Pages

Saturday, August 29, 2009

diari kuarantin cik sentul episod 1

hari kedua kuarantin (Khamis, 27 Ogos 2009)

pagi-pagi lagi aku dah bangun. badan terasa sedikit segar & badan rasa dah kebah sikit. namun malam tadi terasa ada denyutan yang sedikit sakit di belakang telinga. hmm.. kenapa ya?

selepas menunaikan solat subuh, aku makan sedikit biskut kering untuk mengalas perut sebelum mengambil medication. ya, cik sentul terpaksa untuk tidak berpuasa selama dikuarantin kerana badan masih belum cukup kuat dan banyak bergantung dengan ubat yang dibekalkan doktor.

selepas bersiap-siap, jam 9.00 pagi aku turun ke aras bawah untuk menunggu pakcik van yang bertanggungjawab membawa para pelajar yang dikuarantin untuk daily check-up di klinik Poket C.aku merupakan pelajar pertama yang menunggunya.pakcik van tiba betul-betul selepas aku memijak anak tangga yang terakhir.alhamdulillah, tak perlu tunggu lama.

tiba di Poket C, aku mendaftar diri.semua pelajar lelaki sudah lama menunggu giliran masing-masing kerana pakcik van menghantar mereka ke klinik lebih dahulu daripada pelajar perempuan yang dikuarantin.sementara menunggu giliran masing-masing untuk bertemu dengan Dr. Saadah, seorang demi seorang dipanggil ke kaunter untuk sesi pemeriksaan suhu badan.

"Cik Sentul!" panggil nurse.

"saya" jawabku sambil mengangkat tangan. terus kakiku melangkah menghampiri juruwarat berseragam biru.

termometer khas diletakkan di bawah lidahku dan dibiarkan sehingga suhu badanku & suhu yang tercatat di termometer menjadi isometrik.

"37.0 darjah celsius. bagus, ada penurunan" kata jururawat itu. berbunga-bunga hati cik sentul mendengar kata-katanya.

apabila sampai giliran cik sentul bertemu dengan Dr. Saadah, beliau melahirkan rasa gembiranya kerana penurunan suhu yang mendadak hari ini.

"bagus ni suhu turun. alhamdulillah. apa yang you makan, sentul?" tanya Dr. Saadah.

"saya makan epal hijau dan minum air hundred plus, doktor"

"ooo.. good.. good.. tapi i tak boleh discharge kan you lagi. duduk lagi satu hari dan kita akan lihat perkembangan you macam mana nanti ye?" kata Dr. Saadah.

walaupun berat hatiku untuk kembali ke bilik kuarantin, tapi aku hanya mengangguk tanda setuju.

tinggallah satu hari lagi cik sentul di v2c itu..

berhibernasi lagi.

No comments: