Pages

Tuesday, August 11, 2009

musibah dari Allah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْمُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku)"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

pagi ini, aku nekad pergi ke klinik.

semalaman aku tak boleh tido disebabkan bengkak di muka ni. bengkak nye bukan main2.. siap keluar cecair lagi (seolah2 nanah). terdengar sahaja azan subuh berkumandang, bingkas aku bangun mengambil air sembahyang. pedih tatkala air sejuk mengalir ke wajah.

aku sujud dengan payah sekali. sakit bila dahi dan hidungku menyentuh sejadah.

selesai wirid & bacaan matsurat ringkas, aku bangun lalu terus sms mama utk memberitahunya kondisi wajahku kini.

tak sampai seminit, mama call. mama sarankan aku ke klinik pagi ni. dia pun turut risau.

semalam pun, P sudah nasihatkan aku utk try ke klinik.

in situation i'm currently facing, rasa risau dan takut lebih kuat mengatasi rasa malu semalam. aku nekad benar!

aku minta pertolongan rakan serumahku, sheshe untuk menemani aku ke klinik. mujur teman2 serumah memahami khususnya Ms. S yg turut kasihan melihat keadaan aku.

mase ke klinik, aku mengenakan windbreaker yg ade hood di kepala untuk sorokkan wajah ni dari pandangan org. tidak kunafikan, perasaan malu itu masih ada.

Oh Tuhan! dugaan apakah ini.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut : 2-3)

tiba di klinik jam 8.15 pagi. doktor belum tiba.

kakak yg menjaga kaunter kasihan melihat keadaan diriku - dia berkongsi pengalamannya dan menepuk2 belakangku memberi semangat.

jam 9.00. doktor tiba dan aku menjadi pesakit pertamanya.

doktor soal selidik serba serbi mengenai apa yg yg aku makan, apa yg aku pakai sejak semalam.

kronologi

ahad - kenduri , ade lauk belacan. mungkin salah satu faktor. mase tu jerawat ade 2 tiga biji di dahi, pipi dan hidung.

malam ahad - aku tepekkan nixoderm , produk utk jerawat yg aku slalu pakai.

pagi isnin - masyaAllah! muke dh bengkak. ade bengkakan di bawah dagu. suspect : allergy to sumthing.

isnin - terdedah pada cahaya matahari dalam perjalanan pulang ke utp.

malam isnin - tepekkan kulit kayu manis pada wajah.

pagi selasa - muka sebelah kanan bengkak habes sehingga mata sepet.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

doktor bagi aku ubat antibiotik, allergy, piriton (utk itching) & air garam.

aku disuruh berpantang makan. hanya boleh makan nasi kosong, sayur2an atau buah2an yg tiada dicampur bahan kimia/pengawet/perasa atau roti+jem (peanut butter xleyh)..

air garam tu, aku kena dip kan dengan kapas n tepekkan ke muka sepanjang hari.

disuruh rehat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

kembali ke bilik, update blog sikit sambil makan roti. (perut dan tekak rasa mual sbb jalan tertunduk je td..kereta yg dibawa sheshe pule agak laju..hehe..loya rasenye).

lepas ni makan ubat. tepekkan air garam. tido.

cik sentul cuti.... bye2.

2 comments:

Unknown said...

ain.. k.ude ni. terjumpa blog ain =)... huhu

cik sentul said...
This comment has been removed by the author.