Pages

Friday, August 14, 2009

tiada erti putus asa - i'm happy for u



today is convocation full dress rehearsal + rektor's award.. aku xdpt mengikuti rehearsal n award hr ni disebabkan masih ada lagi kesan parut di muka yg belum sembuh. tambahan pula aku dah mengikat temujanji dengan Doktor Saadah semalam untuk bertemunya pagi ini. sedih juga bila memikirkan xdapat bersua muka & berpeluk cium dengan cik mazni, cik bam, cik nisha & cik jenny.. tp apakan daya?

Ms. S, rumet cik sentul tiba di bilik jam 8.00 pagi. semalam, dia tidur di bilik teman2 lama serumahnya di Blok K.. mengubat rindu agaknya.. hehe.. aku ditemani cik ayuna yang menumpang tidur di atas katil Ms. S malam tadi.

selepas Ms. S bersiap2, cik sentul dibawanya ke klinik dan kemudian Ms. S bergegas utk ke rehearsal bertempat di Dewan Canselor.

"u, kalau ade pape, just call i ok?" pesan Ms. S sebelum beredar - mungkin ada serba sedikit rasa bersalah terpaksa meninggalkan aku keseorangan.. hehe.. xpelah Ms. S.. u dah hantar i ke klinik pun i dah sangat2 hargai.. ^___^

doktor tiba jam 9.00 pagi dan terus mengajak aku ke biliknya utk melihat perkembangan kulit wajahku.

"Alhamdulillah.. dah kering, sentul.." kata doktor.

"hehe.. saya dah boleh senyum, doktor.." kataku cuba berkongsi kegembiraan.

"dah boleh senyum..? alhamdulillah good2.. i'm happy for u" doktor senyum. itulah kata-kata doktor Saadah yg lembut menusuk ke jiwa cik sentul. oh, serupa sungguh dengan watak seorang ibu!

"for the time being, jgn lg guna nixoderm n kulit kayu manis. continue with the Ampoule - apply it on the raw skin continuously. i would like u to try on special facial wash yg sgt lembut, baby pun boleh pakai, since ur skin is too sensitive now. but, i'll contact u later since the item is not with me now. ok? give me ur phone num pls?"

Maha Suci Allah.. betapa baiknya makhluk yg Kau utuskan sebagai perantara mengubatku..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

oh, Tuhan! segala puji hamba panjatkan untukMu.. even blum fully recover, namun kesembuhan yang dianugerahkan Illahi dalam jangka 4 hari ini sangat menakjubkan.. daripada muka lebam mata sepet & cecair yang keluar tak henti2 dari kulit wajah (sehingga mungkin ada yg jijik utk memandang) ..kini hampir sembuh keseluruhannya! La haula wala quwwata illa billah !!!!

"Innama amruhu iza arada syai'an ayyaqula lahu kun fayakun"
Maksudnya : Sesungguhnya perintahNya, apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 'Jadilah!' maka terjadilah
(Surah Yasin : ayat 82)

Sungguh, Ya Allah! Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas tiap2 sesuatu..

ALLAH!!!!!!!!!



ihsan dari Youtube.com - video Asma ul Husna

"Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..."
(Surah Al A'raaf : ayat 180)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sejenak

Allah s.w.t. apabila menghendaki kebaikan itu berlaku ke atas hambanya, Ia akan menyegerakan balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan harta bendanya telah habis, manakala badannya terasa sakit. Baginda menjawab yang bermaksud:

Tidak baik seorang hamba yang tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila ia mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya, dan apabila ditimpa bala maka Allah akan memberi kesabaran.

muhasabah.. =)

nota kaki : mohon maaf buat cik bam (izzani) , cik mazni, cik jenny (big ben) & cik nisha kerana x dapat memaklumkan kalian tentang kondisi kesihatan cik sentul lebih awal.. bukan cik sentul x sudi berkongsi sedih & duka, tetapi masa yang suntuk utk berubat & kelesuan akibat ubat yg dimakan x memungkinkan cik sentul utk berkomunikasi dgn kalian.. maafkan aku..

No comments: