Pages

Saturday, August 29, 2009

diari kuarantin cik sentul episod 2

hari ketiga kuarantin (Jumaat, 28 Ogos 2009)

bangkit sahaja dari tidur, aku dah rasa lain macam. aku letakkan telapak tangan ke dahi.

'eh, panas balik? habislah.. boleh discharge ke nanti ni..' cik sentul bermonolog sendirian. risau. kaget. degupan jantung juga masih kencang dan kuat seperti hari pertama demam. bergegar rasanya katil tempat cik sentul sedang berbaring.

aku gagahkan diri juga untuk mandi dengan harapan suhu badan dapat turun. badan rasa sedikit segar dan cik sentul teruskan lagi niat untuk berpuasa hari ini kerana semalamnya rasa konfiden dengan keputusan suhu badan yang dijangka semakin menurun ke paras normal (kurang atau sama dengan 37.4 darjah Celsius).

di klinik, rasa berdebar apabila termometer diletakkan di bawah lidah. 'tolonglah jangan lebih paras normal~~~~~~~' doaku dalam hati.

termometer menjerit.

"38.3. naik balik dik. duduk dulu ya, sekejap lagi giliran adik" kata jururawat yang bertugas itu.

rasa marah. kecewa. geram. down sangat sangat! terus aku melarikan diri duduk di luar klinik seorang diri. 'kenapa mesti naik?????' soalku berubi-tubi seolah-olah mencari jawapan dari dalam diriku sendiri.

aku ketap bibir. diam seribu bahasa selepas itu. aku perhatikan satu-satu wajah pelajar yang dikuarantin yang berada di dalam klinik.

"ish, diorang ni tak reti pakai topeng ke?? tak tahu ke virus H1N1 ni boleh merebak melalui percakapan, batuk & bersin sebab medium virus ni bergerak adalah udara?" bebelku seorang diri. dalam diam aku menyumpah-nyumpah pesakit suspected H1N1 yang kurang prihatin terhadap orang lain.

memang benar. ramai antara yang dikuarantinkan ini tidak memakai topeng pernafasan. mereka bebas batuk-batuk dan hanya menutup mulut dengan telapak tangan. sesudah batuk atau bersin di telapak tangan, mereka antara sedar ataupun tidak memegang benda-benda seperti kerusi, pintu, akhbar dan apa sahaja yang mungkin boleh dipegang di klinik itu. sudahnya aku simpulkan, kliniklah pusat penyebaran virus H1N1 paling besar di utp!

sedikit info mengenai virus H1N1

Jangka hayat virus

  • oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
  • maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Virologi virus H1N1

  • Incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari. ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia.setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4.
  • H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

  • virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
  • virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse', ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapakah yang berisiko?

  1. orang yg ada masalah 'obesiti' @ gemuk
  2. perempuan yg mengandung
  3. orang yg ada astmatic
  4. orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas

Simptom-simptom H1N1 :

  1. day 1 rasa kurang sihat, tak bermaya
  2. day 2 selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
  3. day 3 rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
  4. day 4 sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dengan segera.......
  5. day 5 and above lung collapse @ koma

sedang aku mengelamun jauh, telefon bimbitku berbunyi.

'Ms. S' itulah nama yang tertulis di atas skrin.

"helo, assalamualaikum, sentul. you macam mana hari ni? boleh keluar dah ke?" tanya Ms. S.

"waalaikumussalam. owh, belum cek lagi. tak tahulah kalau kejap lagi doktor bagi keluar ke tak. insyaAllah boleh la rasanya." jawab cik sentul. yakin benar dapat pelepasan keluar hari ini.

"tulah.. i dengar suara you pun dah ok dah ni. ada apa-apa nanti you call i je ok? i kat library ni" pesan Ms. S.

"ok.."

dalam hati aku terus berdoa moga suhu badan ku yang tercatat tadi ralat semata. aku ingin pulang ke kuala lumpur!!!

No comments: