Pages

Thursday, August 13, 2009

steroid injection, vitamin C & beautician

today Ms. S berkesempatan temankan aku ke klinik.

erm.. macam kakak n adik bila Ms. S pimpin tangan aku since hood yang menutup kepala menghalang aku dr melihat jalan dengan betul.. hikk~ =P

doktor tiba agak lewat hari ini dan kami menunggu lebih kurang sejam.

aku pesakit ketiganya hari ini dan juga yang TERlama!!

kenapa?

sebab hari ni doktor tu bg aku 2 suntikan.

satu steroid kat punggung kiri n satu lagi vitamin C kat tangan kanan.

aku sempat bergurau bila doktor nak bagi suntikan steroid kat punggung tu untuk menghilangkan rasa takut n berdebar "kalau doktor lelaki, saya malu.. naseb baik doktor sama jenis ngan saya.. hehe"

mase nak cari urat kat tangan tu agak payah sikit.. memang lama la.. maybe sebab tgn aku kurus sgt n mungkin sbb kurang makan urat susah nk timbul. haha!! tu la.. suruh makan banyak2 xmo.. =P

doktor sampaikan kena panggil nurse kat luar utk tolong dia genggam tangan aku kuat2 biar urat tu timbul.

tatkala jarum disuntik, ya Allah, sakitnya bukan kepalang.. pedih gile cik sentul rasa.. mase tu hanya zikir yang berlagu dalam hati.. moga2 Allah beri ganjaran atas kesabaran n usaha kami untuk sembuh cepat.

setiap kali doktor tekan injap jarum suntikan tu, tiap kali tu lah juge dia akan tanya "ok?"

sebanyak 1000mg vitamin C disuntik terus ke dalam tangan cik sentul tadi.

habes je injection dua2 tu, duduk kejap n doktor tulis sumthing dalam medical report aku.

pastu aku dengan sayunya ckp la "doktor.. ahad ni sy ade convocation"

dia terkejut. dia fikir aku masih degree student. [ saiz badan cik sentul comel sangat nih.. hehe ] "i'll call my beautician, c what she can do to help u"

terus dia mencapai handset nya n mendail nombor beautician yg dia maksudkan.

"ok sentul, nnt dlm petang2 skit, my beautician sampai, i call u. boleh? for now, continue with the debbing n jangan lupe ur vitamin C ok? then, be careful sangat2 sebab kulit u ni dah koyak habis.. lepas ni kita akan suntik vitamin C n steroid slalu.. for now u amik vitamin C yg Amway tu, later on bile bengkak dah susut, u amek vitamin E plak k? vitamin C ni utk rejuvenate skin. then, esok bile dah sembuh sikit pun, u kena hati2 dengan sinaran matahari.. kena pakai payung slalu.. if not, nanti hitam tempat yg koyak tu. xpelah, nak baik kan?"

"ok doktor" ..ade la jugak sinar harapan dalam mata aku mase tu..optimis!! mesti!!

pastu, refill normal saline tu n bayar rm50 utk rawatan vitamin C tu kt kaunter..

nak baik kena sacrifice macam2..

Ms. S : Sentul, u sangat strong.. kalau kena kat i, i dah nanges dah sepanjang hari.. strong sangat u ni Sentul..

oh, Ms S!! kau xtahu hatiku di dalam bagaimana keadaannya.. namun Allah lah pengubat hatiku, pengubat kesedihanku setiap detik & waktu.. moga Tuhan mendengar doa yang baik2 dari kalian.. terima kasih semuanya.. Ms. S, sheshe, didi, P, semuanya..~~ ^___^

-------------------------------------------------------------------------------------------------
convocation & mama

mase tengah kena inject tu, leh plak mama call.. [i know she is calling by the ringtone yg kuar]
kesian mama.. every morning risau n sms tanya cmne perkembangan.

balek je bilik, aku trus call mama.

"macam mana muka?"

aku ceritakan kulit aku dah stop kuar air2 tu n bengkak kat dahi mmg dh surut.. tp bengkak kat pipi masih blum surut sepenuhnya. aku kata, pedih sgt muke mcm kena simbah asid.

"rupa sentul now ni dah macam orang yg melecur kena air panas + accident motor kat muke.. mama dapat bygkan x? nnt petang beautician dtg tengok condition sentul.. mama jgn terkejut kalau tengok sentul nanti tau.. sentul bet mama sure dah x kenal rupa anak mama ni macam mana"

mama diam. mungkin agak remuk hatinya mendengar aku berkata demikian, namun aku berkata sejujurnya supaya dia bersedia mendakapku konvokesyen nanti..aku yang bukan lagi aku... [ buat sementara ni la.. kan cik sentul dah cakap, musibah ni kejap je.. sabar banyak2.. ^___^ ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------
beautician & miracle serum

petang dalam kul 4.00, telefonku berbunyi. oh, rupanya nurse dari klinik Ar-Ridzuan di Pocket C membuat panggilan memaklumkan aku tentang kedatangan beautician dan menyuruh aku segera ke klinik.

aku bersiap2, dan sekali lagi Ms. S menemani aku ke sana. kereta comel kelisa Ms. S dipandu oleh Mr. A ke klinik. Ms. S memimpin tangan aku masuk ke klinik dan meninggalkan aku seketika di sana utk kembali ke keretanya dan menghantar Mr. A pulang ke bloknya. [Mr. A faham dalam situasi begini aku seboleh2nya mahu mengelak berjumpe sesiapa.. sedangkan dengan P pun aku segan.. apetah lagi orang lain]

aku disambut ramah oleh nurse yg sopan berbaju kurung. dia memperkenalkan aku dengan Jenny, beautician yg dipertanggungjawabkan oleh doktorku, Doktor Saadah [baru aku tahu nama doktor yg merawat aku.. haha.. silly tul] utk melihat keadaanku & memberi nasihat tntg rawatan yang boleh membantu aku utk kelihatan normal convocation nnt.

Jenny brief sikit pasal Ampoule [aku x sure cmni ke eja bendalah ni] yang mampu tolong rejuvenate skin aku n hilangkan merah2 scar ni dalam mase few days. dia cerita sket kisah org yg habes terbakar bape percent badan dia ntah, n diorg wat research on org ni n bubuh Ampoule ni, dalam mase few days all the scar gone. banyak lagi la dia crite.. pasal doktor yg melecur teruk tangan kena air panas [dan menggelembung2 tgn dia kena air panas tu], n apply lotion Ampoule ni, esok pagi bangun seolah2 nothing happen on her hand n a few more stories yang agak melegakan hati cik sentul jugak la mendengarnya..

then, doktor pun dtg tgk aku, Jenny seek permission aku n doktor utk apply kt skin aku yg dah damage teruk [Jenny kata, kondisi kulit aku "raw" .. Ms. S plak kata, macam daging ikan raw yg buat sushi tu.. so, korang leh bygkan la betapa teruknye lah kan?] .. so, masuk dalam bilik tu, baring, n Jenny pun apply la benda tu kat muka aku.

mula2 tu xde la rs pedih.. tp once liquid tu kena kat raw skin cik sentul.. ya Allah, Tuhan je yg tahu.. panas dia lebih dahsyat dari panas kulit kayu manis.. pastu Jenny kipas2 muke aku sampai rasa pedih tu hilang.. then continue apply lagi.. after apply satu muka, tgk kt cermin.. merah giler kulit cik sentul especially kt raw skin tu.. doktor dtg jenguk n tepuk2 blakang aku.. pesan kat aku macam2.. hehe.. baik tul doktor ni.. ^___^

so, doktor pun bekalkan aku dengan 2 botol bendalah tu yg dia dh transfer ke dalam botol kecik macam bekas eye mo utk aku apply sndiri kat muka malam karang n esok. esok pagi, aku kena dtg lagi klinik utk rawatan selanjutnya.. Ya Allah.. sembuhkanlah cepat luka2 ku ini..

tiada penyakit yang Allah jadikan yang tiada ubatnya
(Riwayat Abu Hurairah)

aku yakin..sempat..insyaAllah..

nota kaki : dari info from doktor tu, dapatla aku tau yg kita ni kadang2 xsedar tubuh kita ni boleh tahan ngan sumthin tu sampai satu tahap je.. then akan sampai limit dia, dia dh x bleh tahan n react.. xpelah.. cik sentul redha.. dah suratan qada' & qadar Allah kan? doakan cik sentul cepat baik ye kawan2~~~ moga makbul doa kalian.. amin!!

2 comments:

aburamE_shin0 said...

Semoga cepat sembuh, Insya Allah

Normal Saline:

Solution of sodium chloride (salt) in water

Prevent dehydration or hypovolemia in cellular stage

Typically the first fluid used when hypovolemia is severe enough to threaten the adequacy of blood circulation and has long been believed to be the safest fluid to give quickly in large volume

Osmolarity of normal saline is a pretty close approximation to the osmolarity of NaCl in blood

cik sentul said...

oh, terima kasih!!