Pages

Saturday, August 29, 2009

diari kuarantin cik sentul episod 3

drip (masih lagi Jumaat, 28 Ogos 2009)

"doktor boleh cek balik suhu saya tak?" tanya cik sentul semasa sesi pemeriksaan dengan Dr. Saadah di biliknya.

"kat luar tadi pakai termometer yang bawah lidah tu kan? that one is accurate. no doubt" kata doktor tetapi masih mengeluarkan satu lagi alat pengukur suhu yang dilalukan di dahi cik sentul. sekadar memuaskan permintaan aku agaknya.

"38.0 ..." kata doktor.

arghhhhhhhhhh... down nya..

"saya rasa saya duduk kat tempat kuarantin tu saya makin sakit la doktor.. dahla diorang bagi nasi keras.. lauk pulak hari-hari ayam.. ayam goreng minyak-minyak, sambal dia pulak macam tak masak betul je cili tu. macam mana saya nak lalu makan doktor? dahla kita ni sakit, susah nak telan sebab tekak sakit. sudahnya saya tak makan pun." komplen cik sentul.

"bukan saya cerewet ataupun tak bersyukur, doktor.. tapi memang itulah yang saya rasa. air pulak dia bagi air mineral sejuk. dahla kita ni batuk. bagi air sejuk pulak. ada jugak air teh O panas, tapi manis pulak. nak bagi kami ni kencing manis ke apa" tambah cik sentul lagi. mungkin pangkat student PG membuatkan aku berani untuk bercerita dan meluahkan semuanya kepada Dr. Saadah.

Dr. Saadah mendengar penuh khusyuk.

"la.. yeke.. hmm.. kami dah dapat banyak aduan tentang makanan ni. kejap ye.. Yani~~" panggil Dr. Saadah.

datanglah seorang jururawat yang berbaju kurung.

"lagi komplen pasal makanan ni. dia tak makan, suhu badan naik. macam mana? kita mintak makcik kafe sebelah untuk masak la. rather than utp beli kat tempat yang bukan-bukan. diorang ni sakit, kalau tak makan macam mana nak baik" kata Dr. Saadah kepada jururawat yang bernama Yani itu.

"nanti saya telefon Encik Azam bagitahu. haih, depa ni tak reti lah. kesian kau ye dik. ha, pastu nanti saya telefon makcik sebelah ni tanya pasal makanan. mana tahu dia boleh masakkan ke. boleh buat bubur, nasi ayam, yang berkuah, senang depa ni nak makan." cadang Kak Yani.

"ha, you call makcik ya tanyakan" sambung Dr. Saadah.

"doktor, saya nak balik rumah la.. boleh?" tanya cik sentul selepas bicaranya dengan Kak Yani berhenti setakat itu dan Kak Yani telah pun kembali ke kaunter. aku betul-betul rasa tertekan sekarang dan lain yang aku fikirkan hanyalah keluargaku di kuala lumpur. aku benar-benar sudah rasa down dan tidak bersemangat.

Dr. Saadah memandangku dengan mata yang sayu.

"your fever is very high sentul.. if you nak balik, ada banyak perkara yang you kena jaga kat rumah" kata Dr. Saadah. kemudian beliau bangkit dari tempat duduknya dan mencari-cari sesuatu dari rak.

2 helai kertas diberikannya kepadaku. semuanya berkaitan etika yang mesti aku patuhi di rumah.

"tapi i berat hati ni nak lepaskan you balik. tinggi demam you ni, sentul.. hmm.. i drip you lah. ok?" Dr. Saadah memutuskan.

"drip?????"

drip atau masukkan air ke dalam badan.

aku sekadar memandang Dr. Saadah. nak tak nak aku terpaksa akur. beliau lebih arif dan tahu betapa aku memerlukan apa-apa saja rawatan untuk memastikan suhu badanku turun ke paras normal. dan ini bukan kali pertama aku kena drip adalah sewaktu aku pengsan di sekolah semasa di tingkatan tiga. ketika itu aku kelesuan kerana sibuk dengan minggu orientasi pelajar tingkatan 1 sehingga lupa untuk makan. kali ini juga puncanya adalah makan. aku mengeluh dalam diam.. pasrah..

di sick bay bahagian belakang klinik, aku dan seorang lagi pesakit kuarantin senasib denganku disuruh menunggu sebentar. hasomi nama pelajar tu, foundation 1st sem, bekas pelajar sekolah menengah teknik kedah. kami berbual seketika sementara menunggu kedatangan jururawat & doktor.

sakit. itulah yang aku rasa ketika dicucuk dan diletakkan dengan saluran air. sabar lah sentul...

ketika di drip, aku mesej Ms. S.

"Ms. S, i tak boleh balik dengan you all.. suhu badan i panas melampau ni.. abah i kena datang amik i"

bbbrrrrr... handphone vibrated. mesej dari Ms. S masuk.

"balik dengan i jelah sentul.. kesian abah you terpaksa susah payah datang amik you plak.." Ms. S cuba memujuk. mungkin tidak faham mengapa aku perlu juga balik dengan ayahku.

"doktor tak bagi i balik ramai-ramai dalam kenderaan, Ms. S.. lagipun, i sayang kawan-kawan i.. i taknak kawan-kawan i sakit sebab i.. takpelah Ms. S.." benar. yang bakal menumpang Ms. S pulang hari ini adalah kawan-kawan yang aku kasihi, yang tidak aku dendami. lain ceritanya kalau yang dalam kereta tu mereka yang memang bermusuhan denganku. boleh jugak aku sebarkan virus ni kepada mereka kan.. haha.. kejam pula. oh, tidak.. aku takkan benarkan kawan-kawan yang aku sayang jatuh sakit. cukuplah aku seorang yang menderita sakit ini.

Ms. S terpaksa akur.. "ok.. take care tau sentul" ada nada sayu dan kesal dalam mesej Ms. S yang terakhir itu.

dip.. dip.. air dari paket air yang tergantung menitik satu demi satu.

aku teks P.

"P. suhu badan saya tinggi balik hari ni. doktor tak benarkan saya balik.."

"jadi.. awak tak jadi balik dengan kami lah ni :( ?" soal P dengan emoticon sedih.

"saya balik.. tapi dengan abah.."

"owh.. bila abah akan sampai?"

"nanti lepas solat jumaat" jawabku. ya. aku sudah memaklumkan abah kondisi diriku selepas bertemu doktor tadi. aku meminta abah menjemputku dan dia telah dalam perjalanan sedari pukul 11.30 pagi tadi.

sejam selepas drip, aku dan hasomi dibenarkan pulang sebentar ke v2c. katil di sebelahku sudah dikemaskan tanda pesakit sebilikku sudah dibenarkan keluar. kosong.

aku makan tengahari dengan berlaukkan sayur taugeh goreng & ayam goreng. ayam lagi~~~ berminyak pula tu.. nasi? tak usah cakaplah.. memang keras macam kerak nasi.. aku menelan makanan dengan payah sekali.

sesudah makan, aku buka laptop. online. aku nampak nama adikku di bahagian rakan-rakanku yang online YM.

Nurfarahin binti Mohd Suffian.

"BUZZ!!" aku menegurnya.

"BUZZ!!" farah membalas.

"Farah, kakak kena tahan.. doktor masukkan air.. tak kasi balik dengan member.." aduku kepada farah.

"hah?? yeke?? habis, tak baliklah ni??" soalnya.

"abah dah on the way" jawabku dan perbualan kami berhenti setakat itu. azan zohor berkumandang.

automatik mataku memandang tiub dan plaster di tangan. sayu. dan tiba-tiba air mataku laju mengalir.. tak tertahan rasa sedihku ketika itu. satu perasaan yang sangat-sangat menekan jiwaku seakan-akan beban merayap masuk dalam sekeping hatiku yang rapuh. basah mataku.. Allah.................. rintihku dalam hati.

aku mengambil wudhuk dengan payah sekali.. berderai lagi tangisanku.. hamba pasrah ya Allah...namun sembuhkanlah hamba dengan kadar segera.. doaku sambil melurutkan air di tangan.

sungguh pelik rasa demamku kali ini. aku terasa seolah-olah dunia berpusing semasa aku berdiri mengadap kiblat untuk mengangkat takbiratulihram. kepala terasa sangat berat. bergenang lagi air mataku. aku menahannya dari mengalir. susah sekali aku solat kerana tidak boleh lasak dengan tangan yang masih bertiub dan plaster. silap-silap boleh tercabut dan menyembur darah dari uratku.

jam 3.00 petang, pakcik van menjemput kami untuk sesi drip yang kedua.

Sentul.. bersabarlah... jangan berburuk sangka dengan Allah..
[petikan puisi dari sebuah forum]

Adakalanya….
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup…
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya….

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu…
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna…
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu…
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sirna kelamnya


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya"
(Al-Baqarah:284)

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah 5-6)

2 comments:

John E said...

wow.. so loooonnnnggg.. hehe.. but dont worry all will turn out for the best.. :)

cik sentul said...

hehe..

masa i sakit memang banyak idea nak menulis, john..

nway, thanks for dropping by ^___^

now ni i dah getting better..
no more high fever =)
batuk je la belum surut lagi..
hehe..