Wednesday, November 10, 2010
East Coast Forum - Travelog of a professional
Ustaz Hishamuddin sebagai moderator yg sungguh bersahaja dgn gurauan2 dan pantun2 yg menarik.
Namun bukan itu yg cik sentul nak kongsikan sgt.
Apa yg menarik perhatian cik sentul semasa forum berlangsung adalah content yg diperbincangkan.
Professional.
Kita sering menyebut2nya terutama dalam nilai CLIP yg P****** bawakan dalam shared valuenya, namun adakah kita benar2 professional dari sudut pandang yang lebih menyeluruh iaitu - Islam?
Hasil perbincangan dari jam 10.30 pg sehingga jam 1.00 ptg itu, ada beberapa perkara yg cik sentul dpt simpulkan bg hadirin sekalian.
1. Professional berkait rapat dgn integriti, reliability, competency seseorang
2. Setiap Muslim mempunyai ciri seorang professional, namun ia harus dibangunkan melalui pendidikan formal, informal, semiformal (rujuk Surah Ali-Imran : 110)
3. Tujuan hidup di dunia adalah mengabdikan diri kpd Allah taala. (Rujuk Surah Az-Zaariyat)
4. Allah pinjamkan 4 jenis modal utk jd seorang professional : fizikal, mental, emosional, spiritual
5. Ramai golongan elit/professional (dlm konteks kerjaya) lebih mementingkan kepentingan dunia berbanding akhirat sehingga lupa bhw setiap saat prestasinya dihitung Allah! mereka ini lebih cenderung kpd takutkan majikan/hilang pekerjaan daripada takutkan azab Allah kerana lalai! Setiap amal perbuatan kita boleh jadi satu IBADAH!! Subhanallah...!!!
6. WHO AM I? - jawapan anda?
7. START giving! STOP Receiving! tgn yg di atas lebih mulia daripada tgn yg di bawah
Forum tersebut makin menarik bila diselitkan dgn tayangan montaj yg sgt terkesan di hati. InsyaAllah cik sentul akan cuba uploadnya di sini utk perkongsian bersama pembaca budiman sekalian.
Nah, sekarang ni, cuba nilaikan dan fikirkan .. mukmin professional itu bagaimana?
Friday, October 1, 2010
it's already syawal/october ^^
dah syawal dah weiii.. sedar tak sedar jugak dah dekat 11 bulan cik sentul kerja kt kerteh ni..
memang ikan emas betul.. =P
apa tu ikan emas?
haha.. kami je yg paham..
erm, well.. so far life is getting better.
business, alhamdulillah..
work, mcm tu lah kan.. tak suka pun still bangun pagi kena pegi kerja everyday.. n last month selalu balik lambat sebab ada important meetings.. Quarter 1 & Quarter 2 kan baru je berakhir.. huhu~~ then mid year performance review plak =(
how sad.. cepatlah 'orang tu' masuk meminang!! tak sabar nak berhenti kerja ofis duduk rumah jaga suami/anak sambil buat Score A.. hihi =)
anyway, lama tak menulis ni bukan sebab majuk or what.. just that sangat lah sibuk teramat sampai nak update pun tak tau nak cerita apa..
minggu depan ni banyak event company jugak.. bos dh kabo mintak tolong jadi emcee.. huahuahua..
minggu depan jugak cik sentul ada Malam Anugerah Angkasa Kejayaan Score A bawah rangkaian Edata Network kt JB.. nak pakai baju pe??? haih2.. pening plak nk mencari dress.. idea2.. menjelmalah dikau.. hikss ^^
tadi pagi jalan2 melayari alam maya try tengok blog2 & website yang boleh kasi idea utk dress up malam tu..
fikir2 macam nak pakai baju kurung biasa je tambah labuci2 sket.. simple2 jelah.. lagipun satu malam je.. kang kalau beli or pakai yg glamor2 sgt kang tabarruj plak.. hmm.. dah la nanti kena naik pentas sebab dapat award.. ayo.. seminggu je lagi nak cari baju.. jap gi singgah MM la survey kot2 ada dress chanteks.. kalau x, esok jalan2 kt GKD tu jelah.. heh~
ni ada sedikit gambar untuk tatapan semua.. bukan gambar cik sentul tau, but hasil pelayaran pagi tadi.. huhuhu.. cuci mata.. =)
Tuesday, August 24, 2010
Wednesday, August 11, 2010
proactive
pernah ada seorang member bersungut..
"sunyi la.. ada kawan pun rasa mcm tak ada kawan"
"macam ni la.. sorang je.. "
kadang-kadang kita tak perasan yang kita ni menunggu orang ajak kita utk buat aktiviti dengan dia..
walhal, apa salahnya if kita mulakan langkah pergi tanya orang yg kita berharap dapat temankan kita tu dulu before kita prejudge or ambil langkah mudah - berdiam diri? ini tak.. balik-balik menyalahkan orang lain? bila masa diri tu sempurna sangat?
huhuhuhu..
tak salah pun kalau sekali-sekala kita yang ajak orang..
ke.. takut rejection?? =P
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"dah tanya dah ke En W?" tanya Kak Ma Mu.
"belum... Kak Ma la gi tanya nanti. saya ada meeting.. boleh ek? hihi.."
"ok je.. bereh~!!" semangat betul Kak Ma Mu.
selang beberapa minit..
"haaaa....!!! En W setuju nak jadi trainer!!" jerit Kak Ma beserta "Yeay!!".
seronok sungguh dia..
"tu lah Kak Ma dah kabo ke sentul.. boleh approach dia jadi trainer.. tapi kena aktif sikit gi mengadap dia.."
kata Kak Ma sambil tersenyum puas kerana strateginya memujuk En W volunteer as trainer utk program PMS berjaya.
takpelah.. syukur Kak Ma.. selesai satu kerja (^,^)v
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"hape lah.. kata dah nego harga masih mahal gini," complaint Kak Ma Mu.
"hello~~~ ....." Kak Ma try tawar-menawar dengan Sykt XYZ (bukan nama sebenar) through telefon.
"YES!!!! daripada RM18, 360 kita dapat kurangkan kepada RM17,400. How's that sound?" share Kak Ma Mu.
"HEBAT, Kak Ma!!"
"hihi... HEBAT!" tak pasal-pasal dia pun mengulang perkataan keramat itu.
hidup ni sekejap je.. nabi pernah pesan; kalau nak buat sesuatu pekerjaan tu, buatlah dengan bersungguh2.. kalau bermain, main sungguh2.. bila bekerja, bekerja seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi..
dan kalau beribadah tu.. beribadahlah seolah2 kita akan mati keesokkannya..
so... jom!! be PROACTIVE!! =)
ramadan pertama di Terengganu
wah! today is the 1st Ramadan.. sahur pagi tadi dengan sebiji kurma + telur rebus + air masak.
hihi.. [habislah siapa nikah dgn cik sentul nanti =P ]
sedar tak sedar lama dah rupanya cik sentul di Kerteh, Terengganu ni.
banyak pahit manis, duri ranjau dalam bekerja makan gaji di sini.. tapi alhamdulillah, syukur ke hadrat Tuhan kerana memberikan kekuatan & jalan untuk menempuh kesemua itu..
sempena bulan Ramadan ini, cik sentul ingin memohon maaf zahir & batin atas salah dan silap sepanjang mengenali diri anda semua. dan juga, cik sentul ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada seluruh umat Islam khususnya keluarga cik sentul di sentul, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan yang mengenali diri ini (chewah! mcm dedication through radio pulak), dan sesiapa saja lah yang membaca nukilan ringkas cik sentul ni.
Semoga kita dapat sama-sama meningkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Dan semoga semua amalan kita diterima Allah swt di akhirat kelak.. InsyaAllah! Ameen...
Monday, July 26, 2010
life
"tak da buat apa... tengah duduk-duduk.." jawab mak.
"mak... sentul puasa hari ni.. mak puasa?" tanya cik sentul lagi.
"ingat hati tu nak puasa, sentul.. tapi menjaga budak kan.. letih badan mak ni.. nanti bulan puasa tak tahulah macam mana nanti.. moga-moga Allah beri kekuatan..." jawab mak.
dari perbualan pagi tadi, dapat cik sentul simpulkan... kita ni masa kuat dan muda ni lah kena perbanyakkan amal.. ibadat.. mana tahu esok-esok bila Allah nak tarik nikmat kecergasan tu, time tu, satu benda pun dah tak larat nak buat.. time ada kudrat ni lah berusaha sehabis baik. jangan esok-esok menyesal tak tentu hala sebab keputusan yang kita ambil masa muda ni.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"salam, sentul... kereta abah breakdown kat hi-way seremban malam tadi. kena tow sampai sentul. maybe kereta kena repair dalam 3 hari. not sure. cost lebih kurang RM1k++" sms abah pagi tadi.
"masyaAllah!! sabar ye bah.. nanti payment abah bagitau sentul.. i'll get the money ready" balas cik sentul.
kesimpulan... alhamdulillah Allah bagi aku rezeki lebih dalam perniagaan ni.. inilah dia yang dikatakan unexpected moment in life! tabung luar jangka aku seb baik dah ready.. alhamdulillah.. kalau orang lain, tak tahulah ada ke tidak.. silap-silap haribulan, dok pinjam kat along.. dok pinjam kat aku.. bukan tak kasi.. tapi Allah bagi akal tu fikirlah.. dah tahu susah tak mahu ubah.. hish.. tak malu ke harap belas kasihan orang je? aku pun mula susah tahu tak? tapi.. kalau dah dasar tak nak berubah tu.. memang camtu jela.. tak boleh nak buat ape dah...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"kak.. nanti orang bayar rm100 je kat kakak untuk hutang last month tu ek.. orang nak pakai duit untuk benda lain" sms adik cik sentul tengahari tadi.
"hmm... yelah... boleh bank in hari ni?" cik sentul reply. tak kisah sangat pun pasal duit dia nak bayar bila. tapi disebabkan dia janji yang last month tu duit dia nak 'pinjam' & willing to bayar.. so, janji tetap janji la.. kang mungkir janji kira munafik tahu?! lagipun, mana leh manjakan sangat? tak boleh bagi muka.. nanti pijak kepala & belajar mungkir janji lak. tak elok tu!
"ok... orang tak janji boleh bank in hari ni.. tapi, kak bagi jelah number akaun.."
"ok.."
bila kita senang sikit, tak ada rasa salah or susah pun nak tolong orang yang lebih memerlukan.. especially family members. cuba bayangkan kalau aku pun susah..? for sure akan jadi kedekut macam dulu.. berkira nak mampus walaupun dengan adik sendiri. yelah, aku yang susah-susah buat duit, pandai je ko nak perabihkan.. tapi yang ni pinjam.. so, no problem =) lepas ni ko tak ikut cakap aku memang ko ni tak nampak la apa yang akak ko ni nampak.. haih~
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"sentul, tupperware dah ada kat che su" sms sebelum tamat ofis hour cik sentul terima dari isteri en suha.
"oh, alhamdulillah.... berapa semuanya, che su?" soal cik sentul menerusi sms juga.
"RM***.**"
"ok, insyaAllah lepas volleyball petang ni sentul singgah rumah che su amik ye.. terima kasih =) " jawab cik sentul.
berhutang memang bagus, kalau hutang tu hutang yang bijak. tapi kalau boleh, jangan berhutang lama-lama.. tak baik tu... financial management kena betul.. anyway, dah kes macam ni, adhock punya mesej, kalau cik sentul jenis tak berduit / berlagak ada duit tapi nak beli benda mahal-mahal, tak payah la... buat malu je nanti terpaksa bagi alasan tunggu hujung bulan untuk bayar.. walaupun ni hujung bulan.. aku tahu ramai yang gaji baru masuk je tapi 3 hari lepas tu tinggal berapa sen je dalam simpanan... kan? kan? eleh.... tak nak mengaku lak... tak jujur namanya tu bro... ngaku jelah...........
Wednesday, June 2, 2010
confirmation letter
Sunday, May 30, 2010
berkenalan; nasihat orang.. yang betul & baik-baik tu simpan buat pengajaran.. yang tak kena tu usahlah hiraukan...
Tuesday, May 11, 2010
Allah nak balas.. syukurlah, my bf is finally home!
mengimbau kembali kejadian yang berlaku, cik sentul pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang selepas berjumpa En. Zaki, rakan niaga Aquiyah yang tinggal di Pelabuhan, Kuantan. pada masa tu, cik sentul ditemani qesh, yang cik sentul amanahkan utk drive since cik sentul tak punya keberanian utk drive malam & jauh2. keletihan, cik sentul ketiduran sepanjang waktu qesh memandu Mr. Alza. kami bertolak dari Kuantan jam 11.40 malam.
Monday, April 12, 2010
NEVER GIVE UP!!

petikan dari sebuah blog oleh cik sentul
Amalkan Sikap Jangan Putus Asa – Sifat Mulia
Insan, janganlah berputus asa
Oleh: Ibnu Abdullah
Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.
Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”
Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat terkenal akan hal ini.
“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.
Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap berputus asa.
Penulis teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan:
“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.
Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesuatu masalah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?:
• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan:
“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.
• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
Dan dalam firman Allah menjelaskan: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.
• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
Saturday, March 6, 2010
pengalaman meruntun jiwa
Tuesday, March 2, 2010
pushing the limits~!!!
Wednesday, February 17, 2010
berperang dengan Cik Ti
sesudah solat, termenung sebentar merenung tikar sejadah. tiba-tiba, timbul idea kreatif untuk mengalihkan almari solek ke bahagian tengah dinding bilik sewa yang luas. semasa cik sentul hendak mengalihkan almari solek yang berat ya amat itu, tiba-tiba cik sentul terpandangkan kelibat sesuatu di belakang almari. terkejut! TIKUS~!!! ngaaa~~~
'ok.. apa yang perlu aku buat sekarang?', tanya cik sentul dalam hati.
'aku isytiharkan perang~!!!'
lalu cik sentul mengatur strategi.. pada mulanya main kejar-kejar dengan Cik Ti. bila cik sentul semburkan senjata R di penjuru sini, dia lari ke penjuru sana. ulang-alik beberapa kali, sampaikan ada satu masa tu dah tak larat main kejar-kejar agaknya, Cik Ti panjat almari solek. cik sentul sembur lagi senjata R.. ppssssssssttttt.... Cik Ti jatuh. melarikan diri ke penjuru almari tv hujung skali.
cik sentul keluar bilik cepat-cepat, ambil senjata BP, bersedia atur strategi kedua.
perlahan-lahan Cik Ti undur diri ke belakang almari tv yang boleh dialih. almari tv yang tinggi separa lutut itu diperbuat dari kayu yang kukuh. cik sentul dapat satu idea.
DAMMMMMMMMMMMM!! cik sentul tolak almari tv itu kuat-kuat ke arah Cik Ti yang betul-betul berada di tengah-tengah belakang almari ketika itu.
[gambar kiri] almari tv boleh alih
[gambar kanan] kesan hentakan pada almari selepas menghimpit Cik Ti
Cik Ti menggelupur kesakitan. kakinya patah. lalu dengan hujung senjata BP, cik sentul tetak badan Cik Ti menghabiskan sisa hidupnya.
Innalillah... peperangan Cik Ti & cik sentul berakhir jam 6.30 pagi itu dengan kemenangan berpihak kpd cik sentul. heheheh..
"Ms. S, Ms. S.. tengok ni apa dia?" cik sentul memanggil Ms. S di biliknya untuk menunjukkan hasil peperangan subuh itu.
"Eeeee... sentul.... u ni..." kata Ms. S. geli. hehehe...
petang keesokannya, tuan rumah tempat cik sentul menyewa di kerteh tu telefon. cik sentul beritahu dia tentang kehadiran Cik Ti dalam bilik.
dengan selamber cik sentul kata padanya, "semalam tikus masuk bilik saya, Kak Yang. tapi jangan risau, saya dah berjaya bunuh dia."
"Sentul~~ beraninya kamu.. isk3..." . kak yang gelak. mesti dia geleng-geleng kepala dengar cerita cik sentul petang itu. dalam hatinya sudah tentu hairan apsal la tak penggeli budak perempuan sorang ni..
heh~~ see the leg la =P
nota kaki : aku kan duduk sentul.. kampung plak tu.. dah biasa dengan binatang-binatang liar ni.. huhu~ .. erm, nanti lah cik sentul upload gambar.. tak sempat-sempat.. bz... =)
Friday, February 12, 2010
ALLAHUAKBAR!! subhanallah... besar anugerahMu..

Subhanallah~ inilah satu-satunya pengiktirafan rasmi, bercatat, yang diberikan kepada sebuah syarikat MLM/Network Marketing di DUNIA!!
peluang dah ada di depan mata.. tunggu apa lagi? kalau selama ini kita boleh ragu-ragu tentang kehalalan makanan di gerai, supermarket, ini dah terang lagi bersuluh duhai sahabatku.. kami bergerak mengikut shariah.. produk berkualiti - bantu anak-anak, adik-adik cemerlang dalam akademik & kokurikulum, bantu ibu bapa mengubah tahap ekonomi keluarga & bantu mereka jana dana pendidikan anak-anak.. saham untuk dunia akhirat kerana menyebarkan ilmu ..
DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)
saranan baca : sedekah jariah

Wallahua'lam.. you can call me anytime to ask regarding this
"cik sentul, 0135099732"
HEBAT !!
nota kaki : kalau x jelas gambar sijil shariah compliance kat atas tu boleh lah try google or contact je cik sentul untuk emel..
Monday, February 1, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Go SRIKANDI!!
Masa kat STF jugalah belajar jadi independent & belajar macam-macam bahasa/terms. haha! Budak2 STF sangatlah kreatif! Antara perkataan/benda yang cik sentul masih ingat (itupun setelah dibangkitkan dalam komen-komen bawah status Zurah di facebook) ialah :
- kepam
- tak larat
- toing
- mak buah/anak buah
- bejot
- now ni
- formsis
- onefourthree (143)
- goodluckcharm (GLC)
- greenlady
- sickbay (aku dulu tak pandai english.. haha.. masuk STF baru lah pandai sikit2 sebab ada cikgu nora yang cun =P )
- penggunaan "pak" depan nama cikgu lelaki. cth: pak kamil, pak jamal, pak yem
- prom nite (isk2.. jahil tul time tu..)
- sua
huhu.. apapun, STF kan tetap di hati, dan semangat SRIKANDI kan terus bersemi dalam diri, insyaAllah..


Friday, January 22, 2010
tahun 2010 .. posting pertama setelah menyepi beberapa lama
wah~~!!! lama betul cik sentul tak menulis di dalam blog ni.
almaklum.. busy berbisnes.. heheheh~
so, apa khabar agaknya follower blog cik sentul ni?
harap-harap semua sihat, HEBAT insyaAllah ^___^
huhu.. happy sangat ni.. haa... nak tahu kenapa tak?
actually, 2 November 2009 yang lepas, cik sentul dah melapor diri ke P******* di bangi untuk attend training selama 16 hari. then 22 November 2009, cik sentul melapor diri pula di Eth**** Poly**** di kerteh..
sedar tak sedar dah 2 bulan bekerja di sini, dan pada sama juga cik sentul menjalankan perniagaan online education yang sekarang ni alhamdulillah dah semakin maju. alhamdulillah, syukur.. ^___^
post cik sentul yang terdahulu, berkenaan matlamat sedikit sebanyak membuat cik sentul merefleks diri. wah~ garang juga bunyi post before ni kan? tak hairan lah ramai yang komen & tak kurang juga kata "eh, sentul.. kau ni, kalau orang yang tak kenal siapa kau sure diorang takut dengan bisnes yang kau cuba nak promote ni".. hehe.. sorry la beb.. aku dulu dengan aku yang sekarang ada beza sikit.. semua orang pun boleh berubah kan? yang penting perubahan yang macam mana yang kita inginkan.. betul tak?
minggu ni dan minggu depan cik sentul tak dapat pulang ke KL mungkin.. ada komitmen besar di kerteh ni.. mestilah yang berkenaan dengan perniagaan cik sentul. doakan semoga sukses ye!!
hmm.. lama tak update blog rasa kering pula otak untuk mencoretkan apa. dalam benak cik sentul now ni hanyalah bagaimana untuk memajukan perniagaan di samping sukses dalam hidup.. mungkin orang akan kata cik sentul gila, tamak, tak bersyukur & macam2 lagi.. tapi biarlah.. mereka tak faham & cik sentul pun tak memerlukan mereka untuk faham.
takpelah, apa yang penting, cik sentul mahu buktikan orang sentul juga boleh berjaya & kaya-raya dengan usaha yang tepat & jitu. Ya Allah, mudahkan urusan kami... amin ya rabbal alamin..