Pages

Wednesday, August 26, 2009

girls day out & kuarantin

semalam (25/08/09), cik sentul, didi, sheshe & eni ke ipoh untuk berbuka puasa di Secret Recipe (SR). kenapa SR? sebab sheshe dok ngidam makan SR dari siang nye..kami semua menaiki kereta myvi putih kepunyaan sheshe.

shedot, kawan ex-utp kami yg skrg ni tgh blaja medicine kt ipoh menyertai kami2 ni 20 minit selepas kami tiba di JJ, ipoh. sheshe, cik sentul n shedot sama2 order lasagna beef, manakala didi memesan nasi putih daging black pepper & eni memesan tom yum goong.

tp ntah kenapa semalam, badan rasa x sedap & cik sentul x lalu pun makan lasagna tu masa berbuka.. end up dengan bungkus je sume pesanan cik sentul tu. rasa sebu & mual.. badan panas mcm demam.

after solat maghrib, kami berlima berpeluang join game belon & belajar cara2 membuat tikus dari belon. sangat seronok & cik sentul terus je jd segar & berpeluh2 [which is good] selepas main game tu.

"wah.. sentul dah sihat ni, terus berpeluh!" kata didi & eni.


tengoklah muke sorang2 yg excited nk blaja buat tikus menggunakan belon

shedot memenangi game masukkan bola belon ke dalam gelung bentuk hati & dapat seekor katak belon yg kiut. haha! sgt jeles ok~

then, after game tu kitorang sume headed masuk dalam JJ utk ape lagi kalau bukan shopping! huhu.. cik sentul dapat beli sehelai kemeja warna pink yg 70% punya.. [actually cik sentul rasa mmg tu harga dia .. JJ ni pandai je nk kaburi mata pembeli kononnya mmg giler sale rr..] sheshe & shedot shopping berdua dalam JJ, didi & eni ke watson.

kata didi "wah, shopping terus jadi elok demam ko sentul"

hikss~ ^___^

kul 10 mlm, kitorg pun depart utk pulang ke utp..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

hari ni, badan cik sentul panas sangat.. selepas balik dr ipoh semalam, badan jd x sedap balik & cik sentul x nyenyak tidur. sekejap2 terjaga. masa tidur, cik sentul tepekkan towel good morning yg dibasahkan dgn air letak kt dahi. tp alih2 kain tu lak yg jd panas.. sah la aku demam ni..

then pagi tadi, Ms. S ajak gi klinik kat pocket C tu. tabah betul Ms. S temankan cik sentul sehinggakan keretanya disaman pak guard sebab parking kt belakang pocket C tu. besar pengorbanan rumet cik sentul yg sorang ni.. dh beberapa kali menyusahkan dia je.. sorry & thanks Ms. S!!

masa kat klinik, nurse suruh kulum termometer tu bawah lidah.. selepas seminit, termometer tu menjerit & nurse keluarkan termometer tu utk tgk suhu badan cik sentul.

"ish.. demam ni.. 39.3 darjah celsius" kata nurse yg berpakaian seragam biru.

"err...." cik sentul dah agak dah.. mmg tinggi nyer la suhu.

so, bila sampai giliran cik sentul utk jumpe dgn Dr. Saadah, dia cakap camni:

"hmm, sentul.. macam mana u boleh demam ni? kita nak jumpe sentul dalam keadaan sentul sihat.. bukan demam"

ye lah.. appointment hari ni utk bg doktor tgk perkembangan kulit muka cik sentul je. alih2 aku datang utk 2 benda sekali gus: muka & demam [mesti kena kuarantin rr japgi nih]..

pastu doktor tanya ape yg aku rasa sejak semalam. aku cakap la batuk2, demam panas n ada rasa sakit dada skit. so, Dr. Saadah pun catit la sume2 tu dalam medical report aku.

then sebab dah dia janji nk suntik vitamin C lagi hari ni, sekali lagi la kena cari urat kat tangan yg memang susah giler nak timbul.

"u shud make urself berisi sket ni sentul.. urat lari2 sebab xde lemak yg hold dia." kata Dr. Saadah. agak lama jugak la dia tekan2 tgn cik sentul utk menimbulkan urat tgn cik sentul.

"hehe.. sy bukan x banyak makan, doktor.. tp lemak2 semua pegi berkumpul kat tempat lain.." gurau cik sentul.. tp gurau2 pun mmg itu lah yg sebenarnya. huhu.

then, doktor suruh cik sentul dikuarantinkan.. balik kejap amik barang2 keperluan cik sentul dengan ditemani Ms. S & kembali semula ke klinik utk pergi ke pusat kuarantin dgn pakcik driver.

sayang sgt hari ni & kemungkinan juga esok cik sentul x bleh puasa.. suhu bdan yg tinggi giler menyebabkan cik sentul disuruh makan ubat ikut time.

petang2 skit cik sentul dapat panggilan dari beberapa org - P, mama, atok & sheshe.

mama, atok & sheshe bertanyakan perkembangan kesihatan cik sentul. manakala P telefon bertanyakan sama ada cik sentul perlukan apa2 utk dimakan since dia sedang berada di bazaar.

cik sentul pesan pd P utk belikan epal hijau & air 100 plus botol besar. dalam kul 6.00 cmtu, P pun tiba di pusat kuarantin tu & cik sentul pun turun lah utk amik kedua2 benda itu.

seharian cik sentul tidur.. ni kejap lagi nak makan ubat pulak.. badan ader skit kebah.. hopefully esok bertambah baik & dpt discharge cepat2.. cik sentul nak balik rumah merdeka ni!!! huwaaaa~~~

No comments: