Pages

Saturday, August 29, 2009

diari kuarantin cik sentul episod 4

query H1N1 & pengorbanan seorang bapa (hari yang sama, Jumaat 28 Ogos 2009)

"abah dah sampai mana?" tanya cik sentul dalam panggilan telefon.

"abah baru lepas Kampar" jawab abah.

"nanti abah dah sampai utp, abah terus pergi klinik tau. sentul tengah tunggu depa nak masukkan air" pesan cik sentul.

abah tiba dalam jam 4.00 petang. ketika itu aku belum lagi di'drip'kan dan keluar sekejap dari klinik untuk ke ladies.

abah melihat sendiri aku di'drip'. abah menemani aku dan duduk di hujung katil tempat aku berbaring sepanjang 2 jam rawatan itu berlangsung.

"abah, sentul haus" kataku.

"nanti abah amikkan air. air suam ye?" kata abah. aku cuma mengangguk lesu.

abah kembali dengan membawa segelas air. di tangannya lagi satu ada sekotak kurma yusuf taiyoob dan biskut sultana.

"nah, makan ni. lepas makan karang sure suhu turun"

entah kenapa aku mula berselera untuk makan. mungkin kesan daripada air yang dimasukkan ke dalam tubuhku. jururawat tadi ada mengatakan paket air yang pertama adalah untuk mengembalikan selera makanku. dan paket kedua ini merupakan back up. paket kedua mempunyai glukosa yang memberi aku sedikit tenaga untuk melawan virus di dalam tubuhku.

aku makan dengan berselera sekali.

"ni dah ada selera ni dah nak baik la ni" kata abah.

aku betul-betul terharu dengan kasih sayang yang abah tunjukkan padaku hari ini. abah sanggup datang dari kuala lumpur untuk memenuhi permintaanku untuk pulang bersama-samanya. beruntungnya aku punya abah.

ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua orang tuaku dan Kau sayangilah kedua mereka sebagaimana mereka menyayangi aku...amin...

abah kemudian ke kaunter hadapan klinik untuk memaklumkan jururawat bahawa dia ingin bicara dengan Dr. Saadah untuk membawaku pulang ke kuala lumpur.

tidak lama selepas itu, Dr. Saadah masuk ke sick bay.

"you betul-betul nak balik ke ni, sentul?" tanya Dr. Saadah.

"nak, doktor.."

"alahai.. anak manja ayah ni.." kata doktor sambil tersenyum.

aku terasa seperti anak kecil yang diperhatikan oleh 2 orang dewasa.

abah mencelah, "saya datang dari jauh ni, doktor."

"hmm.. she's having a very high fever.. anybody who's having high fever for few days are considered query H1N1. i'm thinking of refering her to the ward today" beritahu Dr. Saadah kepada abah. tegas.

"kenapa sentul beria-ia nak balik?" tanya Dr. Saadah. "nak buka puasa dengan family? you tak puasa pun kan?"

"makanan kat v2c saya tak lalu makan doktor.. environment dia buat saya bertambah sakit. lagipun lepas ni kawan-kawan saya semua balik rumah sebab cuti merdeka. tak ada siapa yang boleh saya minta tolong kalau emergency" aku memberi alasan.

sunyi sebentar. malaikat lalu kot.

query H1N1?? berat sungguh ujianMu ke atasku kali ini ya Allah.. seperti ditampar hebat pipiku terasa panas sebentar.

"sentul, bincang dulu dengan abah ye" kata Dr. Saadah memberi ruang untuk aku berfikir lalu kembali ke biliknya.

"tak apa sentul, nanti abah psycho doktor tu. abah ada kawan, suhu badan dia 190 darjah Fahrenheit, berubat dengan seorang lagi kawan abah ni. suhu dia turun terus!" cerita abah selepas kami ditinggalkan Dr. Saadah untuk berbincang (kononnya).

"yeke bah? tinggi tu.." responku.

abah kemudian bangun mengambil wholemeal bread yang disapu kaya di pantry klinik dan memberikannya kepadaku. aku sambung makan lagi. betul-betul seleraku datang. mungkinkah sebab melihat wajah abah atau penangan air glukosa yang masuk ke dalam tubuhku ini?

selepas air di dalam paket hampir habis, jururawat datang bersama-sama dengan Dr. Saadah. jururawat tersebut kemudian memberhentikan proses drip yang sedang aku jalani.

abah kemudian menjalankan sesi psycho nye kepada Dr. Saadah. bukan psycho apa pun, cuma abah bercerita mengenai cara pengubatan rakan yang dikatanya suhu badan mencecah 190 darjah Fahrenheit. Dr. Saadah mendengar penuh khusyuk. abah cuba sedaya upaya meyakinkan doktor untuk membenarkan aku pulang ke kuala lumpur. aku kemudian meminta izin untuk keluar ke ladies. sekembalinya aku ke dalam klinik, Dr. Saadah telah menyiapkan surat kebenaran dan surat referal ke hospital berdekatan rumahku sebagai bekalan. in case apa-apa terjadi di kuala lumpur. aku bersyukur. sekurang-kurangnya aku dapat pulang. aku yakin kesihatanku akan bertambah baik bila berada di samping keluargaku. aku perlukan sokongan mereka. orang-orang yang aku sayang.

sebelum meninggalkan klinik, Dr. Saadah berpesan supaya aku mematuhi etika yang tertulis di dalam 2 helai kertas yang diberinya awal pagi tadi.

"take care ye sentul.. kirim salam your mom" pesan Dr. Saadah.

petang itu juga aku dan abah bertolak ke kuala lumpur. kami tiba di rumah jam 10.00 malam. farah mencium tanganku dan ingin memelukku ketika aku lewat di pintu utama rumah. namun aku menolaknya lembut.

"jangan dekat-dekat dengan kakak, farah.. bahaya.." kataku. namun jauh di sudut hatiku aku juga rindu hendak mendakapnya. sebak.

aku makan sedikit juadah yang mama sediakan untuk berbuka tadi sebagai pengalas perut. masih memakai topeng muka, aku cuba untuk kurang berkomunikasi dengan isi rumahku. entah jam berapa aku tertidur di atas katilku sendirian.

malam itu juga abah rupanya telah pergi bertemu rakannya untuk mengubati penyakitku. Pakcik Im menjampi air dan men'scan' paru-paruku menggunakan ilmu batin. menurutnya, paru-paruku sudah dijangkiti kuman, tetapi insyaAllah boleh sembuh. yang penting usaha.

sahur hari Sabtu, 29 Ogos 2009 abah berikan aku sedikit taklimat mengenai cara menggunakan air penawar yang dikirim Pakcik Im. ini bukan kali pertama aku berubat secara alternatif. aku masih ingat ketika aku dalam darjah 4 di mana aku dikhuatiri positif denggi, aku juga melalui rawatan yang hampir sama. dan alhamdulillah aku sembuh. paru-paru dijangkiti kuman juga bukan pertama kali bagiku. namun pengalaman yang pertama dijangkiti berlaku sewaktu aku masih terlalu kecil untuk menyimpan memori. namun bagi mama dan abahku, peristiwa mandi di bukit belacan yang menyebabkan kuman masuk ke dalam paru-paruku itu masih segar di ingatan mereka.

semoga lekas sembuh, sentul..

2 comments:

Asfa Asfera said...

aww... what a caring father.so sweet reading this ^^

Ain,semoga lekas sembuh..
Dulu penah jugak kena jangkitan kuman kat paru-paru..

cik sentul said...

tu la..
moga catatan ain dalam blog ni mengingatkan ain sendiri tentang pengorbanan abah..


terima kasih wana..
eh, yeke? wana pun pernah kena jangkitan kuman kat paru-paru masa kecik dulu? huhu.. sama la kita.. ^___^

yup2.. now ni dh sembuh.. alhamdulillah~