Pages

Friday, August 14, 2009

ziarah dari sahabat


dari kiri : cik bam (izzani), cik mazni, cik jenny (big ben), ucop, cik day & cik nisha (sume stfians kecuali cik bam & cik nisha)

huhu.. xsangka hari ni cik sentul menerima kunjungan tetamu yang baru disebut2 dalam post sebelum ni.. jam 2.30ptg, cik mazni, cik jenny (big ben) & ucop dengan penat lelahnya telah mendaki 5 tingkat blok H utk menziarahi aku.. terharu menerima kunjungan tetamu istimewa ini (istimewa sbb mereka sume adelah ex-stfian seperti cik sentul juge.. ihik =P ) sehinggakan lupa nk menghidangkan minuman buat penghapus dahaga.. maaf ye.. hehehe~ cuma cik bam (izzani) & cik nisha sahaja yg x kelihatan kerana mungkin masih belum tiba di UTP.

"sentul! nape ko x cakap kat kitorang ko saket? aku ingat ko kena demam h1n1 tu.. aku tau ni pon sebab cik bam yg btau.. dia tanya kat aku : xgi tengok rumet dia ke?" cik mazni memulakan bicara.

"ehe.. aku nak cte panjang lebar pun x larat.. dah la kena cocok steroid 2 kali.. memang lalok" kataku sambil tersengih.

perbualan disambung rancak dengan macam2 topik dari rehearsal convo pagi tadi, filem syurga cinta & buku La Tahzan, drama bersiri Nur Kasih sampailah kepada kisah2 zaman sekolah2 dulu.

"kita ni x cukup korem ni.. kalau cik day ade barulah cukup sume stfians..haha!" cik jenny (big ben) bersuara.

"haah la....!!!" sambut kami bertiga serentak sambil ketawa.

ternyata masih membara semangat srikandi dalam diri kami masing2.. haha!!

terisi juga petang ini dengan kunjungan dari teman2 yg excited hendak berkonvokesyen. ceria!


memang ceria !!

bercerita jugalah aku kpd mereka tentang serba sedikit perihal yg telah terjadi & pantang-larang yg aku kena patuhi.. mungkin melihatkan keadaan wajahku yg agak horror, buat hati mereka berdetik tentang perasaan cik sentul untuk bergambar di atas pentas ahad nanti.

"jgn risau sentul, nanti dia snap gambar dari sisi kiri, sure x obvious la parut2 tu" kata cik jenny (big ben) cuba meyakinkan aku, seolah2 mengerti perasaanku.

"haaa.... betul tu.. nanti siap lighting2 kuning tu, photoshop agy.. mesti ok punye gambar atas pentas tu, sentul.." tambah cik mazni pula (dengan tangan2 sekali berdemo..hikss~ =P ).

ucop mengangguk2 sambil membelek2 buku La Tahzan hadiah P kepadaku - khusyuk benar dia meneliti heading setiap helai mukasurat.

"sedih la buku ni" celah ucop.

"eh.. buku tu suruh jgn bersedih.. ni ko bace, ko plak sedih.. hahahaha.." kata cik sentul.

haha! off topic pula.. =P

seronok berbual dengan sahabat yang dirindui sehinggalah ucop mengingatkan yg lain bahawa mereka belum solat zuhur lagi. selepas bersalam2an dan menghantar mereka ke pintu rumah, sempat lagi mereka berpesan : "sentul, ko jangan keluar kena matahari.. jaga diri.. jumpa ahad nanti~~"

sweet betul mereka.

terima kasih ye kerana sudi menziarahi cik sentul.. terharu rasanya. ^___^

No comments: