Pages

Wednesday, August 5, 2009

temuduga berstruktur

alhamdulillah, itulah ucapan selayaknya aku as seorang hamba seusai tamat sesi temuduga berstruktur PETRONAS di KLCC.. dah lama benar aku berharap untuk dipanggil ke sesi temuduga, namun baru hari ini Tuhan menjawab doaku..

seawal jam 7.25pagi lagi aku dah terpacak di Tower 1, KLCC.. owh, masih awal bukan? lalu apa yg aku buat adalah mengambil senaskhah akhbar The Sun percuma yang diletakkan berhampiran tiang kaunter pertanyaan PETRONAS itu dan membacanya. hampir 3 kali aku mengulang-ulang membaca akhbar tersebut. bosan. aku pun bertanyakan kepada kakak guard yg bertugas bila masanya aku boleh naik ke atas - dan jawapannya adalah jam 8 nanti setelah gadis di kaunter sebelah masuk bertugas.

ok.. tunggu lagi. tiba-tiba ada seorang lelaki sikh menghampiri aku, memeluk seorang sahabat & selepas berpisahan, dia menoleh memandang aku dan bertanya sama ada aku datang utk temuduga sepertinya atau tidak. ya - jawapan aku. dan mulalah kami berborak. kemudian datang pula seorang perempuan dan bertanyakan soalan yg sama. owh. alvin & emy - kedua-duanya bekas pelajar utp. jurusan kejuruteraan chemistry.

ops.. BERHENTI. kenapa aku cakap skema sgt ni? hahaha.. =P

k.. next thing, we all pun headed la ke level 40 bersama2 after dftar kt kaunter tu as pelawat jam 8.00 pagi tepat. smpai kat level 40, jumpe kak liyana ayob - org HR PETRONAS, n kami diberikan 2 helai borang untuk diisi..

"Sentul, you are candidate number 1 ok?"

"Ok.." kataku tanpa byk soal.

then, datang kak naila.. dia brief sket psl stages of interview for today. ada 4 stages sumenye. exactly the same like what syaima' & SY mentioned.

kak naila then passed me a case study [ye la.. since aku ni 1st candidate of the day kan? aku dulu la dapat..] .. n i've been given 30 minutes to get ready for the case study n the interview. then, aku pun conteng2 sket kertas kosong tu, n sempat la touch up2 sket kt ladies. ahaks. =P

then tepat kul 9 pagi, aku pun di'usher' masuk ke dalam bilik interview oleh kak liyana. 2 org panel temuduga aku - En Yusri [PETRONAS PolyEthylene, Kerteh .. err.. cmni ke eja?] & Puan Noryati [Gas Business Unit, KLCC if i'm not mistaken] .. baik je dua2 org tu.. aku masuk2 je, Puan Noryati tu cakap "Owh, kecik je orangnya, dalam gambar nampak tinggi" ..aku sengih je "Owh, ilusi optik tu.." slamber je kan? huhu~

then sesi interview pun bermula.. mula2 kenalkan diri, strength, weaknesses, then masuk plak bab case study .. aku dapat Paperless Hospital - summary nye adelah about hospital yg guna fully systemize process & ethical issues involve bila gune teknologi ni. ethical issues involve here are medical ethics & computer ethics. aku kena rumuskan artikel tu n then aku kena come out ngan aku nyer analisis n prediction serta apa2 isi tambahan la untuk meng'spice up'kan lagi presentation aku tu. overall aku rasa, smpai situ aku alhamdulillah ok.


lalalala~~~ =P

then masuk bab role play plak.. adeyh.. yg ni payah sket.. aku dpt soklan psl sponsorship problem tntg seorang ahli sukan ni yg tibe2 breech contract ngan company aku. supervisor dia aku ajak jumpe n discuss ape solution kita nak wat ngan mamat tu. yg ni cm dia byk provokasi sket la.. hmm.. aku xtau la aku buat ok ke x td.. but hopefully, I AM~~ fiuuuu~~~ lega dh habes..
lastly dia tnye psl biggest achievement, soklan2 lazim interview la.. mcm how do u see urself in the next 5 yrs time.. preferred location/field of business.. etc.

alhamdulillah.. selesai la interview tu.. hmm.. agak2 dapat x ekh? huhu.. Allahu A'lam.. aku doa sangat moga2 recommended.. Ya Tuhan, kasihanilah hambaMu ini.. murahkanlah rezkiku ke jalan kebaikan yg paling hampir denganMu ya Allah..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

fire drill

after interview habes, aku pun berlalu turun ke groundfloor tower 1 tu n nk pegi ke LRT stesen utk balek umah cpt2.. perut dh start bunyi2 lapar n pale dah start pening sbb tak sarap. smpai bawah tgk ramai gler manusia.. eh2, ni apahal plak kan? then aku tnye la kat pak guard stu apesal sume org berkumpul2 ni? dia kata ade fire drill.. oo.. patut la.. tp, sgt tak patut utk perut n pale aku ni.. time tu aku dh rasa pusing sgt pale, mata pun cm berpinar.. ramai gler orang weyh~~ sesak nafas dibuatnya..


seb baik la fire drill bukan berlaku time aku ngah interview..buatnya jadi cm doktor2 ni.. ha, tak ke naya?

lastly about 15 minutes after tunggu tu, sume sistem diaktifkan smule, escalator kembali berfungsi & kedai2 sume bukak balek.. huh, tak pasal2 lak aku pun terlibat sama dalam fire drill hari ni.. uhuk2.. ok2.. then, aku pun trus la menuju ke LRT station, beli tiket ke Taman Melati. smpai je Taman Melati, aku naek teksi smpai restoran dekat ngan umah aku tu, then aku jalan kaki ke rumah.

leh plak ade sorang makcik ngah meniaga kelapa muda kat tepi restoran tu tanya aku "eh, dik.. nak gi mana tu?" aku pun cm blur.. "er.. saya nak balek rumah saya lah, makcik" .. then dia tanya "tau ke jalan tu?" .. la..apsal lak aku taktau? rumah aku kot.. lol~~ klakar la makcik ni.. kata aku dlm hati .. agaknya dia tak kenal kot aku ni anak sape.. huhu.. ye rr.. cuba bygkan aku ni duk asrama je keje nya, then tbe2 balek lalu jln kampung pakai kot, pakai kemeja elok ngan handbag, briefcase sume.. haha.. aku pun sengih2 sorang diri. time nak lompat longkang ke belakang rumah tok long aku tu.. nenek esah tegur "uitt.. nenek esah ingatkan sape tadi.. tap tap tap tap bunyi kasut..dari mana ni?" .. aku senyum, dalam hati.. bising tol kasut aku ni.. haha "dari interview kat PETRONAS, nek" .. "owh, PETRONAS.. eloklah tu mintak.. moga2 dapat lah ye.. amin.." "Amin nek..amin.. ^___^" .. then aku pun balek rumah.


amin ya Allah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

letih

sampai je rumah, hujan turun selebat2nya.. alhamdulillah, kalau tak basah den maen hujan.. hehe.. then aku sempat angkat jemuran kat luar rumah bawak masuk. aku lunch & suapkan aiman & shikin makan sekali. hari ni mama masak sambal ikan keli n sayur sawi+cendawan. aiman sek nanges je nak mama.. nak mama.. [masa tu mama aku gi rumah uncle dan depan rumah, amek upah kemaskan rumah beliau] lastly, aku umpan dia ngan makan. ha kau. senyap. pas makan, mak nyai dtg, tnya sket pasal interview n then pesan kat aku suruh mandikan budak berdua tu. aku ok je.. dah mandikan dua2 orang askar tu, aku pun tutup tv sume [coz hujan maken lebat n astro takde signal] ajak diorg tido.. aku pun crite la kisah hansel & gretel kat aiman n shikin n dodoikan+garu kan aiman [sbb dak ni susah nk tdo sket] smpai la dengan aku2 sekali tido..

huhu..

now ni aku ngah bertungkus lumus lak utk assignment abg tajul.. hadeyh.. seb baik pale aku dh ok.. tp, ngantuk plak nih.. camno?? k2... fokus2... gtg.. daa~~~

nota kaki : doakan cik sentul recommended di PETRONAS ye kawan2~~ syukran atas doanya ^___^ moga makbul.. amin..

No comments: