Pages

Wednesday, September 9, 2009

diari kuarantin cik sentul episod akhir

pulang

"panas lagi?" tanya abah tengahari itu.

"erm... ntah la.. sentul belum check temperature lagi.. tapi tengok la ni, habis basah berpeluh" kataku sambil menunjukkan belakang bajuku yang kesamaran basah.

"alhamdulillah...dah kebah la tu.." kata abah sambil tersenyum.

selama 3 hari berturut-turut aku mandi dengan air penawar yang dikirim Pakcik Im.

syukur ya Allah, demam ku benar-benar surut selepas itu.

"sentul, ni Pakcik Im.." kata abah menerusi telefon pada malam ketiga aku di rumah.

"hello.." kedengaran dari corong telefon suara seorang lelaki berumur lingkungan setengah abad.

"hello Pakcik.. syukur alhamdulillah, saya dah sihat.. terima kasih atas kiriman air tu ye pakcik.. cuma.. batuk-batuk ni jelah belum sembuh betul lagi" kataku kepada Pakcik Im.

"alhamdulillah.. hmm.. kalau batuk tu, kena rajin minum air suam la ek.." pesannya.

aku meneruskan hari-hariku selama seminggu di rumah. walaupun aku sudah tidak demam lagi, namun memikirkan bahawa kemungkinan rumetku, Ms. S bakal pulang ke kuala lumpur lagi weekends yang bakal tiba dan cuti nuzul Quran pada hari isnin, aku mengambil keputusan untuk ponteng sahaja aktiviti researchku.

sehari sebelum aku pulang ke utp (Isnin, 7 September 2009), abah sekali lagi membekalkan aku dengan air penawar. kali ini dikirim dari sahabatnya bernama Pak Edi.

"ni untuk kuman dalam paru-paru tu & penyakit-penyakit lain yang mungkin ada dalam badan" kata abah sambil menerangkan asal-usul air itu.

[maaf, agak sulit kisahnya.. malas rasanya cik sentul nak cerita.. haha]

ada ayat yang mesti dibaca sebelum aku meminum air tersebut, dan alhamdulillah aku perasan perubahan keterukan batukku. secara beransur-ansur batuk berkurangan.. syukur..

dan akhirnya Selasa, 8 September 2009 cik sentul pun pulang ke utp.. penderitaan dan kesakitan selama beberapa minggu sejak kebelakangan ini hampir berakhir.. alhamdulillah..

No comments: