Pages

Saturday, August 15, 2009

hamba speechless - hikmah dariMu?

aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia berinya aku kaktus berduri
aku minta kepada Allah kupu-kupu indah, Dia berinya aku ulat berbulu

aku sedih & kecewa

namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat menjadi kupu-kupu yang cantik
itulah jalan Allah indah pada masanya..
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita

Maha Suci Engkau Ya Allah..




-------------------------------------------------------------------------------------------------

"doktor, boleh tak saya pakai compact powder untuk graduation esok?" sms cik sentul kpd Doktor Saadah 5 minit sebelum azan Zuhur berkumandang.

diam. tiada jawapan. mungkin doktor menunaikan kewajipan itu dulu.

brrrrr.... (handset cik sentul vibrate)

"No ! bahaya ! Sentul, i'll be coming to utp this evening & i'll bring special facial wash & special compact especially for you & your special day. I'll call you when I reach there, k?" bunyi mesej Doktor Saadah.

hah? doktor nak datang dari Ipoh ke utp utk jumpe aku?? AllahuAkbar, mulianya pengorbanan insan ini.. Kau berkatilah umur & terimalah amalannya ya Allah.. amin.. doa cik sentul dalam hati. antara percaya dan tidak doktor itu sanggup menempuh perjalanan 30 minit dari Ipoh ke utp semata-mata mahu bertemu aku.

seusai asar, mesej dari Doktor Saadah masuk ke dalam peti simpanan mesej cik sentul. bunyi mesej itu ringkas meminta aku utk ke klinik di Poket C segera.

hari ini, Ms. Warrior pula menemankan aku tak pasal2.. hikss.. =P rumet cik sentul dan teman2 serumah lain semuanya unavailable hari ini. lagipun, kedatangan doktor hari ini utk berjumpa denganku sangat tak aku sangka !

di klinik, doktor memeriksa keadaan kulit wajahku dan menegur kemerahan pada pipi kanan.

"u ada berjemur ke hari ni?"

"err... saya jemur kain pagi tadi doktor" kataku jujur.

"ish..." pantas tgn doktor menampar lembut lutut ku (ketika tu cik sentul tgh duduk) seraya menambah "u.. jangan.. jangan kena panas langsung dari pukul 9.00 pagi sampai 5.00 ptang.. ok, ni i bawakkan u sumthing" Doktor Saadah mengeluarkan satu demi satu item dari beg hijau dalam genggamannya.

aku mendengar dengan penuh khusyuk penerangan doktor tentang item2 itu - termasuklah penerangan tentang oral sunscreen yang aku kena ambil setiap 3 jam sekali esok & compact yg dimaksudkan doktor dalam mesejnya tengahari tadi. doktor juga membekalkan aku dengan sepucuk surat pelepasan dari beratur panjang di Poket D. 2 daripada item itu dihadiahkannya khas buatku sempena konvokesyen esok. Ya Allah!! baiknya doktor ni.. cik sentul rasa nak peluk2 je dia..

setelah berkongsi beberapa kisah tentang item2 tersebut secara panjang lebar (sehinggakan Ms. Warrior pun turut tertarik utk mencuba item itu), doktor mengucapkan "good luck" utk esok. anything just call her - if pape jadi esok la.

esok? moga lancar semuanya..

nota kaki : cik sentul terkesima bila doktor menunjukkan item2 tu.. dan berkata dalam hati "inilah yang aku cari selama ini, ya Allah.. begini rupanya Kau menjawab doaku.. Oh, Tuhan.. Sungguh, aku adalah hamba yang lemah" ...

2 comments:

Azim PnP said...

isyy3...

teruk rupanya penyakit bonda ni..

ingatkan ari tu allergy sikit je..

ptutlah dah lama xnampak bonda kat utp ni..
mmg xselisih langsung..

bonda, nnti convo pakai purdah ye.. msti trkejut satu UTP..
huhu..

bonda kuatkan semangat ye!! jangan putus asa ngan rahmat Allah!!..

ubat2 yang ada tu, guna semuanya!! habiskan malam ni kalu boleh.. haha..
biar krim tebal 5 inci pun, jangan kesah.. sapu je..
:-)

P/S: Allah itu tidak pernah mementingkan cantik fizikal kerana Dia yang menciptanya.. yang penting adalah cantiknya dan sucinya sekeping hati.. Wallahu 'alam.. maaf kalau trkasar bahasa..

cik sentul said...

trime kasih azim.. ^___^
insyaAllah pakai mask esok.. hehehe~