parking free ^___^v


bersama yuyu yang jadi tukang belanja break fast kami..terima kasih yuyu~


yuyu & didi yang memang susah untuk dipisahkan

kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. sampai-sampai sahaja di syuen hotel, kami berlima ternampak kelibat sheshe, yuyu & didi di tepi jalan besar berhampiran hotel tersebut dengan sebuah kenderaan pacuan 2 roda.

"macam ada masalah je mereka tu.. accident??!" kata salah seorang dari kami berlima. [dah tak ingat siapa sebab sibuk melihat ke luar]

kami pun parking kereta kat tepi jalan tu & menuju ke arah kereta sheshe.

sah la.. sheshe terlibat dalam kemalangan. habis lampu belakang kereta myvi putih barunya pecah & bumper sebelah kanan belakang kemek. cermin sisi belah kanan kereta itu juga habis patah & terkulai layu menunggu saat tercabut dari tangkainya. mujur tiada siapa yang injured antara mereka bertiga. cuma pembonceng pacuan 2 roda tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kakinya kerana pertembungannya dengan myvi sheshe.



kereta sheshe yang damaged



Mr. A & Encik Rashmonu mendapatkan sheshe dan cuba menganalisa apa yang telah berlaku berdasarkan cerita sheshe. sheshe yang dalam keadaan bengang, kaget & risau mempertahankan dirinya dan menafikan itu salahnya. penunggang & pembonceng kenderaan pacuan 2 roda itu juga bersetuju dengan sheshe & sepakat mengatakan kereta di hadapan sheshe (WCY 78) yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sebentar tadi.

jam hampir menunjukkan jam 7.00 malam.

"sheshe.. pakcik hotel tu nampak siapa empunya WCY tu. orangnya berbuka di dalam hotel. jom lah sheshe.. kita masuk dulu.." pujuk kami.

sheshe akur. kami berbuka dulu di dalam hotel, tetapi jelas kelihatan sheshe tidak berselera langsung untuk makan. hannah montana setia menemani sheshe & memujuknya untuk mengalas perut at least.


makan jelah.. =P


didi, anne & bella


Ms. S, nana, shasha & cik sentul


Mr. A & Ms. S

selesai berbuka, akhirnya sheshe & empunya WCY berundng. orangnya agak selamba & yakin diri (sebab dia tak rasa dia bersalah, lagipun keretanya tidak mengalami apa-apa kerosakan). sheshe mengajaknya untuk membuat laporan polis dan selesaikan di balai, namun pemilik WCY tidak gentar dan berkata

"kalau saya ke balai pun saya tetap tidak akan mengaku salah"

..akhirnya, rundingan berakhir dengan sheshe mengambil contact pemilik WCY kerana dia berjanji untuk membantu sheshe melangsaikan kos pembaikian keretanya (tetapi bukan bayar penuh ok). sheshe, didi & yuyu pulang ke utp semula selepas itu. tetapi kami (Ms. S, hannah montana, cik sentul, Mr. A & Encik Rashmonu) mendapat tahu sheshe telah ke balai untuk membuat report 'langgar lari' selepas dinasihati oleh didi & yuyu semasa mereka dalam perjalanan pulang ke utp (untuk tujuan claim insurance).

moga semuanya berakhir dengan baik, sheshe...


senyum jelah.. =)

tiba di utp, hannah montana & ridhu mengajak ke mapley. cik sentul follow la.. hehe.. dah lama giler tak kuar memalam.. bising jugakla wan di kampung & abah ketika aku beritahu mereka aku di luar utp melalui telefon. tapi sayang, hasrat hati nak ke mapley terbantut kerana semua mapley station di sekitar utp penuh dengan peminat-peminat bola sepak. kami ke sabilah.. order maggi goreng & borak-borak pasal current life. hannah montana dengan kisahnya bekerja di pulau pinang, ridhu dengan kisah final year & penglibatannya dengan aktiviti CPW (career placement week) di utp [amboi.. dah final sem pun aktif lagi mamat ni.. tak reti penat ke.. huhu] dan kisah cik sentul tentang pengajian master & status with PETRONAS.

balik-balik dari sabilah je check email kejap & siap-siapkan apa yang patut untuk keesokan hari nyer aktiviti.. malam berakhir dengan cik sentul collapsed di katil jam 2.30 pagi.. ahahaha~

nota kaki : buang yang keruh, ambil yang jernih.. baru teguh peribadi.. ^___^v

No comments: